Friday, July 5, 2013

Bosankah aku?



Aku seorang yang boleh dikatakan membosankan oleh ahli keluargaku. Aku lebih suka duduk dirumah dari keluar bersiar-siar. Aku lebih suka membaca novel dan komik dari majalah-majalah hiburan. Aku lebih rela duduk berjam-jam dirumah sahabatku dari bershopping x tentu hala. Aku harap orang yang membaca x fikir aku nak riak atau menunjuk baik dengan post ni..

Malam semalam, sedang aku membaca novel selepas solat Isyak, Koh Saerah (wan) yang datang dari Kuala Kubu Bharu kerana Achik aku yang nak pergi hospital masuk ke dalam bilik aku. Tabiat aku memang aku suka membaca dalam keadaan senyap dalam bilik aku sendiri..hmm bunyi TV hanya menganggu konsentrasiku. Pada mulanya aku hanya tersenyum di balik buku apabila melihat wan duduk disebelahku dan cuba menarik perhatianku untuk berbual dengannya. Lama dia mencuba dan aku cuma balas dengan acuh x acuh..biasalah orang tengah concentrate benda lain..akhirnya aku berkata

"Wan, Yana ni membosankan jadi lagi baik kalau wan berborak dengan diorang je xpun pergi tengok tv"

Keep in your mind that I'm not intend to chase her out from my room but I think better she talk to somebody that will hear her out rather than boring me.

Wan masih tak berganjak dan masih cuba berborak denganku dan aku seperti tadi hanya menjawab bila perlu dan sememangnya acuh x acuh.

Tiba waktu tidur, aku masih menghadap novelku. Novel tebal itu menarik perhatianku dan sukar untuk aku melepaskannya. Wan seperti tadi masih cuba berbual dan akhirnya dia bersuara..

"Yana baca apa? Kisah nabi ke? Cuba cerita sikit kat wan"

Dush!! Terasa seperti ada penumbuk melekat dimukaku..malu yang aku khusyuk membaca novel bukan kisah nabi..

"X wan, Yana baca novel.." jawabku lemah..

"Cuba cerita sikit kisah-kisah kat wan..sebaris pun jadilah"

Alamak lain benar nada wan aku ni..lantas aku pun menceritakan kisah ini:

Ada seorang pemuda sedang berehat di tebing sungai, sedang dia berehat dia ternampak sebiji buah epal yang hanyut. Dia mencapai buah epal itu dan memakannya. Setelah makan barulah dia sedar yang mungkin buah ini ada pemiliknya. Maka dia berjalan menyusuri tebing sungai. Rupa-rupanya buah epal itu dari sebatang pokok ditepi sungai didalam kawasan ladang. Lalu pemuda ini mencari tuan punya ladang untuk meminta maaf kerana makan buah tanpa izin. Apabila berjumpa dengan tuan punya ladang, si pemuda meminta maaf sehinggakan tuan punya ladang berasa pelik kerana masih ada lagi pemuda yang jujur. Lantas tuan punya ladang menyatakan yang dia hanya akan memaafkan sekiranya pemuda ini sanggup berkahwin dengan anak perempuannya yang pekak, bisu dan buta. Pemuda itu pun bersetuju. Pada malam perkahwinan mereka, pemuda itu dikejutkan apabila isterinya itu tidak pekak, bisu dan buta malahan seorang yang sempurna dan cantik rupawan.

Selesai bercerita aku lihat wan agak berpuas hati. Dia mula meluahkan yang dia berasa agak rendah diri ketika membaca Yasin kerana sebutannya agak lain..ok macam ni kira macam sebutan orang dulu2 la..huruf 'fa' disebut 'pa' maka aku ceritakan tentang satu kisah yang aku dapat dari menonton tv siang kelmarin:

Ada seorang yang alim terlambat untuk ke masjid dan ketika sampai imam sudah berada di rakaat terakhir namun kerana terlalu inginkan berjemaah, orang alim itu masuk ke saf dan mula mengikut imam. Namun apabila terdengar akan bacaan imam itu, orang alim itu pun berfikir

"Macam manalah jadi imam sedangkan bacaan/sebutan dia pun x betul" Lantas orang alim itu mengambil keputusan untuk solat sendiri.

Sementara menunggu waktu Isyak, orang alim itu terlena didalam masjid itu. Ketika tidur dia didatangi sebuah mimpi. Apabila terjaga, orang alim itu segera mendapatkan imam tadi dan meminta maaf katanya dia bermimpi yang tadi jika dia bersolat jemaah bersama imam dan makmum lain,itu merupakan solat yang paling berharga dalam hidupnya. Hanya kerana bacaan/sebutan imam, dia bersolat sendiri. Rupa-rupanya imam itu memang sedikit pelat. Imam itu pun berkata

"Allah lebih melihat kepada hati orang yang membacanya jadi jangan menilai dengan terlalu cepat"

Jadi aku katakan pada wan aku, tak mengapa jika sebutan wan lain sikit asalkan wan ikhlas membaca.

Setelah beberapa ketika, wan pun terlena dan aku masih dalam unia novelku..membaca sehingga pukul 1am..

p/s: novel yang aku baca sekarang I Love You, Stupid dari Melur Jelita. Novel yang bagus..oh ye sila lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais.

2 comments:

RuBy Razali said...

ko tak membosankan la...
hahahahhaa

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali

Hehehe thanks Badangnita!!! hehehe

There was an error in this gadget