Sunday, July 28, 2013

Ciri-ciri orang bertakwa



Takwa..apakah takwa? Takwa bermaksud takut kepada Allah dan memelihara diri daripada seksaan dan kemurkaan-Nya.

Baik, kali ni aku nak cerita ciri-ciri orang bertakwa. Mari check kita ada tak ciri-ciri ni..kalau idok, kita sama-sama perbaiki diri.

Ciri-ciri orang bertakwa.

1. Meninggalkan segala yang dilarang dan mentaati segala perintah Allah S.W.T.

2. Menghindarkan diri daripada segala sesuatu yang dapat menjauhkan diri seseorang itu daripada Allah S.W.T.

3. Meninggalkan segala hasrat jiwa dan menentang dorongan hawa nafsu yang menjurus ke arah kejahatan.

4. Meneruskan kehidupan dengan tatacara yang ditetapkan oleh syariat Islam.

5. Mengikut sunnah Rasulullah S.A.W. sama ada dalam ucapan mahupun perbuatan.


InsyaAllah nanti aku update pasal amalan-amalan orang yang bertaqwa.

(diambil dari buku Jumaat Bersama Tok Guru oleh Ann Wan Seng)

2 comments:

RuBy Razali said...

insaf sebentar...
cikgu, camne nak kasi insaf lama??

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali
adik rubiah..kalau nak insaf lme2..bykkan musahabah diri dan sentiasa berzikir..

ingat dunia ni hanya pinjaman..khidmat nasihat percuma dari Doktor Nasrin (heheheh perasan)

There was an error in this gadget