Monday, July 1, 2013

Perancangan-Nya



Hari ni aku yang dok mengidam nak makan mee goreng yang dimasak oleh sahabatku, Zaidatul Nadia binti Zainal aka Jed bangun awal semata-mata untuk menyempurnakan misi. Misi apa? Oh si Jed ni minta aku beli barang untuk masak mee ala untuk aku gak makan kan huhu~

Pukul 10.30am macam tu aku dah gerak dari rumah aku. Jarak dari rumah aku untuk ke rumah Jed cuma 5 minit perjalanan dengan menaiki motosikal..jadi motosikal Modenas milik ayahlah yang aku gunakan untuk menyempurnakan hasrat..hehe..singgah Pasar Segar Tun Teja dulu sebelum ke rumah Jed untuk membeli barang2 yang diperlukan..

Dah dapat barang2 yang dipesan, aku meneruskan perjalanan ke rumah Jed dengan gembira hehehe hajat ketika sakit hampir dapat dipenuhi~ alhamdulillah sampai rumah Jed, aku bagi la salam macam biasa..dan macam biasa, Jed sambut aku dengan muka sengih x abis dia tu heheh kawan aku memang suka senyum~ sedekah ma...dia pun bawa barang2 tu g dapur dan aku mengikut dari belakang..fuh rupa-rupanya dia dah ready dah barang2 lain just tunggu barang dari aku sampai untuk menyempurnakan mee goreng basah yang aku dok mengidam hari tu hehehe kau memang terbaik!!!

Maka aku mulakan sesi melihat Jed memasak..hehe aku tengok je bukan tolong apa sebab kawan tu laju bebenor buat kerja dan memang bahan2 dia dah sedia..ni semua terjadi sebab semalam, lepas Maghrib aku g rumah Jed..macam biasa la kalau hati x tenang plus hari cuti Jed, aku akan menyemak kat rumah dia untuk kongsi masalah..alhamdulillah persahabatan yang terbina sejak umur 10 tahun ni masih kukuh dan aku memang percayakan dia kalau nak cerita pasal apa2 pun..punyalah bercerita tetibe dia tanya aku pasal aku demam hari tu dan aku pun beritahu la yang pasal aku mengidam nak makan mee goreng dia padahal masa demam tu memang aku x boleh nak makan..Jed beritahu aku kalau aku cakap masa aku demam tu mesti dia masakkan punya..dan untuk mengantikan kemengidaman aku tu, dia masak la mee goreng tu untuk aku hari ni hehe..thank you la kawan...



Dah lepas masak..apa lagi makan la.memang superb!! Mee goreng Jed masak memang lagi sedap dari kedai dan mama aku masak (hehehe ini adalah hakikat) makan pulak sambil layan Running Man maka tergelak-gelak la kami ni..heheh memang best..aku siap solat Zohor dan lunch lagi kat rumah Jed ari ni kome tau..err lepak rumah dia memang best..perut kenyang..hati senang hehe..

Pukul 4 macam tu kami keluar ke bandar Rawang..tujuan? Nak amik nombor telefon Hospital Pakar Rawang tapi..hampa x dapat..oh ye kami yang penduduk lama Rawang ni boleh pulak berpusing-pusing kat Rawang sebab blur..err susah betul nak masuk kat area bandar baru..(nampak sangat x selalu keluar)..dah lepas tu kami ke Pustaka Rawang untuk beli novel..hmm hampa juga sebab xde pula novel tu..

Berdasarkan title post ni mesti korang blur..apa kena perancangan-Nya dengan cerita panjang lebar aku ni kan? Okay macam ni..sebelum nak masuk Pustaka Rawang tu..err lebih spesifik masa Jed parking kereta, aku terbau bauan yang sama semasa mama aku nak daftarkan aku masuk ke SRJK (C) tapi disebabkan bauan tu aku x nak sekolah disitu..dan ketahuilah bauan itu datang dari restoran Cina yang menghidangkan Bak Kut Teh sejenis hidangan yang menggunakan daging khinzir. Aku beritahu Jed pasal bau tu dan tahu apa dia jawab.."Kalau kau masuk sekolah Cina tu mesti kau tak kenal aku kan?" dan aku berfikir jika ketika itu aku ditakdirkan masuk ke SRJK (C) mesti aku akan lalui kehidupan yang sama ada kurang atau tidak langsung Islamik..aku tak menyesal langsung dengan keputusan aku dulu, alhamdulillah Allah menggerakkan hati aku untuk tidak bersekolah disitu..

insyaAllah..

Sesungguhnya perancangan-Nya itu telah mengenalkan aku dengan sahabat baikku sekarang, mengubah aku dari seorang yang agak kufur nikmat dan keduniaan kepada seorang yang berusaha untuk menjadi seorang muslimah solehah, membuka mataku tentang perbezaan orang yang beragama dengan tidak beragama dan banyak lagi..ALHAMDULILLAH..perkataan yang mengambarkan perasaan aku sekarang. Aku bersyukur walaupun mungkin kehidupan aku x sehebat mana tapi aku bersyukur yang aku bertemu dengan ramai manusia yang menyedarkan aku tentang erti sebuah kehidupan.

Kadang-kadang kita terlalu memikirkan benda yang dihadapan mata kita sehinggakan kita tak teringat tentang apa yang Allah tuliskan untuk kita.

2 comments:

RuBy Razali said...

oiii! dah2 la tu lepak rumah zaidatul nadia...hahahhahah

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali oii biar la..hahaha

Best oo lepak rumah dia..perut kenyang hati pun senang ahahah~ nak join?

There was an error in this gadget