Wednesday, July 24, 2013

Pertengahan Ramadhan



Zone Pertengahan Ramadhan kini tiba..tiba masanya untuk kita check amalan kita dari awal Ramadhan adakah di tahap okey atau KO? Dok mengata orang tapi diri sendiri pun masih terumbang-ambing?? Astaghfirullahalazim...

Mungkin ada yang menjadikan bulan puasa ni bulan berdiet sebelum raya sebab nak pakai kebaya vogue liplap..hmm rugi2x..bulan Ramadhan adalah bulan memohon keampunan jadi kalau terasa diri yang sentiasa bergelumang dengan dosa apa kata jadikan Ramadhan ini sebagai titik tolak untuk berubah menjadi yang lebih baik..bukan apa masuk neraka itu tak best pun..boleh ke tahan dengan azab neraka sedangkan malaikat sendiri ngeri bila Allah tunjukkan neraka kepada mereka.

Kalau kata: "Hmm nak bertaubat memang boleh tapi lepas tu takut ulang balik dosa tu"

Baiklah, taubat itu pada aku ialah satu perbuatan di mana kita menyesali dosa yang kita lakukan dan kita berjanji untuk tidak mengulanginya. Tapi..aku sendiri faham, kita sebagai manusia sering tergelincir dari landasan kebenaran jadi setiap kali kita tergelincir, bertaubat semula dan tekadkan hati untuk berubah. InsyaAllah lama-lama kita boleh lakukannya..

Macam aku, dulu aku sering terlepas carut, marah sikit dah terkeluar perkataan-perkataan yang kasar dan tak sedap didengar..hmm mungkin ada faktor environment tapi benda ni kita sendiri boleh kontrol sekiranya ada kemahuan..ini yang aku belajar..sekarang ni alhamdulillah aku boleh kawal mulut...

Okay meh aku bagi satu kisah pasal taubat..

Daripada Abi Said Saad Bin Malik Al-Khudri, sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W. telah bercerita:

Sesungguhnya terdapat seorang lelaki yang hidup di zaman sebelum kamu yang telah membunuh 99 jiwa, maka dia telah bertanya untuk berjumpa dengan orang paling alim di atas dunia ini lalu ditunjukkan kepadanya seorang rahib, maka dia pun menemui rahib tersebut dan berkata bahawa dia telah membunuh 99 jiwa manusia, masihkah terdapat peluang taubat bagi dirinya??

Maka rahib itu pun berkata : Tidak ada taubat bagimu, maka lelaki itu pun membunuh si rahib dan mencukupkan 100 jiwa manusia yang telah dibunuh, lalu dia bertanya lagi mengenai orang paling alim di atas dunia ini, lalu dia dipertemukan dengan seorang alim dan berkata yang dia telah membunuh 100 orang manusia, masihkah terdapat peluang taubat bagi dirinya?

Lalu alim itu berkata : Ya, masih terdapat peluang taubat bagi dirimu, dan siapakah yang mampu menghalangmu daripada bertaubat?? Pergilah kau ke suatu negeri di mana adanya golongan manusia yang menyembah Allah Taala disana, pergilah kau menyembah Allah bersama-sama mereka, dan janganlah kau kembali lagi ke tempat kau kerana tempat kau itu adalah tempat yang buruk keadaanya.

Bertolaklah lelaki itu ke tempat yang dikatakan oleh si alim tersebut. Ketika dia sampai di pertengahan jalan, maut pun datang menjemputnya, maka berbalahlah Malaikat Rahmat dan Malaikat Azab. Malaikat Rahmat berkata: Dia datang dalam keadaan bertaubat yang menghadapkan hatinya kepada Allah Taala, dan berkata pula Malaikat Azab: Sesungguhnya dia langsung tidak membuat sebarang kebajikan, tiba-tiba datanglah Malaikat Malik yang menjelma sebagai manusia, lalu menjadi hakim di antara mereka dan berkata: Ukurlah kau berdua di antara dua tempat ini dan arah manakah kedua tempat ini berdekatan dengan lelaki tersebut maka disitulah tempatnya. Para malaikat mengukur dan mereka mendapati mayat lelaki itu lebih dekat ke tempat yang ingin ditujuinya, lalu Malaikat Rahmat pun mengambil lelaki tesebut" - (HR Imam Muslim bernombor 4967)

Kisah di atas membayangkan bahawa kebaikan tersangat hampir dengan syurga Allah S.W.T. Allah Maha Pengampun. Sesungguhnya Allah menerima taubat hambanya yang ikhlas. Walau sebesar mana pun dosa yang telah dilakukan, tetapi jika kita segera bertaubat Allah akan membuka seluas-luas pintu rahmatnya.

(diambil dari buku Jumaat Bersama Tok Guru oleh Ann Wan Seng)


Jadi tak kisahlah macam mana pun besar dosa kita, peluang taubat tu sentiasa ada sehinggalah roh bercerai dari jasad.

Baiklah aku rasa sampai sini jela aku menulis..insyaAllah akan update lagi tapi mungkin tak selalu sebab alhamdulillah aku dah start kerja dan aku perlu siapkan novel Kisah Kita dan lepas tu Isteriku Ratu Ais.


3 comments:

RuBy Razali said...

Terima kasih di atas entry ini.
=)

perindu_خلافة said...

subhanALlah.. terima kasih atas peringatan pada diri yg sering alpa ni, T_T

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali Sama-sama Rubiah..kita kena saling mengingati sebab kita selalu leka (^-^)

@perindu_خلافة sama-sama Rizqan..peringatan untuk kita juga.

There was an error in this gadget