Friday, July 12, 2013

Putrajaya 11/7/2013



Putrajaya..tak banyak yang berubah..masih sama sepertimana dua tahun yang lepas..mengamit memori dua orang pelajar praktikal yang kurang arif tentang Putrajaya. Selalu sesat walaupun setelah agak lama berada di situ. Pernah sekali kami sesat sehingga ke Cyberjaya..kawasan perindustrian yang sunyi dan menyeramkan lebih-lebih lagi ketika itu sudah malam. 

Semalam sekali lagi aku ke Putrajaya tapi bukan kerana praktikal ye kerana ia sudah pun menjadi memori silam (apa kena dengan ayat aku?). Aku ke sana kerana ada urusan temuduga dengan pihak SPP..jawatan yang kuminta mungkin tak sepadan dengan kelulusanku tapi aku harap ada keberkatan di situ. Sudahlah terlewat sampai kerana tersekat didalam kesesakan lalulintas di kawasan Shah Alam, namun aku gagahi juga untuk masuk kerana diugut oleh adik-adikku yang menyibuk nak mengikut sekali..sudahnya kedua-dua adikku tak ke sekolah semalam.

mereka yang mengiringi beta semalam..hihi

Sampai ke tempat temuduga..agak ketat juga kawalan keselamatan di sini. Kenderaan luar tidak dibenarkan masuk dan aku perlu dapatkan pas pelawat di bilik kawalan. Dah dapat pas aku pulak bantai terpusing-pusing sesat dalam kawasan yang banyak bangunan ni apa lagi Kompleks Jabatan Perdana Menteri..dok terpusing-pusing tu nampak seorang perempuan. Maka aku tegurlah tanya datang interview ke? dia jawab ye dan dia juga pohon jawatan yang sama dengan aku..apa lagi saing la pergi tempat temuduga.

Bila dah sampai..kantoi pula sebab tak bawak clear folder..aduh aku ingatkan folder file biasa boleh tapi dia nak clear folder maka aku pergilah membeli kat kedai dalam bangunan Pos Malaysia..yang ni pun sebelum sampai aku dah sesat dan terpaksa tebalkan muka bertanya kat receptionist kat satu bangunan ni..err..aku tak ingat apa nama bangunan tu..

Sebelum masuk interview, aku sempat gak berborak dengan calon yang lewat sekali dengan aku and kakak2 yang menjaga kat situ..huhu rupa-rupanya, calon tadi tu pengusaha taska dan ada tiga cawangan dah..fuh ternganga aku sekejap..dia datang ni pun sebab suami dia nak dia kerja dalam sektor kerajaan dan taska dia sekarang akan diuruskan oleh ahli keluarga dia kalau dia dapat kerja ni..aku terus terang cakap dengan dia yang kerja yang dia buat sekarang ni ialah pekerjaan yang aku impikan..hmm rezeki masing-masing kan?

Okay ada dua orang yang interview aku semalam dan kedua-duanya sangat sporting dan sopan. Masa interview tu aku mula-mula agak mengigil jugalah sebab dah lama tak berinterview ni. Tapi bila aku dah dapat tenangkan diri..aku rasa lega dah..oh dapat pula aku masuk interview dengan calon tadi tu..aku ditanya tentang tugas-tugas seorang pembantu makmal (ni la jawatan yang aku apply), tiga soalan berkaitan sains dan soalan tentang isu semasa. Alhamdulillah, hanya 1 soalan sahaja yang aku ragu-ragu iaitu tantang apa itu 50Hz? Aku bantai jawab audible audio huhu padahal interview dalam Bahasa Melayu..terkeluar speaking London aku tetibe dan jawapan aku tu salah huhu..nasiblah tak teringat pasal tajuk gelombang fizik tu huhu..

Abis temuduga, aku ajak mereka2 ini berjalan-jalan dulu..tapi..masa tu matahari tengah naik dan sememangnya mereka tiada mood..dah tu g Alamanda pula..aku suka la sebab masuk2 je aku serbu MPH..hehe sempat beli dua buah buku..novel Cinta Masam Manis dan buku Islamic, Jumaat Bersama Tok Guru oleh Ann Wan Seng. Buku-buku tu insyaAllah akan aku baca selepas aku habiskan buku 100 Pesanan Terakhir Rasulullah..yeah azam tak buka novel sebelum abiskan buku ilmiah!!!

Baiklah panjang kan update kali ni? Hehehe okay sila jenguk blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais.

6 comments:

En Kentang Ubi said...

Salam, so keputusan interview tu mcmne? dpt tau ke?

Norlyana Nasrin said...

@En Kentang Ubi
Salam, dah dapat tahu dah. Xde rezeki saya..

En Kentang Ubi said...

xpe sabar..ada rezeki lain tu..sy just nk tnya ni..dlm result awk tu ada tulis info jumlah data calon yg hadiri kan?

Norlyana Nasrin said...

@En Kentang Ubi
insyaAllah..xde la pula..sy dah siap dpt surat yg ckp sy x dpt jawatan tu huhu..

En Kentang Ubi said...

ha? bler awk dpt surat? sy x dpt lg pn huhu :O

Norlyana Nasrin said...

@En Kentang Ubi sy dpt hari isnin lepas x silap sy..myb lmbt skit smpi kt awk kot..mne tau ada berita gembira (^-^)

There was an error in this gadget