Friday, August 30, 2013

Mr Papa



Gelaran yang diberi sendiri oleh BDE (business development executive) yang aku uruskan menggantikan Incik Bos.

Mr Papa...

Sangat innocent dan lurus berbanding Incik Bos yang sengal..Mr Papa juga menjadi pengasuh kepada anak perempuannya jika terpaksa bekerja hari Sabtu..

Mr Papa pernah berkata "Do not push yourself too hard" bila aku OT sampai malam kat tempat kerja aku dan aku x dengar kata dia..terus buat OT sampai hari Khamis mengakibatkan aku kena serangan migraine  (aku ada amik caffeine untuk elakkan mengantuk juga)..

Mr Papa juga ada bagi nasihat suh hati2 supaya x dipergunakan orang lain..huhu terharu juga aku dengan Mr Papa ni..aku ni bukan x dengar kata tapi bila orang dah minta tolong susah betul nak cakap tidak dan yang buat aku serba salah ialah orang tu kawan mama aku..hmm susah2..

Mr Papa pernah rasa serba salah bila aku dan Daphne asyik buat kerja dia sebab ada lagi sorang BDE yang kami uruskan jadi dia x mau orang fikir dia conquer kami..hehehe memang dia innocent tapi bila marah..agak menakutkan jugalah kan..siapa yang marah nampak cute? cer beritahu?

InsyaAllah aku dan Depeni akan berusaha sama2 untuk bekerjasama dengan Mr Papa & Khaw Zhe..

Wednesday, August 28, 2013

Qasidah : Ya Hanana



يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد   بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad  
Telah muncul agama yang didukung,  dengan munculnya sang Nabi Ahmad

يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد  ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad   dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى   وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani   wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى   وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani   wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami 

مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر    لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar    liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW), 


وَافتخَرَت الُ مُضَر   بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor     bihi ala kullil anam
lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon   wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا   سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon    saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام   المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami   al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا   يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu  yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

Diambil dari blog Bumi Serta Isinya

Dan saya paling suka versi ini

Incik Bos - Selamat Tinggal Incik Bos



Selasa 27/8/2013

"Okay sekarang Daphne dengan Nasrin handle Kelly dengan Amir." Keputusan yang dibuat oleh Senior Sales Coordinator btol2 menjatuhkan semangatku.

'Incik Bos....' getusku dalam hati dan kepala otak aku. Sedih sebab dah selesa dengan Ah Bin jadi bila kena tukar tu yang rasa x seronok..

Walaupun begitu, aku perlu habiskan kerja yang pernah Ah Bin amanahkan padaku sebelum 100% ditukar kepada 2 sales coordinator yang lain.

Beberapa projek masih belum disempurnakan dan dalam tangan aku, ada dua-tiga projek besar huhu wa pening..maka hari2 kena OT~ pening punya pasal sampai aku lupa desktop aku bukan touch screen

Petang itu..

Bam! Woot2 blackout woo! Dari pukul 5.30om, ofisku blackout dan ada balik elektrik pukul 5.50pm macam tu...'okeyla masih boleh OT' fikirku tapi...haduh, server plak x bleh connect..bila call IT dept, kena marah sebab kawan tu tensen nak baiki server dan ramai bertanya huhu sabar ye Ah Seng?

Lama tunggu, nak dekat pukul 7, Ah Seng call cakap suh balik sebab lambat lagi server nak elok maka aku OT sejam jela semalam dan projek menara T tak dapat aku siapkan....tapi company D punya quotation nasib baik dah nak siap..

Rabu 28/8/2013

"Nasrin, I've send you the email about C company, can you please revise the quotation?" suara Ah Bin dari corong telefon membuatkan aku terkial2.

"But I didn't receive any email from you" balasku jujur setelah memeriksa inbox email.

"Aiya I send it to another email address..hahahaha" aku pun turut tergelak..

Macam-macam Ah Bin ni..dah la seharian x masuk ofis. Lepas beberapa minit dia call lagi dan aku xtau kenapa aku x dapat email dia..aku suh dia email kat gmail aku..dia pun ye kan aje..lepas beberapa ketika dia call. aku beritahu aku xdapat email dia lagi..dia suh Daphne forwardkan je kat aku huhu senang..last2 aku call dia beritahu yang aku dah buat dah revise company C tu berdasarkan layout yang dia bagi..

Lepas beberapa jam Ah Bin call lagi tanya pasal mock up..punyalah aku blur..aku cakap biar aku check dulu..rupa2nya aku dah 4wardkan kat sales coordi lain yang dah amik tanggungjawab aku dulu..huhu senang cakap si Ah Bin ni dah lupa yang aku dah x uruskan dia lagi huhu..sedih..

Tapi alhamdulillah la aku dah boleh cope dengan kerja aku skang dan dua orang yang aku dengan Daphne uruskan sekarang ni pun kira okey jugaklah walaupun kerja bertimbun huhu..kerja yang takkan abis huu.

Malam tadi aku buat OT lagi huhu x lama sebab pukul 7.45pm blackout lagi company tu..haih x bayar bil apa? Maka kami tunggu sampai pukul 8 untuk balik kalau x rugi je OT~

Okey la nampaknya siri Incik Bos dah sampai ke penghujung..walaupun sekejap tapi aku seronok kerja dengan Ah Bin huhu (^-^)

Monday, August 26, 2013

Incik Bos - Part 4

Ah Bin zaman muda2

Lambakan kerja bagaikan tak akan habis memeningkan kepalaku pagi ini..

Dengan penuh semangat, aku memulakan kerja2 dengan menyusun agenda..

"Nasrin, Kevin call" rakan sekerjaku Daphne aka Depeni (hehehe~) menyambungkan talian kepada meja kerjaku.

"Nasrin, Kevin aa.." lepas perkenalkan diri straight je incik bos aku cakap bahasa Kantonis dengan aku laju2..saje je dia ni! Dahlah pagi2 aku blur..

"Hah? What?" soalku akibat terkejut + blur pagi x abis2

"XX company bla bla bla" Ah sudah Ah Bin ni saje bagi aku tambah blur dengan cakap laju2

"Err ok2 XX" x sempat aku nak abis cakap dia menyampuk..

"XX is company name lah! Hahahahaha.." amboilah sukanya dia ketawakan aku..

"Ok2 I know that is a company name..ok"

"XX company asked us to provide lorry driver and installer name for tomorrow delivery"

"Okay2 I'll check it ASAP. Oh Kevin about XY company. Can you please advise about size and furnishing?"

"They did put the scale right?"

"But I don't know how to read based on that scale" jujur aku mengaku..kedengaran ketawa Ah Bin dicorong telefon. Amboi la suka betul dia pagi ni!

"Aiya, I'm a newbie ma! How should I know that?" agaklah beb, kawan aku si Depeni tu pun x reti..makin galak si Ah Bin tu gelakkan aku..cis!

"Ok2 I call them and ask" dengan sisa tawa yang masih berbaki akhirnya Incik Bos dengar gak kata aku..hehee~

"Ok.." Aku meletakkan telefon lalu menyambung kerja...

Beberapa jam kemudian..

"Nasrin, Kevin aa..did you receive my mail about....." habis dia menyampai pesan aku bertanyakan semula pasal XY company.

"Oh can you please call them? Tell that Kevin asked you to do so as I'm in a meeting right now" huhu aku tau dia x main2 sebab suara dia serius huhu..skali serius incik bos aku ni agak seram juga~

Petang itu..

Dari jauh aku nampak Ah Bin..

"Haih Ah Bin aa.." keluhku sambil buat2 kerja2 yang sepatutnya..

dan sebentar itu..

"Nasrin, please bla bla bla"

"Ok2"

seketika kemudian..

"Nasrin, please bla bla.." maka aku patuhkan aje..

dan seterusnya..

"Nasrin, can you please bla bla" ok aku penat.

"Kevin aa stop. Wait ok? I finish this thing first" kutunjukkan 5 jariku tanda 'sila berhenti wahai Ah Bin!'

"Hahahhaa..I just afraid later you'll forget ma" hahaha amboi! Incik Bos ini kalau boleh memang mau je aku picit2 kalau saiz dia 3cm la..

Disebabkan dia asyik kacau aku maka aku asyik lupa apa dia suh buat ahaha padan muka! Banyak kali gak aku kacau dia balik..hehe revenge!

Kerja yang bertimbun menyebabkan aku OT hari ni..yela tunggu esok mau gila lagi aku huhu..xpe boleh tambah sikit duit bulan ni (^-^)

Kerja aku ni boleh dikatakan boleh tahanlah walaupun tension tu memang xleh blah tapi insyaAllah aku akan buat sebaik boleh huhu~ semangat waja!!

P/S: Doakan saudara2 Islam di Mesir dan umat Islam di negara2 yang bergolak. Oh lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais.


Thursday, August 22, 2013

Incik Bos - Part 3



Pagi masuk office, aku terus tanya kat kawan aku

"Bila nak Jumaat huh?" pertanyaan sengal yang disambut dengan ketawa ala Gopal kartun Boboiboy oleh designer yang duduk depan aku hahahah~

Hari aku macam biasa akan dipenuhi dengan order dan quotation dari sebuah syarikat dari Sarawak..kalau nak tahu, aku dah cipta sejarah macam2 kat tempat kerja ni..orang baru yang senang dapat line untuk call outstation (Sabah, Sarawak etc..), jatuh kerusi, masuk meeting dan macam2 lagi..

Incik bos datang awal sikit dari biasa..sampai2 je dah busy sampai Ah Pam cari dia pun asyik lari2..nampak sangat muka busy dia tu..hahaha hari ni Ah Bin serius, nak main2 dengan dia pun x boleh..huhu~projek besau kali ni tu yang Ah Bin jadi serius..quotation & order yang nak buat pun dah boleh buat aku rasa nak pengsan huhu~

Incik bos ni macam lupa yang aku faham bahasa Cina sebab bila dia cakap dengan officemate aku, dia buat translation in English pula kat aku..aku pun sengih jela..lawak dengar dia cakap ulang2 kali ahahaha~bila aku call dia mula2 aku guna professional attitude tapi bila dengar dia menjawab ala2 orang bangun tido, terpaksalah guna cara pasar..lawak betul la Ah Bin ni..

p/s: diduga dengan keputusan yang mengecewakan tapi la tahzan Norlyana Nasrin! Ada rezeki lain yang Allah tetapkan..yakin dengan Allah! 

Doakan saudara2 kita di Mesir dan umat Islam di negara lain yang menderita. Kes serangan gas beracun kat Syria betul2 kurang ajar! Mereka memang bukan manusia! Bunuh orang macam bunuh nyamuk pula..astaghfirullahalazim..

Tuesday, August 20, 2013

Incik Bos - Part 2



Alamak ada order yang kena cancel la sebab double issue' getusku dalam hati. Bila ditanya senior, kena amik sales order tu dan copkan 'cancel' pastu kena amik tandatangan incik manager..dengar je nama incik manager aku dah rasa malas huhuhu..dah tu aku pun buat la ikut kata senior..bila dah siap dan kena minta tandatangan incik manager, aku pun g la masuk ke bilik incik manager dengan ditemani senior sebab aku kan budak baru~maka sesi menerangkan kenapa order itu di'cancel' pun bermula..senior aku la yang banyak cakap aku just tambah sikit2 selebihnya aku senyap je..huhu~

dan tetibe incik manager berkata "yang ni kena minta Kevin sign juga bla bla bla (dia memang suka membebel benda yang sama)" aku just mengangguk memandangkan Ah Bin dah balik maka esok jela aku bagi kat Ah Bin..

Esoknya...

Tunggu punya tunggu mahu pukul 12 juga Ah Bin masuk..kira awal jugalah hari ni selalu petang baru sampai...lepas bagi dia berehat 2-3minit..aku pun masuk bilik dia suruh dia sign sales order yang kena cancel tu..aku sempat gak buat sengal..yela perasaan ingin tahu membuak-buak maka aku terus tanya perfume apa dia pakai sebab wangi..dia jawab dengan cool (tetibe plak jadi cool) "Polo Blue" hehehe maka wajiblah nanti aku beli perfume itu untuk hubby ahahahaha berangan!!

Sebelum g rehat Ah Bin tanya pasal 1 company ni tapi aku cakap bukan aku yang handle tapi Kak Nor yang handle..dah dia confuse..dolu2 dia panggil aku Nor skang aku suh dia panggil aku Nasrin untuk bagi dia senang boleh pulak dia cakap "Hah ini Nor, itu Nor..ada lagi satu Nora..hahaha" ceit boleh gelak plak Ah Bin ni..maka aku pun cakap "Itu sebab saya suruh you panggil saya Nasrin ma..aiyah ini Ah Bin!!" hamek kau aku terang-terang panggil kau Ah Bin huu..makin suka si Ah Bin tu bila aku panggil gitu..ceit sengal..aku dah rancang dah dengan Daphne yang aku nak minta nagpau bebanyak kat Ah Bin bila Chinese New Year tahun depan..huhu kalau aku kerja situ lagi la..

Hehehe nanti kalau ada lagi benda sengal si Ah Bin tu buat aku update lagi ye?

p/s: Doa untuk saudara di Mesir dan negara2 dimana umat Islam menderita jangan pernah putus ya sahabat sekalian?

Monday, August 19, 2013

Incik Bos



Saya ada dua incik bos. Satu manager dan satu lagi anak bos besar. Teka la saya suka yang mana? Ahaha semestinya anak bos besar...

Anak bos besar saya ni alhamdulillah x sombong dan saya kenal dia sejak zaman dia belum kahwin lagi huhu...sekarang dah ada 3 orang anak and guess what? dia masih x matang..adoilah Ah Bin (yang ni saje je aku bagi nama kat dia)...

Ah Bin ni suka kelam kabut dan buat aku pun jadi kelam kabut sama2..hahaha lawak sungguh..dah la aku baru la jugak masuk kerja kat sini dan kurang faham sangat dengan kerja2 ni, dia yang bakal mewarisi syarikat pun boleh kelam kabut dok blur xtau pasal kod barangan..hahahha Ah Bin...

Minggu lepas aku kena kumpul maklumat pasal satu customer dan aku kena asingkan order mereka dan total up tempahan mereka dari awal tahun..fuh memang seksa aku nak cari sales order yang lama2..last2 aku masuklah bilik Ah Bin untuk mencari..boleh plak dia men handphone time aku tengah sibuk cari maka dengan mulut x bleh blah terus cakap.. "Isy dia ni tak membantu langsung!"Ah Bin dengan gelak-gelak terus bangun dan balas "Yelah-yelah saya bantu" (dengan pelat Cinanya yang lawak hahaha)..dia dok cari2 tapi tak jumpa..macam mana la nak jumpa kalau masuk bilik dia je dah pening sebab semak yang amat..oh ye disebabkan dia anak bos dan sebagai Business Development Executive, dia memang tak dok selalu dalam pejabat..kekadang pukul 4pm baru masuk office..untungla Ah Bin..

Mula2 kerja ari tu aku malu2 gak nak bincang dengan dia tapi disebabkan perangai selamba dia aku pun selamba jugalah dengan dia..oh ya paling aku suka pasal Ah Bin ni, dia sentiasa wangi..ehey bukan aku seorang je tau yang kata begini tapi officemates2 aku yang lain pun dok tertanya2 perfume apa yang Ah Bin ni pakai..hehe boleh beli untuk suami la konon kan..ahaha berangan~tapi x berani pula teman nak g tanya Ah Bin ni direct kang mau kena pelangkung dengan bini dia ahaha~oh ya bini dia sangat lawa (^-^)

Sekarang ni tugas aku sebagai sales coordinator merangkap PA si Ah Bin (kunun) yang ni sebab aku amik alih tugas officemate aku yang nak berhenti Jumaat ni..hmm xtau la macam mana nasib aku sebab Ah Bin ni selalu bawa balik projek besau maka aku la yang kena kawtimkan quotation dia hadui...tapi xpe disebabkan tugas dan ini punca rezeki aku sekarang insyaAllah aku akan bertabah! Norlyana Nasrin, FIGHTING!!!

p/s: masih menunggu keputusan SPP..doakan aku berjaya. Oh ya jangan lupa doakan negara2 Islam yang bergolak juga..

Saturday, August 17, 2013

Ehey + Mari bercakap tentang Mesir


Krisis di Mesir semakin meruncing dan semakin banyak yang syahid dalam menegakkan kebenaran di sana..sedih..yang pelik pelajar kita yang dah sedia nak balik semula masih menunggu sehingga keadaan semakin darurat..hmm sekarang ni x cukup daruratkah? Pelik..

amin..

Dulu ramai yang boikot barang2 Yahudi bila isu Gaza hot tapi sekarang macam relax je umat-umat Islam kat sini menjengah McDonald nak2 lagi masa demam patung Minion..ek eleh..takat patung gitu beli kat kedai biasa pun ada,,apasal nak gak beli kat McD? Jawapan dia senang, orang kita ni mudah terpengaruh dengan iklan2 dan trend..hmm beratur panjang semata-mata nak patung kuning tu..senang beli Pikachu lagi comel..

Pabila umat Islam disana berjuang berhabis-habisan, kita kat sini masih tak bersyukur dengan nikmat yag kita ada dan kekadang tak teringat pun pasal saudara2 kita disana sebab terlalu seronok berhari raya disini. Sedih memang sedih..sedangkan mereka berjuang sejak dari kita belum berpuasa lagi..



Ada yang cakap peduli apa dengan mereka kerana fikrah mereka x sama dengan kita..apakah? 

Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

Kita disini mungkin tak dapat bersama-sama untuk berjuang namun kita boleh mendoakan mereka dan ambil peduli tentang saudara kita disana.



Bila online jangan sibuk nak update status FB dan tweet sahaja..cuba baca pasal perkembangan di Mesir dan negara2 Arab lain yang menerima nasib yang sama...hmm negara yang kononnya memperjuangkan kebebasan sebenarnya yang memporak-perandakan dunia ni. 

Mungkin aku x berapa arif pasal isu di Mesir ni, kalian boleh rujuk di 

https://www.facebook.com/PilihanrayaMesir
https://www.facebook.com/MesirKini

Saturday, August 10, 2013

Double Trouble

I had the best childhood because of this guy (^-^)

Abdul Mushawwir & me

Banyak buat masalah, buli sepupu yang masih kecil, buli jiran tetangga, main mercun, kumpul orang suruhan, memancing& macam2..nakal yang amat! Bila dah tua ni baru rasa best giler jadi kanak-kanak..la ni dia warden penjara..hahah aku xtau la macam mana dia jaga banduan ke dok buli banduan hahaha...

Apa2 pun kalau xde si Syawel ni x syok balik kampung & sampai skang dia ni masih sengal..sekian hahaha...

Friday, August 9, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t

The Four Sisters (Lisa tengah bersiap masa ni)

Raya tahun ni kami sekeluarga balik ke kampung ayah di Sungai Petani, Kedah. Malam/pagi raya (8/8/2013) kami bertolak dari Rawang ke Kedah dengan dua kereta, CRV dan Myvi (dua2 vi...). Aku ditendang ke kereta yang dipandu oleh ayah kerana tak nak melebihi had kuota muatan dalam kereta yang dipandu adik aku (ayah drive CRV maka yang lagi satu tu adik aku la drive). Sedih sebab geng-geng yang suka buat gila kat kereta lagi satu manakala zon senyap itu adalah dalam CRV..huhu blur sebab aku dengan adik yang bongsu je dalam kereta tu selain of course both of my parent.

Raya yang pertama aku mulakan dengan agak lewat hehehe...bukan apa, sampai kat hotel pun dah Subuh dan sepanjang perjalanan  tu aku tak boleh tidur sebab nak temankan ayah aku yang memandu (walaupun ada gak terbabas tidur sekejap dua kali hehehe). Oh ada benda menarik berlaku waktu kami berhenti rehat kat RnR Sungai Perak. Lepas menelan dua biji pau, aku pergi cari ayah aku yang berurut kat massage chair. Sampai-sampai je tengok ada satu lagi massage chair yang kosong maka aku terus la duduk dan masukkan duit tapi malang sebab kerusi tu rosak. Entah apasal, seorang jejaka berbangsa Cina yang duduk kat sebelah kerusi urut ayah aku bangun dan aku assumed yang dia dah habis berurut maka aku terus la duduk kat kerusi tu huhu..tapi.hehe dia belum habis berurut dan ada 2minit 48saat lagi masa dia maka aku berurut secara percuma hahaha..thanks kepada jejaka itu..aku rasa mesti dia kesian tengok aku hehehe~

Sambung balik pasal raya yang pertama..hehehe..bangun lewat lepas tu terus pergi basuh muka dan iron baju dan juga tudung. Ketika inilah adik beradik yang lain mula memohon nak minta aku tolong ironkan baju..ceh apa punya worang! Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Pak Lang aku yang terletak di Bukit Selambau. Rumah kampung yang masih ada sawah padi di kawasan berdekatan..jalan masuk kampung ni pun kecil je huhu comel bebenor~ Makan laksa dan aku bantai kuih raya kat sana kaw-kaw punya sebab sedap huhu paling best adalah cheeseball..fuhh memang terbaik! Kat rumah Pak Lang je habis 3 jam lepas tu kami balik ke rumah arwah Tok dan Tok Wan. Rumah tu dah di renovate untuk dijadikan homestay tak pun rumah keluarga. Memang cantik! Lupa pula nak ambil gambar lagipun lupa nak bawa kamera..gambar-gambar pun ihsan dari kamera handphone adikku. Kat sini aku seronok berborak dengan sepupu aku Shaharul. Sepupu aku ni ada masalah otak terbantut sebab demam panas waktu kecil. Asal balik kampung je aku mesti cari dia sebab aku seronok borak-borak dengan dia. Dia ni pandai melukis, memasak dan mengemas. Kira mak dia aka Mak Ngah aku tak payah risau la pasal dia sebab dia ni pun pandai bawa diri..solat pun tak tinggal (^-^)

me and Shaharul

rumah family
Raya kedua aka hari ni..insyaAllah keluarga kami akan buat kenduri kat rumah keluarga di Bukit Selambau tu..dari lepas Subuh lagi aku dah boleh tidur maka bersiap-siap la aku dengan iron baju dan lepas tu apa lagi? Online la..hehe syok juga update blog pagi-pagi nyaman ni dengan wifi hotel hahaha~Baiklah aku nak pergi bersiap-siap untuk ikut my parent g breakfast..insyaAllah aku akan update lagi...wassalam (^-^)

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian.
There was an error in this gadget