Saturday, August 17, 2013

Ehey + Mari bercakap tentang Mesir


Krisis di Mesir semakin meruncing dan semakin banyak yang syahid dalam menegakkan kebenaran di sana..sedih..yang pelik pelajar kita yang dah sedia nak balik semula masih menunggu sehingga keadaan semakin darurat..hmm sekarang ni x cukup daruratkah? Pelik..

amin..

Dulu ramai yang boikot barang2 Yahudi bila isu Gaza hot tapi sekarang macam relax je umat-umat Islam kat sini menjengah McDonald nak2 lagi masa demam patung Minion..ek eleh..takat patung gitu beli kat kedai biasa pun ada,,apasal nak gak beli kat McD? Jawapan dia senang, orang kita ni mudah terpengaruh dengan iklan2 dan trend..hmm beratur panjang semata-mata nak patung kuning tu..senang beli Pikachu lagi comel..

Pabila umat Islam disana berjuang berhabis-habisan, kita kat sini masih tak bersyukur dengan nikmat yag kita ada dan kekadang tak teringat pun pasal saudara2 kita disana sebab terlalu seronok berhari raya disini. Sedih memang sedih..sedangkan mereka berjuang sejak dari kita belum berpuasa lagi..



Ada yang cakap peduli apa dengan mereka kerana fikrah mereka x sama dengan kita..apakah? 

Dari Anas RA dari Nabi SAW bersabda, “Tidak sempurna keimanan seseorang dari kalian, sebelum ia mencintai saudaranya (sesama muslim) sebagaimana ia mencintai dirinya sendiri.”

Kita disini mungkin tak dapat bersama-sama untuk berjuang namun kita boleh mendoakan mereka dan ambil peduli tentang saudara kita disana.



Bila online jangan sibuk nak update status FB dan tweet sahaja..cuba baca pasal perkembangan di Mesir dan negara2 Arab lain yang menerima nasib yang sama...hmm negara yang kononnya memperjuangkan kebebasan sebenarnya yang memporak-perandakan dunia ni. 

Mungkin aku x berapa arif pasal isu di Mesir ni, kalian boleh rujuk di 

https://www.facebook.com/PilihanrayaMesir
https://www.facebook.com/MesirKini

No comments:

There was an error in this gadget