Monday, August 19, 2013

Incik Bos



Saya ada dua incik bos. Satu manager dan satu lagi anak bos besar. Teka la saya suka yang mana? Ahaha semestinya anak bos besar...

Anak bos besar saya ni alhamdulillah x sombong dan saya kenal dia sejak zaman dia belum kahwin lagi huhu...sekarang dah ada 3 orang anak and guess what? dia masih x matang..adoilah Ah Bin (yang ni saje je aku bagi nama kat dia)...

Ah Bin ni suka kelam kabut dan buat aku pun jadi kelam kabut sama2..hahaha lawak sungguh..dah la aku baru la jugak masuk kerja kat sini dan kurang faham sangat dengan kerja2 ni, dia yang bakal mewarisi syarikat pun boleh kelam kabut dok blur xtau pasal kod barangan..hahahha Ah Bin...

Minggu lepas aku kena kumpul maklumat pasal satu customer dan aku kena asingkan order mereka dan total up tempahan mereka dari awal tahun..fuh memang seksa aku nak cari sales order yang lama2..last2 aku masuklah bilik Ah Bin untuk mencari..boleh plak dia men handphone time aku tengah sibuk cari maka dengan mulut x bleh blah terus cakap.. "Isy dia ni tak membantu langsung!"Ah Bin dengan gelak-gelak terus bangun dan balas "Yelah-yelah saya bantu" (dengan pelat Cinanya yang lawak hahaha)..dia dok cari2 tapi tak jumpa..macam mana la nak jumpa kalau masuk bilik dia je dah pening sebab semak yang amat..oh ye disebabkan dia anak bos dan sebagai Business Development Executive, dia memang tak dok selalu dalam pejabat..kekadang pukul 4pm baru masuk office..untungla Ah Bin..

Mula2 kerja ari tu aku malu2 gak nak bincang dengan dia tapi disebabkan perangai selamba dia aku pun selamba jugalah dengan dia..oh ya paling aku suka pasal Ah Bin ni, dia sentiasa wangi..ehey bukan aku seorang je tau yang kata begini tapi officemates2 aku yang lain pun dok tertanya2 perfume apa yang Ah Bin ni pakai..hehe boleh beli untuk suami la konon kan..ahaha berangan~tapi x berani pula teman nak g tanya Ah Bin ni direct kang mau kena pelangkung dengan bini dia ahaha~oh ya bini dia sangat lawa (^-^)

Sekarang ni tugas aku sebagai sales coordinator merangkap PA si Ah Bin (kunun) yang ni sebab aku amik alih tugas officemate aku yang nak berhenti Jumaat ni..hmm xtau la macam mana nasib aku sebab Ah Bin ni selalu bawa balik projek besau maka aku la yang kena kawtimkan quotation dia hadui...tapi xpe disebabkan tugas dan ini punca rezeki aku sekarang insyaAllah aku akan bertabah! Norlyana Nasrin, FIGHTING!!!

p/s: masih menunggu keputusan SPP..doakan aku berjaya. Oh ya jangan lupa doakan negara2 Islam yang bergolak juga..

No comments:

There was an error in this gadget