Friday, August 9, 2013

Raya 2013

Assalamualaikum w.b.t

The Four Sisters (Lisa tengah bersiap masa ni)

Raya tahun ni kami sekeluarga balik ke kampung ayah di Sungai Petani, Kedah. Malam/pagi raya (8/8/2013) kami bertolak dari Rawang ke Kedah dengan dua kereta, CRV dan Myvi (dua2 vi...). Aku ditendang ke kereta yang dipandu oleh ayah kerana tak nak melebihi had kuota muatan dalam kereta yang dipandu adik aku (ayah drive CRV maka yang lagi satu tu adik aku la drive). Sedih sebab geng-geng yang suka buat gila kat kereta lagi satu manakala zon senyap itu adalah dalam CRV..huhu blur sebab aku dengan adik yang bongsu je dalam kereta tu selain of course both of my parent.

Raya yang pertama aku mulakan dengan agak lewat hehehe...bukan apa, sampai kat hotel pun dah Subuh dan sepanjang perjalanan  tu aku tak boleh tidur sebab nak temankan ayah aku yang memandu (walaupun ada gak terbabas tidur sekejap dua kali hehehe). Oh ada benda menarik berlaku waktu kami berhenti rehat kat RnR Sungai Perak. Lepas menelan dua biji pau, aku pergi cari ayah aku yang berurut kat massage chair. Sampai-sampai je tengok ada satu lagi massage chair yang kosong maka aku terus la duduk dan masukkan duit tapi malang sebab kerusi tu rosak. Entah apasal, seorang jejaka berbangsa Cina yang duduk kat sebelah kerusi urut ayah aku bangun dan aku assumed yang dia dah habis berurut maka aku terus la duduk kat kerusi tu huhu..tapi.hehe dia belum habis berurut dan ada 2minit 48saat lagi masa dia maka aku berurut secara percuma hahaha..thanks kepada jejaka itu..aku rasa mesti dia kesian tengok aku hehehe~

Sambung balik pasal raya yang pertama..hehehe..bangun lewat lepas tu terus pergi basuh muka dan iron baju dan juga tudung. Ketika inilah adik beradik yang lain mula memohon nak minta aku tolong ironkan baju..ceh apa punya worang! Rumah pertama yang kami kunjungi ialah rumah Pak Lang aku yang terletak di Bukit Selambau. Rumah kampung yang masih ada sawah padi di kawasan berdekatan..jalan masuk kampung ni pun kecil je huhu comel bebenor~ Makan laksa dan aku bantai kuih raya kat sana kaw-kaw punya sebab sedap huhu paling best adalah cheeseball..fuhh memang terbaik! Kat rumah Pak Lang je habis 3 jam lepas tu kami balik ke rumah arwah Tok dan Tok Wan. Rumah tu dah di renovate untuk dijadikan homestay tak pun rumah keluarga. Memang cantik! Lupa pula nak ambil gambar lagipun lupa nak bawa kamera..gambar-gambar pun ihsan dari kamera handphone adikku. Kat sini aku seronok berborak dengan sepupu aku Shaharul. Sepupu aku ni ada masalah otak terbantut sebab demam panas waktu kecil. Asal balik kampung je aku mesti cari dia sebab aku seronok borak-borak dengan dia. Dia ni pandai melukis, memasak dan mengemas. Kira mak dia aka Mak Ngah aku tak payah risau la pasal dia sebab dia ni pun pandai bawa diri..solat pun tak tinggal (^-^)

me and Shaharul

rumah family
Raya kedua aka hari ni..insyaAllah keluarga kami akan buat kenduri kat rumah keluarga di Bukit Selambau tu..dari lepas Subuh lagi aku dah boleh tidur maka bersiap-siap la aku dengan iron baju dan lepas tu apa lagi? Online la..hehe syok juga update blog pagi-pagi nyaman ni dengan wifi hotel hahaha~Baiklah aku nak pergi bersiap-siap untuk ikut my parent g breakfast..insyaAllah aku akan update lagi...wassalam (^-^)

p/s: Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua Muslimin dan Muslimat sekalian.

No comments:

There was an error in this gadget