Monday, September 23, 2013

Apakah?



Adakah kau ingat kau cukup pandai jika boleh memanipulasikan orang lain untuk kepentingan kau?

Mengatakan yang baik pada zahir tapi kenyataan disorokkan dibelakang?

Menunjuk prihatin namun semuanya hanya sekadar lakonan yang sedia ada penontonnya?

Hmmp kononnya membantu namun sebenarnya menindas dalam diam!

Durjana manusia itu! Tunggu sahajalah hari pembalasan~

Saturday, September 14, 2013

Sabtu pun kita kerja~



Disebabkan lambakan kerja yang x berkesudahan..aku kerja hari ni huhu..tapi terus terang cakap..nampak je bos besar skit dari Ah Bin, aku nak blah..malas aku nak menghadap muka dia buat tensen je...

Aku paling x suka bila orang yang marah orang lain tapi lepaskan kemarahan dia kat orang yang x berkaitan langsung..memang sangat x professional dan aku tahu dia rasa ego dia tercalar sebab Director company ni marah dia hari2 dan x lama lagi department aku ni akan dipindahkan btol2 depan bilik Director..ha..baru padan muka..nampak sangat Director tu nak beritahu "Kalau kau x boleh nak hadle biar aku handle" huhu wa suka sama lu la~Director ni memang garang tahap petala tapi garang dia bertempat dan aku boleh kata yang orang lagi takut kat dia daripada owner company ni sendiri huhu~

La ni aku baru habis betulkan skit2 quotation untuk company H. Yang ni customer Mr Papa, pagi tadi pun buat quotation untuk Mr Papa lagi..Ah Bin? Hehe dia punya tender besau2 maka aku xleh nak tolong tambahan plak aku memang sibuk skang..

Oh pasal Ah Bin lagi, semalam aku buat sengal dengan dia..boleh plak dia janji dengan 1 customer delivery date yang awal 2 hari dari sales order..bila tanya dengan logistic, diorang kata ok tapi production plak kata x boleh sebab memang x sempat..

Maka aku pun call Ah Bin (semalam seharian dia xde kat office)

"Kevin, for company F, they said they cannot make it on 18th."

"Hah? But I already promised the customer oo. The delivery should be on 18th!"

"But production said they really cannot oo. How ah?"

"Haiya..that Mr Y is really fussy. He'll sure will scream2 one..haiya.."

"How aah?"

Situasi kami dah macam dua orang budak bodoh yang sedang tengok selipar yang tersangkut atas bumbung jiran sebelah rumah yang garang.

"Or you should liaise with PPC then. You call them lo" saja aku bagi cadangan. Ala dia anak owner mesti macam mana pun orang mesti dengar cakap dia punya.

"Okay2 I call PPC"

Situasi kali ni macam dah dapat galah untuk ambil balik selipar tadi hehehe...

Sekejap tu Mr Y dari company F tu telefon aku..bila aku cakap macam x boleh je anta 18th tu dia dah mula membebel.. nak x nak aku call balik Ah Bin..

"Kevin, Mr Y just called me and asked about delivery date"

"It is on 18th. Confirmed already." Ceh bertuah punya Ah Bin bukan nak beritahu aku..penat je dengar Mr Y membebel pasal penalti la apa la..ceit

Situasi kali ni pula macam Ah Bin dah dapat balik selipar dia dan terus lari bawak galah tinggalkan aku sorang2..ceit!!

Okaylah aku rasa sampai sini aku update buat masa ni..insyaAllah nanti aku update lagi ye (^-^)v

Thursday, September 12, 2013

Macam-macam..

carnation..

Tajuk yang memberitahu kesimpulan pada hari ini.

Depeni x datang sebab ada hal..maka aku sangat busy sehingga nak g tandas pun fikir 2 - 3 kali..banyak sangat benda yang kena buat sampai aku jadi blur..penat oo..

Ah Bin plak sesuka hati dia suh aku buat macam2..yang paling xleh blah dia boleh plak minta invoice yang Depeni dah bagi dari beberapa lepas..memang la dia ni jenis yang x tengok email & tray yang  dikhaskan kat dia..

Dah pulak tetiba dia suh satu customer ni call aku dan tanya semua benda kat aku..suka hati je padahal tu sume dia yang patut handle huhu..sengih je pakcik tu bila aku pandang dia dengan muka geram..

"Nasrin you know Mandarin right?"

"No I don't know" dengan selamba aku saja jawab x reti sebab aku tahu dia saje je tanya soalan yang dia dah tau jawapan.

"How come you don't know..lame" amboi suka hati dia je..

"Whatever, I know another language so what?"

"You know Cantonese meh?"

"I know Korean and Japanese"

"Waiyah..Japanese?! Yamette~"sengaja dia buat gaya perempuan gedik jerit2 'Yamette' kat aku..apa kena la dengan Ah Bin hari ni?

"Kimi wa hontoni saitei no ojisan!!" dengan geram aku jerit balik kat die..haha mau tergelak satu department dengar kitorang 'bertengkar' tadi hehehe..



Oh ye lupa plak aku nak cite pasal lagi sorang orang menarik kat tempat kerja aku ni. Nama dia Ah Yin. Mula2 dulu dia seorang je lelaki yang kerja kat satu department ni. Perangai? Hehe kalau x sengal xkan la aku cakap menarik ye x? Kira perangai dia boleh masuk la dengan aku..

Petang tadi..tengah busy2 Ah Yin call extension aku tanya pasal order satu company ni..aduila order company XY ni btol2 buat aku tensen sebab sesuka hati dia die letak coding maka banyak kerja semata2 nak pastikan order ni sempat dihantar.

Dah lepas tu aku g la revised order tu..huhu sampai kat bawah Ah Yin plak tensen hehehe..

"Aiya you tukar code dia ikut company punya code ka?"

"Yaloh..kenapa x boleh ke Yin?" aku yang 1st time handle order company ni memang sah2 la blur.

Mau dekat sejam gak la kitaorang tercongok menunggu superior Ah Yin yang tengah busy untuk bagi jawapan. Last2 minta lagi seorang yang kira superior kitorang yang tolong beritahu. Maka aku kena tukar lagi order tu.

"Ala Ah Yin kalau tukar nanti takde sapa nak tolong sign" aku luahkan perasaan bimbang aku kat Ah Yin

"Itu you jangan risau. Kalau xde sapa mau sign, biar saya sign. Saya sudah cakap okey ma.." huhu lega aku boleh kawtim2 dengan dia ni..yelah kalau lambat lagi entah boleh siap ke x order tu..huhu

Pagi tadi aku masuk je keja dah nampak si Ah Yin ni dok menari2 kat department die..hehehe lawak btol mamat ni..

Lagi 1 kalau aku buat silap ke apa dia la yang selalu call beritahu dan aku boleh kawtimkan dengan dia je huhu senang~


Tapi hari ni yang buat aku panas ialah bos besar sikit dari Ah Bin..entah apa yang buat dia bad mood, sume benda dia nak marah..Ah Bin yang sah2 bapak dia punya company pun boleh relax dia pulak melebih buat orang lain sakit hati huhu..dah tahu x cukup staff dan banyak benda kena buat lagi nak suh macam2 dan bila ada silap terus nak marah2..hmm kata esok dia nak jumpa semua new staff kononnya dia x puas hati dengan kami..nama pun new staff, nak expert macam dah keja 10 tahun tu memang x la kan..hmm tu yang buat aku rasa hari ni hari yang macam2..

Gelak sebab Ah Bin
Lega sebab Ah Yin
Gelak lagi dengan Yong
Sakit jiwa dengan bos besar skit dari Ah Bin..



Tuesday, September 10, 2013

Adoi Incik Bos

Dandelion.. 

Ingatkan dah tak payah nak handle Incik Bos tapi..huhu kena juga sebab ada staff yang masuk wad dan lagi sorang tu masih kurang mahir..hmm aku pun belum mahir sangat..

Okay tadi macam biasa nak dekat petang2 juga la baru nampak Incik Bos..

Macam2 la..tapi hari ni mood dia memang baik giler2..tengah aku buat kerja dia tiba2 datang berdiri sebelah aku sambil keluarkan something dari botol kat tangan dia..lepas tu dengan muka selamba dia hulur kat aku..aku pandang la Incik Bos dengan muka blur..

"Apa ni?" soalku dengan dahi berkerut

"Xtau tapi you jangan risau la ni halal.." sambil dok tunjuk botol tu kat aku..

Bila yakin halal aku terus makan..

Pergh!!! Masam giler!!!! Adoi Ah Bin..lupa plak nak beritahu yang aku ni x makan sangat asam2 ni..dahlah asam limau yang dia dok bagi aku..maka aku pun bagi la kat adik aku..hehe tempat duduk kitorang x jauh sangat maka bila aku bosan aku g kacau budak tu..hehehe


Petang lagi...

Seorang lelaki yang selalu bersama Incik Bos mendekati aku lalu minta katalog daripada aku..aku pun pergi la ambil katalog yang ada dalam almari.

Tengah aku ambil katalog, Ah Bin datang sambil bawak keluar beg nak isi katalog.

"Ah Bin, you're taking catalog for that uncle meh?" tanyaku sambil tanganku memasukkan katalog ke dalam fail.

"No lah, I take it for myself la"

"You called that guy what? Uncle? He same age with me lah..Haahahahhaa" gila sakan Ah Bin gelakkan aku yang memang x tau.

"Oh yeah? But he looked older than you. Hahaha.." bangga giler muka Ah Bin bila aku cakap muka dia nampak lagi muda. Balik tadi baru aku tahu yang lelaki tu PA cum driver si Ah Bin. Baru aku teringat yang mama aku ada cakap yang Ah Bin ni ambil kawan baik dia jadi PA dia huhu senang...

Hmm Incik Bos, Mr Papa & Khaw Zhe tiga2 ada personaliti yang berlainan tapi..aku tahu x susah pun nak uruskan diorang asalkan ada hati nak buat kerja huhu..bertabahlah Norlyana Nasrin!!

Oh sila lawat blog novel aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Sunday, September 1, 2013

Ulasan Novel : 13 Jam A380


Novel yang dipinjam oleh Jed kepada aku memang bagus.

Novel ini mengisahkan tentang Hana Sofea yang ingin melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sustainable Energy di London bertemu dengan lelaki yang dipujanya, Syed Haydar didalam penerbangan ke London. Hubungan yang terjalin sepanjang 13 jam didalam kapal terbang membuatkan mereka berdua terbuai dengan perasaan . Namun, mereka kembali ke alam realiti yang memerlukan mereka berpisah. Syed Haydar seorang jutawan yang sudah punya kekasih, seorang model yang bagaikan trophy bagi lelaki sepertinya dan Hana Sofea pula dianggap sebagai cocaine.

Di London, Hana tinggal bersama keluarga Fawwaz Hussaini setelah dia berbudi kepada nenek lelaki itu. Di sana, dia dipertemukan dengan Emmel, anak angkat Fawwaz yang memanggilnya 'Mommy' dan inginkannya untuk menjadi ibunya. Hana bersetuju menjaga Emmel dan dalam masa yang sama dia jatuh cinta kepada Fawwaz yang banyak merubahnya untuk menjadi seorang Muslimah dalam erti kata yang sebenar.

Setelah tiga tahun, Hana kembali ke Malaysia untuk meminta restu ayahya untuk berkahwin dengan Fawwaz namun dia dipertemukan semula dengan Syed Haydar didalam penerbangan pulang dan paling gila apabila Syed Haydar menagih semula cintanya dan berjumpa dengan keluarganya dengan niat untuk memperisterikannya walaupun ketika itu hatinya milik Fawwaz.

Nak tahu lebih-lebih sila beli novel ini. Novel ini bagus dari segi penceritaan dan informasi. Novel yang bersifat mendidik dan bukan untuk bacaan kosong ini betul-betul menarik perhatian aku. Evelyn Rose berjaya membuatkan aku tertarik sekali lagi dengan garapannya setelah novel 'The Wedding Breaker' yang membuatkan aku mengulang baca berkali-kali. Ciri-ciri Islamik yang ada pada keluarga Fawwaz buatkan aku seronok membaca dan ye aku tertarik dengan watak itu huhu~ Nampaknya novel ni masuk kategori novel yang wajib dibeli (^-^)v

Beraya di Rumah Dayah



Semalam aku, Jed, Su dengan Erin (adik Su) pergi beraya kat rumah Hidayah kat Bukit Beruntung..

Aku dapat mesej dari Jed hari Khamis yang lepas pasal jemputan Dayah ke rumahnya. Aku apa lagi dengan gembiranya cakap yang aku pergi kalau Jed pergi..yela aku mana ada kenderaan nak pergi..yang seronok boleh jumpa kengkawan lama huhuuh~perasaan seronok itu x dapat dibendung..lupa terus Sabtu tu Hari Kemerdekaan tanahairku~

Pagi Sabtu.

Dimulakan dengan x berapa baik..membuatkan aku ingin segera keluar dan berjumpa sahabat2 ku..lantas aku menunggu di pondok bas depan guard house. Ada satu perkara menarik berlaku..

Sedang aku menunggu, seorang pakcik India yang pada mulanya aku lihat sudah jauh berjalan ke hadapan patah balik ke pondok bas. Dia meletakkan beg plastiknya di tempat duduk dan..

"Adik boleh tolong jagakan barang? Saya tertinggal surat khabar di kedai." Aku hanya mengangguk setuju. Tak sangka pakcik itu percayakan aku untuk menjaga barangannya. Seketika kemudian dia kembali dengan surat khabar ditangan.

"Terima kasih ya? Tadi sudah beli tapi tertinggal. Kalau x ada ni memang x boleh. Kalau tinggal ini nasi pun x apa janji ada paper," ramah pakcik itu berkata. Aku hanya tersenyum dan mengangguk dan hanya memerhatikan pakcik itu pergi meninggalkan pondok bas.

Tak lama kemudian hujan mula mencurah-curah turun dari langit. Nasib baik pondok bas yang aku duduki ini berbumbung. Aku menunggu sambil menikmati permandangan dan bauan hujan yang menenangkan. Sudah lama rasanya aku x rasa setenang ini.

Sedang aku menunggu, aku terlihat sebuah kereta proton saga berwarna putih berhenti berhampiran dengan pondok bas, kusangkakan itu Su yang datang menjemputku lalu aku mendekati kereta itu tapi..ceit salah orang da~nasib baik aku perasan yang pemandu perempuan itu berbada besar dan Su yang kukenal bertubuh kecil hehehe..malu seketika lalu aku kembali duduk dan menunduk...

Setelah beberapa ketika, sebuah kereta proton saga berwarna merah berhenti dihadapanku.

"Hai cik adik, boleh berkenalan?" suara nakal Su menjengah dan aku lihat adiknya turut tersengih bersebelahan tempat duduk pemandu.

'Sama giler muka diorang' getusku dalam hati. Memang muka fotostat hahah~



Kami menuju ke rumah Jed..tengah2 perjalanan aku mendapat sms dari Jed yang menyatakan yang dia pergi kenduri  menemani maknya..huhu nak x nak kami tunggu kat depan 7e..sempat gak aku beli teh hijau jenama Oishi..giler sedap macam namanya..

saat manja2~
Bila Jed beritahu yang dia dah balik, kami terus bergerak pergi ke rumahnya. Aku tumpang solat Zohor di rumah Jed sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Beruntung dengan menaiki kereta Myvi putih milik Jed. Sepanjang perjalanan, kami penuhkan dengan gelak tawa dan gurauan sengal hahaha siap menyanyi2 lagi dalam kereta..dahla tingkap dibuka sebab aircond si Jed ni rosak..hehe memang release tension sungguh kalau jumpa dengan sahabat2 aku ni..

Dikawasan Bukit Beruntung,

Alamak kami sesat huhu~ sesat nak denkat sejam jugak mencari rumah Dayah..petanda yang kami ada cuma signboard KKB-Rasa dan alamat huhu melilau cari..tapi x tension sebab aku tau kalau dengan Jed ni memang selalu sesat tapi insyaAllah boleh jumpa jalan heehehe~

Setelah diguide oleh Dayah melalui telefon, akhirnya kami sampai juga ke rumah Dayah di Taman Kesumba,,oh akan ku ingat nama tu sampai bila2~

Makan2 dirumah Dayah dan bergambar sebagai kenang-kenangan..aku try wat sengal dengan mencampurkan spaghetti dengan kuah bolognese dan kuah kacang hahaha~ tambah pula dengan bergedil pergh~ memang sedap sila try huhu..bila kawan lama berjumpa apa lagi berbrak x hengat dengan buat lawak la huhu best woo..gelak x henti sampai si Erin naik pelik dengan aku hehe naib kau la..oh ye budak tu cakap serik nak jalan dengan itorang sebab sesat tadi ditambahkan dengan adegan tayar berdecit kereta si Jed yang laju turun bukit rasanya tu yang buat budak tu trauma sekejap hahahahha~

Pukul 5.30pm macam tu kami beransur pulang..x sampai pukul 6 dah sampai Rawang semula..huhu aku tunjuk jalan shortcut kat Jed tadi kalau x mau stuck jam kat bandar Rawang~

Sampai rumah Jed, Su dengan Erin masuk bersalaman dengan mak Jed sebelum minta diri nak balik..aku? Macam biasa tumpang solat dulu lepas tu lepak la kat rumah si Zaidatul Nadia ni selagi x kena halau..hehe diorang siap suruh aku pindah je kat rumah diorang..ini bukan sindiran tapi pelawaan okey? Habis solat aku siap landing kat katil si Jed sambil borak2 cerita masalah macam2 kat dia. Jed mulalah beri nasihat dan idea..diselitkan juga dengan perisian agama..ni yang aku suka dengan sahabat2 aku..dan aku rasa beruntung Allah pertemukan aku dengan mereka..

 Habis2 pukul 12 tengah malam gak aku balik rumah setelah habis tengok movie dengan si Jed sambil makan roti canai telur..nasib baik adik Jed si Adib dengan baik hati hantar aku sampai ke rumah..hehe macam2 terjadi dalam masa sehari..ada suka, kelakar, kelam-kabut, air mata dan macam2..tapi aku tahu ini semua rencah kehidupan dunia. Saat ditimpa ujian kita kadangkala berasa tertekan lantas lupa akan nikmat yang Allah beri..astaghfirullahalazim..aku harap aku x lalai atas dunia ni dan ye aku akan cuba sedaya upaya supaya x futur..insyaAllah.

There was an error in this gadget