Tuesday, September 10, 2013

Adoi Incik Bos

Dandelion.. 

Ingatkan dah tak payah nak handle Incik Bos tapi..huhu kena juga sebab ada staff yang masuk wad dan lagi sorang tu masih kurang mahir..hmm aku pun belum mahir sangat..

Okay tadi macam biasa nak dekat petang2 juga la baru nampak Incik Bos..

Macam2 la..tapi hari ni mood dia memang baik giler2..tengah aku buat kerja dia tiba2 datang berdiri sebelah aku sambil keluarkan something dari botol kat tangan dia..lepas tu dengan muka selamba dia hulur kat aku..aku pandang la Incik Bos dengan muka blur..

"Apa ni?" soalku dengan dahi berkerut

"Xtau tapi you jangan risau la ni halal.." sambil dok tunjuk botol tu kat aku..

Bila yakin halal aku terus makan..

Pergh!!! Masam giler!!!! Adoi Ah Bin..lupa plak nak beritahu yang aku ni x makan sangat asam2 ni..dahlah asam limau yang dia dok bagi aku..maka aku pun bagi la kat adik aku..hehe tempat duduk kitorang x jauh sangat maka bila aku bosan aku g kacau budak tu..hehehe


Petang lagi...

Seorang lelaki yang selalu bersama Incik Bos mendekati aku lalu minta katalog daripada aku..aku pun pergi la ambil katalog yang ada dalam almari.

Tengah aku ambil katalog, Ah Bin datang sambil bawak keluar beg nak isi katalog.

"Ah Bin, you're taking catalog for that uncle meh?" tanyaku sambil tanganku memasukkan katalog ke dalam fail.

"No lah, I take it for myself la"

"You called that guy what? Uncle? He same age with me lah..Haahahahhaa" gila sakan Ah Bin gelakkan aku yang memang x tau.

"Oh yeah? But he looked older than you. Hahaha.." bangga giler muka Ah Bin bila aku cakap muka dia nampak lagi muda. Balik tadi baru aku tahu yang lelaki tu PA cum driver si Ah Bin. Baru aku teringat yang mama aku ada cakap yang Ah Bin ni ambil kawan baik dia jadi PA dia huhu senang...

Hmm Incik Bos, Mr Papa & Khaw Zhe tiga2 ada personaliti yang berlainan tapi..aku tahu x susah pun nak uruskan diorang asalkan ada hati nak buat kerja huhu..bertabahlah Norlyana Nasrin!!

Oh sila lawat blog novel aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

2 comments:

RuBy Razali said...

menarik plak aku baca kisah Ah Bin ko niiii~ hahahahahha

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali
Hihi aku yang dok ngadap dia tiap2 ari pun asyik nak tergelak je bila dengan dia ni...hehe

There was an error in this gadget