Sunday, September 1, 2013

Beraya di Rumah Dayah



Semalam aku, Jed, Su dengan Erin (adik Su) pergi beraya kat rumah Hidayah kat Bukit Beruntung..

Aku dapat mesej dari Jed hari Khamis yang lepas pasal jemputan Dayah ke rumahnya. Aku apa lagi dengan gembiranya cakap yang aku pergi kalau Jed pergi..yela aku mana ada kenderaan nak pergi..yang seronok boleh jumpa kengkawan lama huhuuh~perasaan seronok itu x dapat dibendung..lupa terus Sabtu tu Hari Kemerdekaan tanahairku~

Pagi Sabtu.

Dimulakan dengan x berapa baik..membuatkan aku ingin segera keluar dan berjumpa sahabat2 ku..lantas aku menunggu di pondok bas depan guard house. Ada satu perkara menarik berlaku..

Sedang aku menunggu, seorang pakcik India yang pada mulanya aku lihat sudah jauh berjalan ke hadapan patah balik ke pondok bas. Dia meletakkan beg plastiknya di tempat duduk dan..

"Adik boleh tolong jagakan barang? Saya tertinggal surat khabar di kedai." Aku hanya mengangguk setuju. Tak sangka pakcik itu percayakan aku untuk menjaga barangannya. Seketika kemudian dia kembali dengan surat khabar ditangan.

"Terima kasih ya? Tadi sudah beli tapi tertinggal. Kalau x ada ni memang x boleh. Kalau tinggal ini nasi pun x apa janji ada paper," ramah pakcik itu berkata. Aku hanya tersenyum dan mengangguk dan hanya memerhatikan pakcik itu pergi meninggalkan pondok bas.

Tak lama kemudian hujan mula mencurah-curah turun dari langit. Nasib baik pondok bas yang aku duduki ini berbumbung. Aku menunggu sambil menikmati permandangan dan bauan hujan yang menenangkan. Sudah lama rasanya aku x rasa setenang ini.

Sedang aku menunggu, aku terlihat sebuah kereta proton saga berwarna putih berhenti berhampiran dengan pondok bas, kusangkakan itu Su yang datang menjemputku lalu aku mendekati kereta itu tapi..ceit salah orang da~nasib baik aku perasan yang pemandu perempuan itu berbada besar dan Su yang kukenal bertubuh kecil hehehe..malu seketika lalu aku kembali duduk dan menunduk...

Setelah beberapa ketika, sebuah kereta proton saga berwarna merah berhenti dihadapanku.

"Hai cik adik, boleh berkenalan?" suara nakal Su menjengah dan aku lihat adiknya turut tersengih bersebelahan tempat duduk pemandu.

'Sama giler muka diorang' getusku dalam hati. Memang muka fotostat hahah~



Kami menuju ke rumah Jed..tengah2 perjalanan aku mendapat sms dari Jed yang menyatakan yang dia pergi kenduri  menemani maknya..huhu nak x nak kami tunggu kat depan 7e..sempat gak aku beli teh hijau jenama Oishi..giler sedap macam namanya..

saat manja2~
Bila Jed beritahu yang dia dah balik, kami terus bergerak pergi ke rumahnya. Aku tumpang solat Zohor di rumah Jed sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Beruntung dengan menaiki kereta Myvi putih milik Jed. Sepanjang perjalanan, kami penuhkan dengan gelak tawa dan gurauan sengal hahaha siap menyanyi2 lagi dalam kereta..dahla tingkap dibuka sebab aircond si Jed ni rosak..hehe memang release tension sungguh kalau jumpa dengan sahabat2 aku ni..

Dikawasan Bukit Beruntung,

Alamak kami sesat huhu~ sesat nak denkat sejam jugak mencari rumah Dayah..petanda yang kami ada cuma signboard KKB-Rasa dan alamat huhu melilau cari..tapi x tension sebab aku tau kalau dengan Jed ni memang selalu sesat tapi insyaAllah boleh jumpa jalan heehehe~

Setelah diguide oleh Dayah melalui telefon, akhirnya kami sampai juga ke rumah Dayah di Taman Kesumba,,oh akan ku ingat nama tu sampai bila2~

Makan2 dirumah Dayah dan bergambar sebagai kenang-kenangan..aku try wat sengal dengan mencampurkan spaghetti dengan kuah bolognese dan kuah kacang hahaha~ tambah pula dengan bergedil pergh~ memang sedap sila try huhu..bila kawan lama berjumpa apa lagi berbrak x hengat dengan buat lawak la huhu best woo..gelak x henti sampai si Erin naik pelik dengan aku hehe naib kau la..oh ye budak tu cakap serik nak jalan dengan itorang sebab sesat tadi ditambahkan dengan adegan tayar berdecit kereta si Jed yang laju turun bukit rasanya tu yang buat budak tu trauma sekejap hahahahha~

Pukul 5.30pm macam tu kami beransur pulang..x sampai pukul 6 dah sampai Rawang semula..huhu aku tunjuk jalan shortcut kat Jed tadi kalau x mau stuck jam kat bandar Rawang~

Sampai rumah Jed, Su dengan Erin masuk bersalaman dengan mak Jed sebelum minta diri nak balik..aku? Macam biasa tumpang solat dulu lepas tu lepak la kat rumah si Zaidatul Nadia ni selagi x kena halau..hehe diorang siap suruh aku pindah je kat rumah diorang..ini bukan sindiran tapi pelawaan okey? Habis solat aku siap landing kat katil si Jed sambil borak2 cerita masalah macam2 kat dia. Jed mulalah beri nasihat dan idea..diselitkan juga dengan perisian agama..ni yang aku suka dengan sahabat2 aku..dan aku rasa beruntung Allah pertemukan aku dengan mereka..

 Habis2 pukul 12 tengah malam gak aku balik rumah setelah habis tengok movie dengan si Jed sambil makan roti canai telur..nasib baik adik Jed si Adib dengan baik hati hantar aku sampai ke rumah..hehe macam2 terjadi dalam masa sehari..ada suka, kelakar, kelam-kabut, air mata dan macam2..tapi aku tahu ini semua rencah kehidupan dunia. Saat ditimpa ujian kita kadangkala berasa tertekan lantas lupa akan nikmat yang Allah beri..astaghfirullahalazim..aku harap aku x lalai atas dunia ni dan ye aku akan cuba sedaya upaya supaya x futur..insyaAllah.

No comments:

There was an error in this gadget