Saturday, September 14, 2013

Sabtu pun kita kerja~



Disebabkan lambakan kerja yang x berkesudahan..aku kerja hari ni huhu..tapi terus terang cakap..nampak je bos besar skit dari Ah Bin, aku nak blah..malas aku nak menghadap muka dia buat tensen je...

Aku paling x suka bila orang yang marah orang lain tapi lepaskan kemarahan dia kat orang yang x berkaitan langsung..memang sangat x professional dan aku tahu dia rasa ego dia tercalar sebab Director company ni marah dia hari2 dan x lama lagi department aku ni akan dipindahkan btol2 depan bilik Director..ha..baru padan muka..nampak sangat Director tu nak beritahu "Kalau kau x boleh nak hadle biar aku handle" huhu wa suka sama lu la~Director ni memang garang tahap petala tapi garang dia bertempat dan aku boleh kata yang orang lagi takut kat dia daripada owner company ni sendiri huhu~

La ni aku baru habis betulkan skit2 quotation untuk company H. Yang ni customer Mr Papa, pagi tadi pun buat quotation untuk Mr Papa lagi..Ah Bin? Hehe dia punya tender besau2 maka aku xleh nak tolong tambahan plak aku memang sibuk skang..

Oh pasal Ah Bin lagi, semalam aku buat sengal dengan dia..boleh plak dia janji dengan 1 customer delivery date yang awal 2 hari dari sales order..bila tanya dengan logistic, diorang kata ok tapi production plak kata x boleh sebab memang x sempat..

Maka aku pun call Ah Bin (semalam seharian dia xde kat office)

"Kevin, for company F, they said they cannot make it on 18th."

"Hah? But I already promised the customer oo. The delivery should be on 18th!"

"But production said they really cannot oo. How ah?"

"Haiya..that Mr Y is really fussy. He'll sure will scream2 one..haiya.."

"How aah?"

Situasi kami dah macam dua orang budak bodoh yang sedang tengok selipar yang tersangkut atas bumbung jiran sebelah rumah yang garang.

"Or you should liaise with PPC then. You call them lo" saja aku bagi cadangan. Ala dia anak owner mesti macam mana pun orang mesti dengar cakap dia punya.

"Okay2 I call PPC"

Situasi kali ni macam dah dapat galah untuk ambil balik selipar tadi hehehe...

Sekejap tu Mr Y dari company F tu telefon aku..bila aku cakap macam x boleh je anta 18th tu dia dah mula membebel.. nak x nak aku call balik Ah Bin..

"Kevin, Mr Y just called me and asked about delivery date"

"It is on 18th. Confirmed already." Ceh bertuah punya Ah Bin bukan nak beritahu aku..penat je dengar Mr Y membebel pasal penalti la apa la..ceit

Situasi kali ni pula macam Ah Bin dah dapat balik selipar dia dan terus lari bawak galah tinggalkan aku sorang2..ceit!!

Okaylah aku rasa sampai sini aku update buat masa ni..insyaAllah nanti aku update lagi ye (^-^)v

No comments:

There was an error in this gadget