Sunday, September 1, 2013

Ulasan Novel : 13 Jam A380


Novel yang dipinjam oleh Jed kepada aku memang bagus.

Novel ini mengisahkan tentang Hana Sofea yang ingin melanjutkan pengajiannya dalam bidang Sustainable Energy di London bertemu dengan lelaki yang dipujanya, Syed Haydar didalam penerbangan ke London. Hubungan yang terjalin sepanjang 13 jam didalam kapal terbang membuatkan mereka berdua terbuai dengan perasaan . Namun, mereka kembali ke alam realiti yang memerlukan mereka berpisah. Syed Haydar seorang jutawan yang sudah punya kekasih, seorang model yang bagaikan trophy bagi lelaki sepertinya dan Hana Sofea pula dianggap sebagai cocaine.

Di London, Hana tinggal bersama keluarga Fawwaz Hussaini setelah dia berbudi kepada nenek lelaki itu. Di sana, dia dipertemukan dengan Emmel, anak angkat Fawwaz yang memanggilnya 'Mommy' dan inginkannya untuk menjadi ibunya. Hana bersetuju menjaga Emmel dan dalam masa yang sama dia jatuh cinta kepada Fawwaz yang banyak merubahnya untuk menjadi seorang Muslimah dalam erti kata yang sebenar.

Setelah tiga tahun, Hana kembali ke Malaysia untuk meminta restu ayahya untuk berkahwin dengan Fawwaz namun dia dipertemukan semula dengan Syed Haydar didalam penerbangan pulang dan paling gila apabila Syed Haydar menagih semula cintanya dan berjumpa dengan keluarganya dengan niat untuk memperisterikannya walaupun ketika itu hatinya milik Fawwaz.

Nak tahu lebih-lebih sila beli novel ini. Novel ini bagus dari segi penceritaan dan informasi. Novel yang bersifat mendidik dan bukan untuk bacaan kosong ini betul-betul menarik perhatian aku. Evelyn Rose berjaya membuatkan aku tertarik sekali lagi dengan garapannya setelah novel 'The Wedding Breaker' yang membuatkan aku mengulang baca berkali-kali. Ciri-ciri Islamik yang ada pada keluarga Fawwaz buatkan aku seronok membaca dan ye aku tertarik dengan watak itu huhu~ Nampaknya novel ni masuk kategori novel yang wajib dibeli (^-^)v

2 comments:

zennaya said...

bila baca novel ni,saya tak tau saya tgh baca novel bahasa melayu or english? sebab hampir 40 peratus English digunakan bahasa pengantar dlm novel ni. pulak tu semuanya mewah,tak realistik langsung. saya bagi 1/10 bintang. klu nak tambah perbendaharaan english better saya baca The Da Vinci Code dari novel ni. menyesal kuar duit beli novel tak berpijak di bumi nyata

Norlyana Nasrin said...

@zennaya
Evelyn Rose sudah mengatakan yang dia hendak membikin novel tentang orang kelas atasan..ya memang agak tak masuk akal tetapi mari kita ambil isi positif dari novel ini. Perubahan seorang yang agak jahil agama dan terlalu fanatik kepada seorang lelaki kepada seorang muslimah. Novel ini merupakan kesinambungan dari novel Wedding Breaker yang kini didramakan di TV3. Tak mengapa jika Zennaya tidak menyukai novel ini kerana masing-masing mempunyai minat dan kesukaan yang berbeza. Mungkin Zennaya boleh cuba membeli novel Ya Maulana yang saya rasa agak menyeronokkan.

There was an error in this gadget