Thursday, October 31, 2013

Drama



Suasana Sooka Sentral yang hingar bingar sedikit pun tidak dihiraukan. Wajah sang jejaka ditatap dengan penuh rasa rindu. Entah perasaan untuk seorang sahabat ataupun kekasih.

"Dah lama kita tak jumpa kan?"

"Masing-masing sibuk.." wajah sang jejaka masih seperti dulu. Senyumannya tidak pernah lekang dibibir.

"So apa cerita?"

"Macam ni la..tak ada perubahan. Datang dengan siapa?" tanya sang jejaka sambil memandang keliling.

"Adik pergi beli aiskrim. Sekejap lagi dia sampai"

Sunyi mula menguasai ruang. Dunia bagaikan memberi ruang untuk mereka berbicara.

"Saya nak balik kampung.."

"Kenapa? Awak dah dapat kerja kat sana ke?" Air fresh orange disedut dengan straw. Wajah sang jejaka masih tersenyum.

"Taklah, saya memang suka duduk di kampung" sang gadis mula berkira-kira didalam kepalanya.

"Awak bawak saya boleh?" pinta sang gadis. Berubah terus wajah sang jejaka. Permintaan sang gadis sememangnya tidak tercapai dek akal.

"Apa awak cakap ni?"

"Bawak saya sekali. Saya rasa macam saya tiada sesiapa disini. Bawaklah saya pergi" pinta sang gadis lagi. Air mata mula membasahi pipi sang gadis. Sang jejaka mula panik apabila melihat air mata sang gadis.

"Takkan saya nak bawak lari awak? Macam mana dengan keluarga awak?"

"Mereka tak akan kisah. Awak bawalah saya pergi. Kotakan janji-janji awak dulu!"

"Janji?"

"Ye awak janji yang kita akan berkahwin selepas 4 tahun tapi sekarang apa cerita? Awak mesti dah lupa dengan janji awak kan?" esakan tangisan sang gadis mula reda beberapa mata turut memandang ke arah mereka.

"Ya Allah saya terlupa. Maafkan saya. Tapi macam mana kita nak kahwin? Saya masih belum stabil..." sayu suara sang jejaka. Perasaan bersalah mula menguasai diri. Tak sangka sang gadis menderita kerana kekhilafannya menabur janji dahulu.

"Awak, rezeki Allah tu banyak. Saya tak minta pun kahwin dekat hotel ke meriah-meriah ke apa. Saya cuma nak jadi yang halal untuk awak" jawab sang gadis. Mata dan hidungnya yang merah dikesat dengan menggunakan kertas tisu. Tidak tahu mengapa dia begitu emosional hari ini.

"Awak dah sedia untuk jadi isteri saya?" Sang gadis terus mengangguk

"Awak terima semua kekurangan saya?" sang gadis mengangguk lagi.

"Awak tak kisah ke kalau kita hidup susah lepas ni?" soal sang jejaka lagi. Sang gadis masih mengangguk.

"Baiklah. Kita kahwin" sang gadis mengucap syukur. Walaupun agak memalukan kerana dia yang terpaksa mengutarakan tentang perkahwinan namun dia berasa puas. Senyuman bahagia menghiasi wajah sang jejaka dan sang gadis.....

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

'Pap' elok sahaja sebiji bantai kecil melayang ke kepala.

"Dey bangunlah! Matahari tegak atas kepala kau boleh tidur lagi!" jeritan nyaring si adik mengejutkan sang gadis.

'Ces aku mimpi ghopenya!'

p/s: cerita diatas hanya rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang sudah tiada lagi. Ye ke? Teehee~


6 comments:

perindu_خلافة said...

ala baru je nak layan.. cerpen je rupanya -_-
rizqan cadangkn lyana kumpul semua artwork yg ada, jangan upload ke internet, tp forward pada penerbit, mana tahu boleh publish.. huhu

# jujur, best baca novel2 yg lyana tulis ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
hahaha rizqan fikir apa tu? haha~

terus terang kita cakap kita tak tahu macam mana nak forwardkan semua idea kita..dalam otak ni banyak cerita sebenarnya..

syukran sebab suka baca novel kita (^-^)

perindu_خلافة said...

fikir kn diri sendiri yg masih terumbang-ambing O.o .. huhu

Tanya je contact details wakil Karangkraf ke? Utusan ke? Alaf 21 ke? Telaga Biru ke? kat pakcik Google, insyaALlah dia bagi...

'afwan ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
ngee xpe..insyaAllah ada rezeki untuk rizqan nanti..

dah tengok dah contact diorang just blur manuskrip yang macam mana mereka mahukan..novel penuh? sinopsis? pelik..ada masa nanti kte call

perindu_خلافة said...

insyaALlah..

alhamduliLlah, moga dipermudahkan urusan lyana, teringin jugak tengok sorang lagi sahabat rizQan jadi penulis kat Malaysia ni ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة

amin..

lagi sorang siapakah? hehe curios weh~

There was an error in this gadget