Thursday, October 17, 2013

Hari Berbelanja Incik Bos



Ingat tak aku ada cerita yang Incik Bos aka Ah Bin dengan murah hatinya beri duit kat aku untuk belanja sales coordinators, credit control dan Business Development Executives makan KFC? Kalau lupa xpe meh aku cerita..

Tadi waktu rehat tengah hari, aku pergi keluar beli sebab kalau panggil delivery, harganya lebih mahal. Tepat pukul 1 je aku terus keluar dari ofis hehe semangat x?

Sampai je KFC, aku terus buat pesanan dan sementara menunggu, aku singgah Maybank sekejap sebab ada urusan skit..

Sampai ofis agak lewat sebab tersekat kat Maybank hehe..terus aku bahagikan kat rakan2 sepejabat..ada lebih baru aku bagi bos besar skit dari Ah Bin hehe jahat skit tapi kurang2 aku bagi kan?

Pukul 2.15om macam tu baru Ah Bin masuk pejabat..Senior sales coordinator ada cakap thank you kat Ah Bin sebab belanja..aku sengih jela..Ah Bin jawab "Tak apa ma..janji happy" huhu memang happy jadi belanjalah mereka setiap bulan okay Ah Bin?

Sekejap je lepas tu dia dah datang cari aku..haha macam skandal plak..dok tanya pasal quotation dia dan suruh aku revise satu quotation lagi.

"Kevin, when did they want this quotation?"

"Semalam"

"What?! Kenapa sekarang baru bagi?"

"Sebab you tak ada ma semalam.." ye aku cuti Isnin(14/10/2013) & semalam (16/10/2013).

"Kenapa tak bagi dekat orang lain?"

"Sebab ini quotation you buat ma.."

"Haish aku tangan jugak kang budak ni!" geram tapi still si Ah Bin boleh gelak2 kena marah dengan aku huhu sengal punya Ah Bin...oops hilang kesabaran seketika..


Lepas dia terangkan semua benda dia terus masuk balik bilik dia..tapi tak sampai 10 minit dia datang lagi..kali ni dia hulur chewing gum kat aku..aiyo mahu pujuk aku ke apa? haha..

Tak sampai sejam, dia datang lagi dan hulur kopi Vietnam kat aku tapi aku menolak sebab aku mana minum kopi..terus aku cakap..

"Ah Bin, lain kali kasi saya air coklat la..saya mana minum kopi!"

"Coklat? You ingat saya budak2 ke?" sebutan dia yang pelat dan ketahuilah kami ni memang suka cakap kuat2 membuatkan satu department gelakkan dia termasuklah aku hehehe..

Hubungan baik aku dengan Ah Bin menyebabkan seorang staff ni cakap dengan aku

"Tak apa kau blah je nanti aku try goda2 dia..mesti dapat macam2 hahaha" sengal betul..manalah aku goda Incik Bos aku? Aku jadi kawan dia je..huhu xtaulah apa orang lain fikir sebab aku ada gak gurau2 cakap yang aku ni 'sweetheart' si Ah Bin..tapi aku rasa staff tu gurau je sebab dia memang terkenal dengan lawak2 dia hehehe.husnudhzon..

p/s: ni entry yang ke-1000 aku..wah banyak gak aku pos kat sini (^-^). Sila lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget