Thursday, October 24, 2013

Hari Medical Check Up



Pagi-pagi lagi aku dah bangun dan iron baju sebab sebelum pukul 7 dah kena ada kat rumah Jed. Hehehe nak tumpang dia pergi Sunway ma..tambahan pula Monash tu kan dekat dengan Sunway Medical Centre.

Lepas mandi dan solat, aku minta adik aku si Lisa hantar g rumah Jed pakai motor ayah aku le..maka pagi tu kami merempit walaupun hujan turun renyai2...sampai rumah Jed, aku bagi novel yang dia nak n novel yang aku pinjam. Lama sebenarnya aku dah x melepak kat rumah si Jed ni sebab sibuk dengan lesen dan kerja huhu sedih woo..sebab dok rumah dia memang best (^-^)

Pukul 7 macam tu kami mula bertolak. Mula2 g isi minyak dulu, lepas tu hantar Nazirah g sekolah. Sepanjang perjalanan, kami berborak dan sambil2 tu layan gak radio..huhu sesi meluahkan perasaan tu macam jadi macam biasa bila kami bertemu..kami kongsi2 masalah..

Sampai Monash pukul 8 lebih macam tu maka aku tunggu bas shuttle kat stesen bas depan Monash..Jed? Dia kerja la..maka lebih afdal aku pergi sendiri dan ada bas ma? Kenapa nak susahkan orang? Bas sampai dalam pukul 8.45am macam tu dan naik je aku pesan kat driver tolong beritahu aku kalau dah sampai Sunway Medical Centre.

Bila sampai je aku terus jumpa receptionist dan dia tunjuk arah kat aku..aku pergi Staff Health Centre kat level LG dan register dulu kat sana. Dah register tunggu sekejap sebelum ujian mata, amik berat & tinggi lepas tu consultation dengan doktor. Dah tu pergi buat ujian air kencing dan ambil darah kat Laboratory yang terletak sebelah Staff Health Centre. Dah sudah tu pergi amik X-Ray dekat Radiology yang terletak dekat level G. Sampai tu macam biasa beri maklumat kat kaunter dan tunggu giliran dan..teng teng teng..aku terjumpa Takeshi Kaneshira lama aku!! Mak aih kecilnya dunia..hehe bukan Takeshi Kaneshiro yang betul2 okey? Budak ni sama sekolah dengan aku dulu dan dulu aku selalu skodeng dia bila dia main bola keranjang..nak2 masa dulu kelas aku (Tingkatan 1) betul2 depan gelanggang bola keranjang..gataiii na! Hehe ni cerita zaman jahilliah kanak2 ribena dulu..aku pandang dia dan senyum tapi aku x rasa dia perasan sampailah aku dia ada kat depan aku tengah consult dengan seorang patient dan aku terus tanya kawan sekerja dia untuk pengesahan yang aku x tersilap orang hehe..dulu masa matriks PJ, aku selalu juga terserempak dengan dia masa naik bas dari KL Sentral ke matriks hehe~pernah juga berborak2 dengan dia dalam KTM nak balik Rawang..hehe banyak kali terjumpa dan setiap kali pun mesti bertegur tapi kali ni x sempat nak berborak ke apa sebab dia sangat busy...ramai pesakit kat Radiology hari ni..xpela kalau ada jodoh lain kali jumpa lagi~

Oh masa kat sini, aku ada juga berborak dengan seorang auntie Cina..aku duduk sebelah dia dan aku bau perfume dia wangi dan sedap maka aku terus bertanya lagipun 45 minit kot nak tunggu X-Ray dan lebih afdal berborak-borak..dia terus beritahu jenama minyak wangi dia dan kami terus berborak..nama auntie tu Josephine, dia cerita la dia dok mana, anak dia berapa..pasal minyak wangi hehe banyak jugalah kami borakkan sampai adik dia dah kawtim ujian X-Ray.

Habis je X-Ray, aku balik semula ke Staff Health Centre untuk beri gambar X-Ray, sekejap je pun dan mereka pulangkan balik untuk simpanan aku. Pukul 10.40am juga la baru habis medical check-up semua dan aku duduk dekat Starbucks sementara nak tunggu adik aku datang ambil..kedai lain aku x nampak dalam Sunway Medical Centre ni..

Bila adik aku cakap dia dah nak sampai, aku terus keluar dan tunggu dekat entrance. Semasa tunggu tu aku berborak dengan akak guard yang sedang bertugas dekat situ..dia tanya la aku buat apa, rumah kat mana, pasal rumah sewa kat Sunway..tu pun x abis borak adik aku dah sampai..x sempat pulak nak tanya nama akak tu.

Aku rasa Sunway Medical Centre ni sangat efficient dan staffs dia sangat ramah dan professional. Patutlah ramai yang sanggup bayar mahal sebab perkhidmatan mereka memang memuaskan (^-^)

p/s: rasa tertarik nak tinggal di Bandar Sunway hehe...

No comments:

There was an error in this gadget