Monday, October 14, 2013

Hectic la juga



Pagi-pagi lagi aku dah bangun sebab banyak gila agenda hari..ehey macam agenda mesyuarat pulak..

Lepas mandi je aku terus kejut adik aku, Nadirah..huhu disebabkan xde lagi lesen maka budak ni la yang selalu bawa aku ke hulu ke hilir..thank you la adik~

Biasalah orang perempuan..kalau kata nak keluar pukul 9, pukul 9.10am juga baru keluar..hmm aku dah siap..adik aku jela..dia kalau x sikat rambut dia 100x memang x sah (hehe yang ni adik aku si Wani yang cakap).

Maka keluar je terus kami menuju ke Bandar Rawang. Agenda Pertama, ke Maybank untuk membuka akaun.

Sampai je aku menganga sekejap..ramai woo orang beratur kat depan Maybank~maka aku pun ikut beratur untuk mengambil nombor. Aku ingatkan lambatlah servis sebab ramai orang tapi jangkaan aku x tepat..servis dia boleh kata laju la juga.

Selesai je urusan bank, aku terus ke Balai Polis Rawang. Agenda Kedua, mendapatkan pengesahan pada salinan kad pengenalan.

Malangnya pegawai mereka tiada kerana pergi mesyuarat maka aku dicadangkan supaya ke IPD Gombak untuk mendapatkan pengesahan. Kecewa tapi tak sakit hati sebab layanan yang diberikan memang bagus.

Sesudahnya aku ke Selayang. Agenda Ketiga, pergi ke KWSP untuk meminda maklumat akaun. Alhamdulillah, urusan berjalan dengan lancar dan buat pertama kalinya aku dapat tahu berapa jumlah caruman KWSP aku hehehe~bila Nadirah pun check caruman dia, aku terkedu sebab duit dia lagi banyak hukhukhuk..alo kawan tu dah kerja lebih setahun mestilah lagi banyak dari aku yang kerja sekejap-sekejap..hehehe~

Selesai je urusan KWSP, aku berbalik ke Agenda Kedua, mendapatkan pengesahan untuk salinan kad pengenalan. Sampai je kat IPD Gombak, kami dapatkan parking dan terus berjalan ke pos pengawal. Ada tiga orang polis yang menjaga disitu, dua polis lelaki dan seorang polis wanita..kedua-dua polis lelaki itu sangatlah kelakar..mau tidak, diorang ingatkan IC aku hilang tu yang aku nak pengesahan..penat aku cakap bukan..last2 si Nadirah yang tolong explain..dan mereka dengan gembiranya beritahu yang kena minta tandatangan dan cop pegawai kat tingkat 3 tapi mereka suruh aku tanya kat polis yang bertugas kat ground floor dulu. Pas pelawat diberi dan aku terus berjalan menuju ke main building. Sampai je aku disuruh untuk ke tingkat 3. Maka memanjat tanggalah aku bersama-sama dengan adik-adik aku..huhu lif xde weh! Sampai tingkat 3 aku disuruh ke tingkat 2 sebab pegawai di tingkat 3 xde. Jadi aku turun balik ke tingkat 2. Di tingkat 2, alhamdulillah pegawai ada dan aku dapat tandatangan dan cop dengan mudah sekali sebab ditolong oleh seorang akak disitu..thank you la akak!

Bila aku ke pos pengawal untuk pulangkan semula pas pelawat seorang polis lelaki tu tanya semula, apa yang aku hilang? Ternganga aku..tapi nasib baik kawan dia dah jelaskan kat dia sebelum aku terangkan balik..hehehe sengal betul..aku keluar selepas mengucapkan terima kasih kat diorang..

Balik semula ke Rawang, kami kembali semula ke Bandar Rawang. Agenda Keempat, mengambil gambar bersaiz passport. Alhamdulillah urusan berjalan lancar dan kurang dari 15 minit, urusan aku selesai.

Selesai semua agenda, kami ke Restoren Chan Abdullah di Bandar Baru Rawang untuk makan tengah hari. Huhuhu kami lapo....dari pagi hanya minum air kosong. Aku memesan nasi goreng seafood, Nadirah memesan nasi kosong dengan ikan masak sweet & sour manakala Wani memesan nasi ayam. Dim sum turut aku pesan..hehe teringin pula nak makan dim sum...sedap wooo~

Habis makan, kami pulang ke rumah le~ boleh kata urusan aku hari ni alhamdulillah berjalan lancar..insyaAllah Isnin minggu depan aku akan menjalani medical check-up, doakan semuanya baik-baik sahaja ye (^-^)

oh sila lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

4 comments:

perindu_خلافة said...

apakah yang sedang berlaku!?
update details kwsp,
sahkan salinan ic,
buat maybank account,

dapat kerja baru kah.. huhu
Tahniah2x

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
tepat sekali! hehe syukran2~

alhamdulillah rezeki Allah beri. kali ni dapat kerja yang ada kaitan dengan apa yang kita belajar dulu..tinggal last step je ni..medical check-up..insyaAllah pergi buat isnin minggu depan.

perindu_خلافة said...

woah bestnya// ^_^
buat yang terbaik k,

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
alhamdulillah (^-^)

insyaAllah akan buat yang terbaik~

There was an error in this gadget