Friday, October 11, 2013

Incik Bos Baik Ahahaha~



Hari ni tempat kerja aku blackout dari pukul 11am sampailah pukul 3pm..Ah Bin plak nak kena hantar 3 quotations kat client dan memang jenis bajet nak laju2..kureng~sakit jiwa la juga tapi sabo jela..

Asal aku merungut je sebab semua benda nak cepat lepas tu client banyak songeh nak tukar memanjang..yela aku dah kawtimkan tetiba pula nak tambah item la, nak tukar range product la..sakit hati la juga dan tiap kali juga Ah Bin pujuk aku dengan menyebut "KFC..KFC.." ahaha sengal x bos aku?

Bila aku dah kawtimkan quotation dia tetiba pula xde letrik..aku terus call Ah Bin bajet nak mengadu ahaha..

"Kevin! There is no electricity in our company! How can I send out the quotation?"

"Nevermind, I bring laptop for you"

"The thing is, we cannot print out and scan ma..my PC off already!"

"Nevermind la..you email later when got the electricity lo"

"Weh you call that client la..tell him that we cannot send that quotation by 12. He sound so serious leh..I'm scared"

"Okay2x"


Bila dah xde letrik, keja aku merayau, kaco orang..gelak2 dengan sesapa je yang aku rasa nak buat lawak hee~bila Ah Bin sampai je..terus dia beritahu apa yang 1 client tu nak tukar n aku dengar jela dengar khusyuk (konon)..lepas tu aku cakap aku akan buat secepat mungkin la..aku bagi la apa2 suggestion untuk senangkan aku bila aku wat quotation nanti hehe~senangkan dia jugak..yela kang nak tunggu customize bagai memang lama la..dan aku x rasa client tu sanggup tunggu lagi..abis je dia cakap dia terus keluarkan duit dan bagi kat aku..aku dengan blur2 tengok jela duit tu..

"Take this and buy KFC for all"

"Hah?!"

dengan menambah lagi beberapa not 50

"Take this and buy KFC this Monday"

"Saya x kerja la Isnin"

"Wednesday lo"

"Pun saya cuti lagi..ahaha~"

"Okayla then on Thursday"

"Hehehe okay2"

"You can keep the balance. Tapi ingat aa saya punya quotation"

"Hehe okay la saya buat bila letrik sudah ada. Eh the balance I can keep ha?"

"Yalah.." sambil angguk2..hehe

"Hahaha I like you la Kevin ahaha.."sambil keluar dengan sengihan lebar dari bilik Ah Bin..

Bila aku cerita kat adik dengan kakak aku..semua bajet jealous ahaha..

"Ni la untung jadi sweetheart Kevin ahahah~" jawab aku dengan gaya ala2 nak ke riak hehe..xpun, aku just nk bagi dorang jeles je...

Senior kat tempat kerja aku plak cakap, ni la cara Incik Bos aku ni nak tunjuk yang dia appreciate apa yang aku dah buat untuk dia huhu terharu la juga huu~terasa macam x nak tinggalkan dia pun ada gak tapi...xleh sebab aku kena kejar cita2 ku..huhu..sedih tetiba~tapi bak kata bini Ah Bin, kalau aku rasa aku x sesuai keja kat tempat baru, just contact dia n dia akan bagi aku kerja dengan dia..alhamdulillah ada je rezeki Allah beri pada aku...

Doakan aku dapat sesuaikan diri kat tempat baru dan dapat menyumbang untuk ummah...insyaAllah.

No comments:

There was an error in this gadget