Sunday, October 13, 2013

Kegarangan~



Kalau aku cakap aku ni sebenarnya boleh tahan garang mesti ada yang gelak golek-golek depan aku..

Err sebenarnya aku ni boleh dikategorikan sebagai garang tapi dengan budak-budak kecik jela..nak tau kenapa?

Sebab bagi aku budak-budak ni disebabkan diorang ni masih hijau, kita kena nasihat dan bimbing betul-betul supaya mereka dapat membezakan yang mana betul dan yang mana salah. Tambahan pula, dalam usia masih muda ni, selalunya bila orang nasihat dan marah sikit, mereka akan dengar. Berbeza bila dah meningkat dewasa dimana mereka sudah mula ada ego/pendapat mereka sendiri.

Nak try? Cer nasihat budak 5 tahun dengan budak 15 tahun..hah baru tahu beza macam mana..

Hari tu, aku balik makan tengah hari kat rumah...belum keluar dari kereta lagi aku dah nampak budak-budak sekolah rendah main lompat-lompat atas kereta yang diparking bawah blok rumah aku. Apa lagi, apa pandang budak-budak tu lama-lama sampai semua cepat-cepat turun dari atas bonet kereta tu dan start bagi ceramah sebaik sahaja aku keluar dari dari kereta. Nakal sangat budak-budak tu sampai nak menjahanamkan harta orang lain. Adik-adik aku ang tengok terdiam juga bila tengok aku marah budak-budak tu..hmm bukan aku suka-suka nak marah tapi...aduhai kalau dibiar, kesianlah kat owner kereta sebab kereta tu bukan milik ibubapa budak-budak tu pun.


Lagi satu aku garang kalau nak mempertahankan hak aku..hehe teringat kes keyboard komputer dulu..ada ke patut hak aku dia nak ambil dan suruh aku ambil yang lain? hmm memang tidak la kan...


Tapi bila difikir-fikir balik, nampaknya aku kena latih diri aku untuk berusaha menjadi lebih penyabar..hmm boleh perasan gak yang kesabaran aku semakin hilang dari hari ke hari..astaghfirullahalazim..kena banyak beristighfar dan fikir sebelum bertindak..hmm aku pun x suka marah-marah ni...hai la semoga aku semakin bertabah dan penyabar...

6 comments:

perindu_خلافة said...

huh .. lyana x tengok garang kita lagi ni!! hahaha ^_^

apa pun semoga usaha untuk lebih bersabar tu berjaya,
#sabar separuh dari iman

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
hihi memang x pernah tengok pun haha~

insyaAllah..memang sedang melatih diri untuk lebih bersabar (^-^)

perindu_خلافة said...

hahaha.. lebih baik x payah tengok,
takut pengsan, ^_^

all the best,

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
wah sampai boleh pengsan ni hulk ke apa? hehe~

syukran2~ (^-^)

perindu_خلافة said...

hahaha ^_^
super saiya,

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة

super saiya generasi ke-4 ke? kekekeeke~

There was an error in this gadget