Saturday, October 19, 2013

Tentang aurat



Semalam seperti biasa, pagi sebelum masuk kerja, aku akan pergi sarapan bersama-sama mama, ayah,kakak dan adik aku. Ye rutin dah kena sarapan sebelum masuk kerja huhu~

Bila sampai ofis, aku relax2 dulu..kemas skit2 meja sebelum memulakan kerja dan lepas tu aku g isi air dalam tumbler aku..cerita ni bermula ketika aku sedang basuh tumbler aku...

"Eh Nasrin, tudung you pun makan skali ka?" tegur seorang staff berbangsa India melihatkan ada sedikit tompokan kuah kari ditudung aku..heheh aku breakfast roti canai telur tadi.

"Hahaha tak perasan pula terkena tudung..hehehe" aku membasuh sedikit tompokan di tudung itu dengan air bersih..staff tadi terus berlalu setelah selesai membasuh cawannya.

"Kena sebab tudung you panjang sangat. Kenapa tak pakai yang pendek sedikit?" tanya seorang staff berbangsa Cina.

"Oh sebab saya nak tutup aurat ma.." jawabku sambil mengisi tumblerku dengan air masak..

"Aurat? Macam mana tu?" tanya staff itu lagi.

"Okey..sekejap ye saya tunjuk.." aku nak buat demonstrasi sikit maka aku siapkan kerja aku dulu.

Okey2 saya pun mahu belajar ma.."

Selesai isi air, aku tumpukan perhatian pada staff itu.
"Okey macam ni, aurat perempuan Muslim ni, dia kena tutup semua kecuali tapak tangan dan muka." Aku tunjukkan bahagian yang mana boleh tayangkan sahaja kepada staff itu.

"Untuk tudung, kena pakai yang menutup dada..kita tak boleh tayang2 ma..kalau pendek takat leher, macam turban dan buka sana buka sini nampak subang itu bukan menutup aurat dengan baik" tambah aku lagi sambil dibalas dengan anggukan dari staff itu.

"Ooo macam tu.."

"Yup..tak apa nanti kalau ada apa2 yang tak faham, you boleh terus tanya saya okey?"

"Okey2"

Lihat betapa besarnya kuasa Allah, tompokan kari kecil ala small the pieces itu membolehkan aku menerang serba sedikit tentang aurat kepada staff itu..mungkin ilmuku x sebanyak mana tapi asalkan boleh berkongsi, aku dah berasa gembira..harap aku ada peluang lagi untuk berkongsi ilmu dengan orang lain..amin


Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais.

No comments:

There was an error in this gadget