Wednesday, October 9, 2013

What's up?



Assalamualaikum w.b.t.

Wah dah lama juga x update blog heheehe~ busy la juga..

Macam2 yang berlaku sepanjang beberapa ketika x mengupdate huhu~biasalah ada saje benda yang berlaku 

Ah suara makin seksi disebabkan oleh demam, sakit tekak, batuk & selsema ahahaha~rangkaian penyakit mungkin disebabkan oleh perubahan cuaca tapi macam biasa sakit tu kan penghapus dosa..huhu banyak dosa ni...oh disebabkan suara seksi ni, Lan, kawan sekerja aku panggil aku penyanyi rock..sengal je budak tu siap minta autograph aku lagi...

Dah setahun aku grad dari IIUM, huhu x sedar pun dan macam baru semalam je naik pentas dan buat lawak sebab nak terjatuh ahahaha~dan dalam setahun ni jugak 4x juga aku tukar kerja huhuhu..insyaAllah 28hb ni aku akan mulakan kerja kat tempat baru dengan lifelong friend aku, Zaidatul Nadia aka Jed..mesti ada yang cakap dari sekolah rendah x berpisah budak berdua ni hahaha~fikir je dah buat aku rasa seronok kihkihkih..

Bila dah nak berhenti ni, kerja macam biasa x berkurang2 huhu~bila aku cakap nak berhenti je Ah Bin buat drama sedih..konon nak pujuk aku tapi cara dia cakap awkward gila last2 dia suruh bini dia datang jumpa aku dan pujuk aku..aku beritahu jela yang aku dapat offer lain dan memang bidang aku yang belajar jadi memang aku xleh lepaskan peluang ni..semalam dia datang je terus pukul aku dengan kertas yang dia pegang & jerit kat aku "Jahat!"..ces! sengal punya Ah Bin..

Tadi petang aku & mama tumpang bekas bos aku balik rumah huhu~senang sebab rumah dia pun dekat2 maka tumpang jela hahaha~sepanjang jalan dok berborak2..dia tanya kenapa aku nak berhenti kerja aku sekarang & dia ada gak bagi macam2 nasihat kat aku huhu~teringat dulu officemates aku jealous sebab dia selalu beli macam2 kat aku bila balik dari keluar g mana2..hehe kisah zaman lepas SPM sebelum masuk matriks IIUM...Rindu zaman matriks~oh pasar malam PJ..seronok pergi tiap2 minggu dulu & balik rumah pun rasa best je sebab senang..

Oh sekarang ni, family aku tengah syok layan The Master's Sun kat SBS ONE ..best woo..huhu sila tengok..

Oh dan kami juga suka tengok Gag Concert kat KBS World..sila tengok untuk release tension kekeke~




No comments:

There was an error in this gadget