Wednesday, November 20, 2013

Blackout + Adam dan Hawa + Lupus Kereta 12 Tahun++?



Takde letrik.. Malam tadi kawasan rumah aku blackout..pergh time tu aku pula tengah gelak2 tengok Gag Concert yang dirakam dalam PVR..syok2 gelak tetiba gelap..terkejut akak! Adik aku yang tengah syok mandi bantai menjerit dari dalam bilik air "Mama!!!!!!" mesti dia mula2 ingat aku yang dajalkan dia..hehe itu biasa~

 Yang x leh blah, adik aku gelabah berlari keluar dari bilik air..time tu plak dia tengah shampoo rambut..hahah penambah perisa..maka aku volunteer nak tolong suluhkan torch light sampai dia abis shampoo tapi dia x mau..lantak ko lah dik~

Maka aku retreat masuk dalam bilik aku..capai novel sebab ada lampu dari koridor..baca balik cerita Adam dan Hawa..teru terang cakap novel tu best tapi kasi aku angin juga dengan watak2 dalam novel tu..hahaha tapi still baca sebab tau happy ending ma dan cerita dia menarik..



Hmm sekarang ni banyak sangat berita2 yang x leh blah..Parlimen macam tadika, usul kereta 12 tahun bakal dilupuskanlah..bising pasal harga barang makin naik..macam2 sampai naik pening..apa yang aku tahu sepatutnya pemimpin ini merupakan satu medium untuk rakyat bukan seorang yang hanya menjaga kepentingan dia dan kroni2!

apakah nasib sang kancil?

Oh ada yang cakap bersyukurlah sebab negara Jepun hanya mengekalkan kenderaan yang berusia dalam linkungan 5 tahun dan 10 tahun untuk Singapura (sila betulkan jika salah)..bermakna lebih dari itu akan dilupuskan..okey mari kita lihat dari sudut realiti..rakyat Jepun medium pengangkutan utama mereka adalah pengangkutan awam yang mungkin 100x lebih bagus dari Malaysia. Di Singapura, negara kecil yang memang x menggalakkan rakyatnya memiliki kereta..tapi kena ingat..boleh kata stesen MRT mereka merata-rata dan rakyat mereka memang senang bergerak..nak banding dengan Malaysia? Terus terang cakap..sampai sekarang ni aku selalu naik angin kalau naik KTM ke, bas ke..KTM selalu x menepati masa perjalanan dan sering terkandas kalau musim hujan kerana masalah landasan banjir la..tren tergelincir la..nauzubillah.. Bas? Rasanya last aku naik bas pun bulan lepas, itupun bas shuttle dari Monash ke Sunway Medical Center yang semestinya free dan ye ianya selesa..tapi kalau bas awam..hmm tengok sahajalah bas Metro...yang okey sikit pun bas Rapid KL..dok fikir gak..kenapalah mereka tak standardkan sistem bas dalam negara ni macam kat negara2 maju yang lain? Hmm ni dok fikir nak naikkan harga barang je...sengal..

Okeylah dah banyak kot aku membebel..insyaAllah nanti aku akan update lagi..

p/s: sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget