Monday, November 18, 2013

Hati yang Banyak

Ini jantung bukan hati...  

Hati ayam..hati lembu..hati ikan..err ada ke? Dulu tido masa kelas Bio tu yang lulus takat cukup makan je...

Kalau cerita bab manga, komik, anime dan novel akulah juara tapi jika disuruh bercerita tentang hati dan perasaang..err susahlah mau cerita...

Bukan apa, soal hati ini senang sangat disalah tafsirkan oleh orang lain..bila terlalu banyak bercerita, orang pun mula bosan..betul tak?

Hidup memang sentiasa dipenuhi dengan pelbagai ujian..ye terpulang untuk kita untuk menyelesaikan setiap ujian yang diberi..diakhirnya kita sendiri yang akan menilai sama ada kita lulus atau gagal ujian yang diberi..hmm menakutkan tapi itu semua hakikat..hidup kan tak sentiasa indah?

Pernah rasa untuk berputus asa..ye banyak kali..merungut juga kenapa diri ini diuji sehingga begini..lupa pula pada surah ni:



Ye kita selalu lupa..nangis kuat2..Allah sentiasa ada..dan dia ibaratkan CCTV yang sentiasa memerhatikan kita. DIA tahu kesusahan kita dan DIA tak akan membebankan kita dengan sesuatu yang kita tak dapat pikul. Yeah be positive!

Dalam menjaga hati orang disekeliling..terus terang aku katakan aku abaikan hati aku sendiri. Tak mengapalah janji mereka gembira..

Terapi yang terbaik bagi aku sekarang ialah membikin novel..haha aku tak tahulah tapi aku rasa lebih relax selepas menaip. Mungkin novel aku ni membosankan bagi sesetengah manusia tapi aku dah tak kisah sebab ini sahaja cara aku untuk mengembirakan hati aku dan aku tahu ada yang masih menghargai garapanku kan?

Oklah sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais.

No comments:

There was an error in this gadget