Friday, November 22, 2013

Perasan



Dulu ustaz aku pernah cakap yang lelaki ni senang gila nak perasan yang perempuan suka kat dia...err yeke? Cer tolong jawab wahai kaum Adam..

Pasal perasan ni..hehe kalau dalam family aku, adik aku yang nombor tiga tu boleh kata suka perasan aka syok sendiri but in a funny way.

Contoh 1:

"Astagfirullahalazim!!" jerit adik aku. Aku yang x tau apa2 dok kaget la pandang kat dia..

"Kenapa?"

"Cantik gila!" sambil menunjukkan ke arah cermin dihadapan dia.. (=.=)!!


Contoh 2:

Dia borak2 dengan kawan dia yang nak cari teman hidup..

"Hish tak sangka..dah x dapat aku, ko nak cari yang lebih kurang macam aku gak. Isy 3x.."

Kawan tu x terkata maka gelak jela...


Contoh 3:

"Ayah2..meh Naerah tukar wallpaper handphone ayah letak gambar Naerah mesti ayah suka kan? Hahahaha..."

Yang ni aku x tahan maka aku gelak guling2 gak..

Adik bongsu aku jerit "Perasan!!"

Perasan macam ni buat orang gelak maka okey lagi tapi....kalau jenis yang perasan terlebih sampai buat orang sekeliling rasa meluat tu...err pandai2 la kawal ye?

Perasan sorang2 juga x bagus dan kalau dalam Islam, ianya dipanggil Ujub (betulkan aku kalau aku salah). Ujub ni kadang2 boleh berlaku bila kita membuat satu kebaikan dan terasa bangga terhadap diri sendiri serta mengharapkan balasan dari orang lain yang sememangnya memang salah! Kalau sekiranya kita berbuat baik, ikhlaskan hati dan cuma harapkan balasan/ganjaran dari Allah kerana ianya jauh lebih baik dan bermakna. Dulu ustazah aku pernah bagi satu contoh tentang anak murid yang ujub aka perasan yang dirinya seorang sahaja yang disayangi oleh gurunya...hmm yang ni agak kelakar tapi biasa terjadi..teringat zaman sekolah..

"Kau kan anak emas cikgu T?!" kata A kepada B..haha apa2 jela..

Okey ni membebel sebelum g turun solat Asar..adios amigos

p/s: sila lawat blog novek Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget