Thursday, November 28, 2013

Sunyi



"Saya suka pergi memancing, bawa teksi, g menarik, mandi air terjun...." Aku hanya setia mendengar. Sesi luahan perasaan secara tak sengaja di institut memandu beberapa minggu yang lepas. Sambil mendengar aku menyampuk apabila perlu dan senyum. Kadangkala kami hilang bicara buat seketika namun aku cuba mencari topik supaya perbualan tidak terhenti begitu sahaja.

Wajah si tukang cerita kupandang dengan penuh simpati. Seorang wanita yang baru sahaja kehilangan. Dia cuba mengisi masa lapangnya dengan pelbagai aktiviti supaya dia dapat meneruskan kehidupannya. Ya sebuah kehidupan tanpa peneman.

"Dulu waktu bawa teksi pun, arwah suami selalu temankan. Kadangkala, saya pergi menghantar orang dan dia tunggu ditasik untuk memancing bersama."

"Arwah suami akak tak kerja ke?"

"Tak, dia sakit." Lalu dia menceritakan tentang aktiviti dahulunya yang ditemani suami.

"Mak mertua dengan mak selalu suruh balik rumah diorang tapi selalunya saya balik sekejap je. Kadang2 lepas Subuh je saya dah keluar. Bila ditanya, saya cakap saya pergi menarik.." Dapat aku rasakan yang dia tak mahu mereka berasa simpati dengannya.

"Saya seronok bawa teksi tapi kadang2 bergaduh dengan pemandu teksi lain yang masuk persatuan. Diorang conquer satu kawasan dan tak benarkan teksi awam ambil penumpang kat kawasan diorang. Jadi yang teksi macam saya ni ambil penumpang kat luar dan bila ada penumpang di kawasan mereka naik teksi saya, mereka marah saya padahal bukan salah saya bila penumpang sendiri yang naik teksi saya.." luah akak itu lagi.

"Yela takkanlah akak nak halau penumpang keluar kan? Rezeki masing2 la...haish apa la" geram juga bila dengar akak itu bercerita. Dah rezeki masing2 kenapa nak gaduh2? Pelik betul manusia ni....

Perbualan diteruskan dengan cerita tentang teksi, memandu dan macam2 sehinggalah aku meminta diri untuk mencari agen sekolah memanduku. Aku perlu pulang kerana petang itu aku ada kelas memandu dengan hero hindustan sengal aka driving coach aku. Kasihan aku pada si pencerita namun aku terapkan yang tak ada yang kekal didunia. Yang hidup pasti akan mati...

No comments:

There was an error in this gadget