Monday, November 11, 2013

Sweet Dream Harsh Reality



Malam tadi aku bermimpi indah, bangun dalam keadaan tersenyum dan tak sabar memulakan hari. Mimpi yang membawa energi positif setelah beberapa hari berada dalam keadaan negatif. Mimpi yang mungkin didatangkan oleh Allah tatkala diriku dalam keadaan lemah untuk menyuntikkan sedikit semangat untukku. Allahuakhbar! Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui..

Didalam mimpi itu, aku berada disuatu tempat yang asing..bersama dengan mereka-mereka yang aku sayangi.Aku terlihat seseorang yang aku sayangi sedang berduka, lantas aku menarik tangannya dan membawanya pergi. Entah bagaimana set mimpiku bertukar latar, latar zaman ketika aku bersekolah rendah. Terus terang aku katakan, aku tidak gembira ketika berada di zaman itu. Namun, kehadiran orang yang sayangi itu merubah segalanya dan kelihatan aku bermain dengan gembira bersamanya.

Sesudah penat bermain, kami menuju ke kantin. Set bertukar lagi, kini kami berdua duduk di cafe. Wajahku agak muram sambil bermain-main dengan makananku. Bagaikan sudah tahu yang masa mimpi aku sudah hampir tamat. Orang yang aku sayang meletakkan kerusinya disebelahku lalu menghabiskan makananku. Senyum bahagia kelihatan menjadi penutup buat mimpi yang indah.

No comments:

There was an error in this gadget