Monday, November 4, 2013

Ulasan Novel : Curi-Curi Cinta (Siti Rosmizah)



Wah dah lama gak aku x buat ulasan novel kan? Ada je baca novel tapi malas nak buat ulasan ahaha~tapi kali ni novel yang aku baca ni betul2 pandai main dengan perasaang wanita aku ececeh~

Okay meh aku cerita sikit pasal novel ni. Novel ni berkisahkan tentang Intan Raihana, gadis sombong bongkak tahap gabanz yang mengaku dirinya berasal daripada keluarga yang berada padahal merupakan anak orang miskin. Abangnya, Iskandar dan ibunya, Puan Asmah sanggup bergolok-gadai demi menghantar Intan belajar ke luar negara dengan harapan Intan akan pulang dengan segulung ijazah dan dapat membantu mereka sekeluarga. Intan pula sangat membenci abang dan ibunya kerana menganggap mereka punca arwah ayahnya meninggal dunia.

Daniel Hakim, seorang lelaki yang sangat membenci papanya,Tan Sri Khairi kerana layu didalam dakapan wanita mata duitan, Tina. Dia sudah mempunyai kekasih, Fariza dan bercadang untuk bernikah dengan wanita itu.

Intan yang meminta abangnya supaya menolongnya untuk mendapatkan pekerjaan dipejabat Daniel sebenarnya mempunyai agenda tersendiri, dia mahu memerangkap Daniel kerana sakit hati dengan lelaki itu. Dia bertekad untuk menjadikan Daniel miliknya. Pelbagai rancangan jahat diatur namun gagal kerana Daniel sememangnya arif dengan hati busuknya itu. Rancangan jahatnya memang tak pernah berhenti dan akhirnya berjaya apabila Daniel khayal setelah meminum minuman yang disediakan oleh pembantunya dan dalam masa yang sama Intan turut terlena apabila terminum air berisi ubat yang dimasukkan ke dalam minuman yang pada asalnya ingin diberikan kepada Daniel. Iskandar yang kebetulan datang menjemput adiknya terkejut apabila melihat adiknya berada didalam keadaan yang cukup mengaibkan bersama majikannnya lantas menyuruh Daniel untuk bertanggungjawab.

Daniel sanggup menikahi Intan tetapi Daniel turut mempunyai rancangan jahatnya sendiri terhadap Intan. Lama-kelamaan, Intan mula berubah dan Daniel mula jatuh hati kepada isteri yang pada mulanya dibenci. Pelbagai dugaan melanda rumah tangga mereka sehinggakan Intan jauh hati terhadap Daniel. Aha..nak tahu lebih-lebih, sila beli dan baca novel ini okey?

Pendapat aku, novel ni mengingatkan aku tentang novel Siti Rosmizah yang sebelum ni iaitu 7 Hari Mencintaiku sebab watak wanita dia pada mulanya kejam tahap gila babas namun setelah diberi pengajaran alhamdulillah berubah baik. Apa-apa pun perangai kedua-dua watak boleh kata berbeza la juga. Watak Intan dan Daniel dua-dua pun boleh kasi aku kena darah tinggi. Ahaha terus terang cakap tapi disebabkan penulis pandai bermain dengan cerita, aku tetap baca novel ni sampai habis walaupun ada masa rasa nak campak je sebab geram (hehe takkan nak campak? ni novel jed kot!)..muka berkerut-kerut time baca tapi bila masuk adegan Kak TT dan Kak Tot, serta merta aku tersenyum balik hehe macam orang gila je..haha okey tapi aku rasa novel ni masih dalam tahap seronok dibaca dan sila beli okey? Sokong penulis tempatan!!

No comments:

There was an error in this gadget