Monday, November 4, 2013

Yayang Solemnization


Semalam merupakan hari pernikahan sahabat baikku, Siti Suria aka Yayang dengan pilihan hatinya, SMASH aka Abang Yumel. Aku pergi dengan Jeddah dan Iqa (Shafiqah Nabila). Macam biasa, Jed drive dan aku jadi co-pilot hehe..

Okay, awal2 pagi lagi aku dah bangun gosok baju, gosok tudung hehe semangat weh! Orang first dalam group sengal kitorang yang kahwin dulu..hehe tapi memang boleh dijangka pun ahaha~ Majlis mereka ni dimulakan dengan pertunangan dahulu dan akad mereka dijalankan pada pukul 3pm. Maka kami pergi lepas Zohor le..

Mula2 g amik Iqa kat stesen KTM Rawang, kawan tu datang dari arah Kepong Sentral maka lebih afdal jemput kat Rawang dan straight g Ijok pakai LATAR je~lama jugalah menunggu sebab kawan tu terlepas train..tapi time tunggu tu yang aku dengan Jed berborak sakan..biasalah lama x jumpa...

Sampai je Iqa, terus kitorang mulakan perjalanan, alhamdulillah cuaca baik sepanjang perjalanan dan macam biasa berborak merupakan aktiviti utama..okey disebabkan aku pernah pergi rumah Su maka akulah yang kena jadi GPS..tapi terus terang cakap, aku ni pun ingat2 lupa hehe..dah lama ma~

Dua kali gak tersilap tapi alhamdulillah sampai juga kami ke rumah Su. Hanya satu kanopi dipasang diluar rumah kerana hari ni majlis pertunangan dan akad sahaja, kendurinya insyaAllah pada 1/12/2013 nanti. Nampak je Su aku dah senyum2..hehe x sangka budak sengal ni dah menjadi Puan Suria.

pelamin tema kereta 'waksegan' kegemaran Yayang..

me, yayang, iqa dan Jed..muka malu sebab banyak photographer..
Cantik tema mereka pink-peach with a tint of turqoise. Lawa weh! Pelamin pun simple (^-^). Makanan yang disediakan pun sedap hehe makan je..ada kari ayam, gulai ikan, gulai lemak perut lembu, suhun, ulam2 dan sambal. Memang simple tapi sedap woo~ untuk desert, ada gula2, chocolates dan pelbagai kek..yang ni aku minta Su tapau kan ahaha terer x? Sengal punya perangai....

Lepas makan, apa lagi sesi mengambil gambar la..excited woo yayang dah kahwin dan dalam sempoi2 diorang tu, malu2 gak bila disuruh oleh photographer buat aksi2 romantika de amoure hehe..yang aku punya cerita pulak..aku dengan yayang dulu selalu amik gambar sengal maka aku nak la amik gambar sengal dengan dia yang dah ayu pakai pakaian pengantin. Tengah aku bergambar tu, terkejut gila banyak pula kamera yang amik gambar kami..adoi malu gila!!!

aksi romantik yang jadi awkward hahaha..

aksi sengal kami..
aksi sengal tapi malu giler sebab banyak kamera..

Apa2 pun aku doakan my yayang aka Su aka Siti Suria berbahagia dengan Abang Yumel aka SMASH sehingga ke syurga~ hehe dalam otak ni dah ada plan baik punya untuk kenduri mereka nanti hehehe~

No comments:

There was an error in this gadget