Saturday, December 14, 2013

Alone so Lets Cook!!

sekadar gambar hiasan~  

Pagi Sabtu dimulakan dengan senyuman ahaha seronok sebab dari hari Khamis aku dok rumah sorang2..family aku g bercuti ke Port Dickson dan aku tak g sebab kerja...(sedang aku update blog..mereka pun pulang dan keamanan aku direntap!! huhu)

Bangun fikirkan dulu nak masak apa. Ikutkan sengal nak je masak megi. Senang! Tapi bila difikirkan nutritional value (chewah!!) dan dari sudut tahap kelaparan selepas itu, aku buat keputusan untuk masak nasi! Yeahoo dah boleh jadi mak orang!!! (apa kaitan?!)

Pintu peti ais aku buka lalu menjenguk lauk yang ada..okay ada daging! Untuk sayur, aku bawa keluar kobis cina. Bahan masakan lain aku bawa keluar selepas merangka apa yang aku nak masak hehehe~ ada cili padi, halia~cer teka aku nak masak apa?

Hakikatnya aku pun x pasti apa yang aku masak tapi aku agak aku nak masak masakan yang ada sup, pedas dan semestinya sedap..Abang Pedas!!! (tetibe sengalku datang (=.=)' maaf)

inilah hasilnya haha~


Ala-ala bulgogi tapi bukan bulgogi hehehehe~ okey meh aku beritahu cara masak..

Bahan-bahan:
1) Daging (potong nipis dan ikut suka korang la nak banyak mana)
2) 4 biji cili padi (potong kecil2)
3) Halia sebesar ibu jari (potong hiris)
4) 2 biji bawang merah (juga potong hiris)
5) 2 ulas bawang putih (yang ni potong biasa..aku xtau la nak cakap macam mana)
6) Suhun (aku amik segenggam tapi ikut suka la nak masuk berapa banyak)
7) Sos tiram
8) Serbuk lada hitam

Cara masak :
Cara masak dia memang senang tak boleh blah aku cakap..orang yang tak selalu masuk dapur pun boleh buat.

1) Rebus daging dalam periuk selama 1 jam (okay letak sudu dalam periuk untuk cepat masak dan sudip kayu kat ats periuk untuk mengelakkan melimpah). Masukkan sikit garam dan sila tambah air bila air mula kurang. Sementara ni korang sediakanlah la bahan-bahan lain..potong bawang ke, hiris halia ke..potong cili ke..bila dah settle, aku g breakfast dulu yela dah kata pun sejam..hehe

2) Bila daging dah lembut, masukkan bawang merah dan bawang putih. Kacau sekejap. Masukkan halia dan cili padi lepas tu kacau lagi. Aku masak pakai periuk yang sama rebus daging tu huhu malas nak basuh periuk banyak2 dan air rebusan daging tu la yang jadi supnya (^-^)

3) Kemudian aku masukkan sos tiram sebanyak dua sudu besar. Kacau lagi. Masukkan sedikit serbuk lada hitam.

4) Masukkan garam sedikit. Yang ni korang agak2 ar. Tengok air dalam periuk tu banyak mana dan sila rasa tahap kemasinan. Kalau dah sampai tahap air laut tu wajiblah ketuk kepala sendiri..

5) Akhirnya, masukkan suhun. Dah boleh hidang (^-^) senang kan?

Settle je aku start masak sayur pula..ala yang nak kena cerita gak ke? Tak payahlah..maka tengah hari tadi aku makan ini:


Kenyang memang kenyang dan puas hati. Yup dah lama tak masak sebab dok busy g kerja dan g kelas memandu maka sekali dah ada peluang mana mungkin lepaskan tak gitu? Okey silalah cuba masak ye?

p/s: Sila lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais. Sekarang ni aku tengah merangka lagi sebuah novel hehehe~dah ada nanti aku pos (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget