Sunday, December 1, 2013

"Der, jom balik!"



'Der' singkatan dari 'brother' or dalam bahasa Melayu yang dijahanamkan 'brader'. Ini merupakan panggilan aku kepada driving coach aku yang sengal2 alam. Dalam ramai2 tu aku rasa aku yang selalu buat dia pening sebab aku suka buat ikut suka hati aku.

"Siapa suruh bawa laju dalam litar?" marah driving coach aku.

"Der, siapa yang bawa laju balik semalam?" soalan dibalas soalan. Last2 dia gelak je sebab dia la yang meng'inspirasi'kan aku untuk bawa laju. Bawa kereta kalah pelesit! Aku kira okey lagi sebab aku jeling meter, takat 40km/jam je..

"Ha..melawan" gumam dia perlahan dengan sengihan..

Pernah sekali dia dok bising kat aku pasal apa ntah..

"Akak derhaka kang!" balas aku balik..dan2 dapat balasan sebab derhaka..aku salah teknik masa buat 3 penjuru kikikiki~ ketulahan btol..

Mula2 dia bahasakan aku 'akak' tapi bila dah kamcheng, terus tukar jadi 'Lyana' je..senang ar aku terus melekat panggil dia 'Der'..

Semalam dia datang jemput aku dengan muka serabai..pergh aku masuk2 kereta terus aku tegur..

"Der, apasal kau selekeh sangat ni?"

"Selekeh ye? Bukan nampak ganas ke?" Misai dan jambang yang x terurus tu dia ingat boleh buat muka dia jadi ganas? Apakah? Bila tengok 2-3 kali adalah macam muka Sharnaaz Ahmad..ceit!

"Der, apasal kau x bawak awek kau hari ni?" minggu lepas dia bawa awek dia maka aku ada la geng nak berborak masa tunggu orang len dan xdelah awkward..

"X..hari ni kita berdua je.." siap jeling aku senyum2..

"Der, kau dah apasal?! Siku kang!" main2 pula..tapi memang selalu kena siku dengan aku..suka hati dok kutuk aku..terus mamat tu gelak..tapi semalam aku wat okey maka dia sempat gaklah berbangga diri sebab jadi coach aku..kebetulan ada orang len dari sekolah memandu yang sama dengan aku tengah belajar kat litar tu dengan instructor len..haha sengal punya orang..

Hari ni, orang lain yang ajar aku dan pakai kereta lain..pergh OUT terus cara aku..memang berbeza giler dengan 'Der' aku tu..kereta yang ni plak clutch dia panjang xleh blah...tapi lama2 alhamdulillah aku boleh biasakan diri..aku jumpa juga 'adik' baru hehe..nama dia Nazril haha macam dekat je Nasrin dengan Nazril kan? tu aku cakap dia tu long lost brother aku padahal baru hari ni aku tegur dia hahaha~

Teringat semalam,

"Der, jom balik!!"

"Apa? Kejap lagi la!"

"Xleh, nak tengok Shin Chan la!"

"Lepas Shin Chan ada apa?"

"Doraemon!!!" macam kanak2 cacat kot aku dengan dia kat litar tu..haha yang benornya..aku memang x suka balik lambat sebab Maghrib dah masuk cepat dan waktu Maghrib pun singkat maka wajiblah balik awal..eleh aku tau 'Der' tu suka je bila aku ajak dia balik awal..

Update sengal pasal driving coach or instructor aku yang xleh blah..okeylah kalau suka baca novel, silalah lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais okey? Chao~

No comments:

There was an error in this gadget