Monday, December 23, 2013

Ibubapa dan Berdikari

imej yang tiada kaitan...  

Baru je lepas induction pasal tempat kerja. Macam biasa..aktiviti yang memperkenalkan tempat kerja, sejarah, matlamat dan etc.

Yang menarik, higher up kat sini kira macam sempoi je dan aku duduk semeja dengan diorang masa makan tengah hari tadi. Makan tengah hari yang ditaja sepenuhnya disamping dapat note book, sticker dan pen percuma oh tak lupa beg recycle~

Masa makan tadi, Pro Vice-Chancellor and President buka satu topik. Pasal ada ibubapa yang datang jumpa dia tanya pasal academic anak2..disebabkan dia ni expatriate (Australian) dia agak blur sebab budaya macam ni tak wujud kat tempat dia. Only in Malaysia ma~

Maka lecturer2 yang ada pun buka cerita. Ada yang datang minta tolong tambah markah anak la...tanya pasal studies tu perkara biasa tapi tanya pasal job prospect dan nak anak diorang dapat tempat internship yang confirm habis belajar boleh kerja situ yang buat aku rasa macam apakah?!!!!

Mula2 lecturer semeja aku memberi buah fikiran yang macam anak2 kat Malaysia ni macam kena control dengan ibubapa lagi sampaikan nak sambung belajar dalam bidang yang mana pun ibubapa yang tentukan. Perghh!! Ini agak susah juga sebab tak semua anak2 yang boleh ikut telunjuk ibubapa mereka sahaja sebab diorang pun manusia yang ada kehendak masing2.

Memanglah ibubapa nak yang terbaik untuk anak2 mereka. Tapi....perlu diingatkan yang anak2 juga patut turut serta dalam membuat keputusan sebab mereka yang akan lalui semua perit jerih alam universiti bukan ibubapa mereka. Ye tak ada universiti yang membenarkan ibubapa ambil test bagi pihak anak mereka didunia ini ye..

Kemudian aku memberi buah fikiran aku...aku rasa macam sesetengah ibubapa ni anggap anak mereka ini macam satu pelaburan. Kenapa? Sebab kononnya mereka memasukkan anak ini ke dalam universiti yang terbaik, penuh dengan fasiliti pembelajaran yang terbaik maka mereka harapkan anak mereka akan jadi produk yang TERBAIK yang mana aku anggap macam impian yang tak realistik! Memang tergelak mereka2 mendengarkan hujah 'pelaburan' aku ni dan mereka bersetuju.

Pro Vice-Chancellor and President itu bercadang agar kita adakan induction untuk ibubapa juga. Terangkan pasal privasi pelajar sepertimana yang dilakukan dinegara2 luar seperti Australia, Hong Kong etc dimana jika ibubapa bertanya kepada pihak universiti apa2 pasal akademik anak, pihak universiti akan meminta kebenaran anak itu dulu sebelum mendedahkan apa2 kepada ibubapa. Macam kejam sangat kepada ibubapa yang terlebih ambil berat tapi ini juga sebagai salah satu cara untuk melatih anak2 membuat keputusan sendiri dari bergantung kepada ibubapa sahaja. Sebab dia pun naik kesian dengan anak2 yang tak dapat bersuara tentang kehendak mereka ketika sesi pengenalan kursus baru2 ini.

Hmm macam2..nak anak yang berjaya memang impian semua ibubapa. Tak ada siapa pun nak anak mereka ketinggalan tapi berilah sedikit ruang untuk anak. Biar mereka buat apa yang mereka nak sebab akhirnya nanti, dia kan salahkan ibubapa jika dia menemui kegagalan apabila terlalu sangat mengikut telunjuk.

Okey la untuk topik yang agak boleh buat ibubapa sakit hati sikit tapi fikirkanlah. Letakkan diri anda ditempat anak2.

sila lawat blog novel tak seberapa aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget