Thursday, December 19, 2013

Meminang ko?

gambar hiasan    

Bila sebut tang urusan meminang ke risik, orang akan assume yang pihak lelaki yang akan buat. Tapi..

Sejak akhir-akhir ni..mungkin disebabkan populasi lelaki yang semakin berkurangan, ada yang mencadangkan perempuan yang pergi sendiri meminang atau merisik lelaki yang mereka suka. Tapi adakah ianya relevant?

Ada yang kata 'Ya!' dan ada juga yang cakap 'Tidak sama sekali! No way Jose!". Mulalah debat hangat hangit yang mengeluarkan fakta dan auta..bergocoh dengan bermacam gaya di MukaBuku, Google tambah, Friendster, Myspace...eh? Krik..krik..krik

Yang beragama mula keluarkan pasal Khadijah RA yang pergi sendiri meminang Rasulullah SAW maka kita sebagai perempuan buat apa nak malu kalau dah jumpa lelaki yang memenuhi kriteria-kriteria lelaki soleh? Kau pinang je terus!

Yang pakar statistik mula mengeluarkan angka-angka nisbah ataupun peratusan andartu di Malaysia. Cool..yang gerenti ramai yang percaya dan terus berlari-lari meminang anak teruna jiran sebelah rumah heh?

Yang bangsa pejuang wanita atau feminist mulalah keluarkan kenyataan yang perempuan boleh hidup tanpa lelaki. Ini zaman moden! Perempuan kalau dah ada kerjaya, aset dan kehidupan yang sempurna buat apa nak lelaki lagi? Menyusahkan pula nak melayan suami ni..huh!

Bagi wanita yang masih tebal dengan sifat malunya ala-ala wanita Melayu terakhir (macam penulis...ehey?!) perasaan malu itu melebihi segalanya. Ada juga yang ibubapa yang melarang "Temah, kau jangan nak memalukan mak bapak! Yang kau pergi pinang si Dollah tu kenapa?!". "Tapi mak, Dollah tu baik, selalu solat kat masjid, rajin pergi ceramah agama, rajin berniaga ke hulu hilir mencari rezeki, bukan perokok..bukan penagih..bukan sampah masyarakat..jujur urus dana kutipan kampung..tak pandai menipu macam menteri-menteri kita...". "Ah, mak tak kira! Yang kau ni dah macam perigi mencari timba apahal?!". Terdiam terus si Temah lalu menyambung mengait jala ikan...


Okey nak kata malu memang malu nak-nak lagi kalau pinangan kita ditolak....warghhh malu 1000x ganda faham? Berbeza jika lelaki yang meminang dan sekalipun peminangan mereka ditolak akan ada bro-bro mereka yang berkata " Tak apa bro, bunga bukan sekuntum. Jom kita pinang jiran dia pula". Kalau perempuan...masing-masing akan terdiam. Ye ada yang memberi kata-kata semangat tapi..azab menahan malu itu wa cakap sama lu..memang tahap petala. Malu kot dan tak akan ada sista-sista yang berkata "Tak apa sis, kumbang bukan seekor. Kita pinang jiran dia yang ada pangkat doktor mahu?". Paling-paling pun semua pakat terdiam dan menghayati saat-saat kesedihan bersama-sama. Wuuu....paling ganas pindah keluar terus dari Malaysia dan menetap di UK..United Kingdom bukan Ulu Klang.

Apa pun hujah, aku percaya ada baik dan buruknya jika perempuan yang memulakan dahulu acara-acara meminang. Yang baik ialah, jika berjodoh alhamdulillah dan yang buruk jika tak berjodoh dan dipandang seperti perigi yang mencari timba. Paling malu jika pihak lelaki memalukan pihak wanita jika ada sesuatu yang terjadi dalam perhubungan mereka. "Tu la aku tak nak tapi kau yang tak malu pinang aku. Kesian punya pasal aku terima jela!" perghh hati bagaikan ditusuk tombak berkali-kali.

Setiap kali sebelum nak membuat keputusan, berbincanglah dengan keluarga terdekat. Jika masih ragu, 'berbincang' dengan Allah. Buat solat istikharah. Kalau nak lagi okey cuba minta pandangan mereka yang lebih berpengalaman. Aku sekadar meluahkan pendapat dan jika ada yang rasa pandangan aku ni merapu, ikut sukalah.

Okey sekian sahaja entri untuk kali ini. Oh ye lawat blog novel tak seberapa aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

2 comments:

RuBy Razali said...

weh... ko nak meminang orang ke pe?? sila jemput aku ke semua urusan bina masjid ko. dari pecah tanah ke perasmian. aku nak menyibuk. hahahhaa

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali
Haha insyaAllah kalau ada urusan2 tu aku letak ko kat bahagian jentera paling depan muahahahah~

There was an error in this gadget