Saturday, December 28, 2013

Movie~movie

Make Me Shudder trailer poster 

Lama woo aku tak g tengok wayang jadi semalam (27/12/2013) apabila adikku yang sengal memberitahu yang kakak aku nak g tengok wayang maka aku dengan semangatnya nak mengikut hahaha...bayangkan tengah2 penat balik kerja tu aku sanggup nak keluar lagi...sah aku dah tak btol sekarang~

Kitorang g pukul 8 lebih macam tu. Yelah senang keluar lepas solat dan makan malam. Sempat gak aku gosok tudung nak pakai. Agak-agaklah nak pakai tudung yang sama pergi kerja..dah berkepam kot seharian huhu~Kalau nak tahu, selain dari tengok wayang, aku ada agenda tersendiri sebenarnya...ngehehehe~

Yang mengikut sekali pergi bersama kami ialah Yana dan Lan. Dua orang kawan dari tempat kerja lama aku. Untuk mengelakkan sesak nafas dalam kereta, adik aku bawa CRV ayah. Mula2 aku rasa agak pelik dengan seorang lelaki yang tersangkut sekali dengan trip kali ni tapi apabila Lan membuka mulut..pfft aku dah agak macam mana dia boleh masuk je dengan semua perempuan tapi jangan risau dia bukan awww~ Perangai sengal dia memang buat kitorang gelak sakan dan dia bagi nama baru kat aku 'Yana-yana' mengong punya Lan. Hehe siap ada feeling yang dia bawa keluar keempat-empat bini dia (kitorang la tu).

Pukul 8.50pm macam tu kami dah sampai kat Jusco Rawang. Cari parking dan terus g beli tiket. Sementara tu, aku lancarkan rancangan aku jeng..jeng..jeng..tak payah nak saspen sangat, aku ambil tiket aku dan aku terus blah ke tempat yang aku paling suka dalam Jusco, kedai buku Popular la..hehe operasi mencari novel dijalankan dengan kurang berjaya sebab novel yang betul2 aku nak dah habis stok.....TIDAK!!!!!!!!!!!!!!!!!! dengan perasaan sedikit sebal, aku mencari novel penganti..dapatlah dua dan aku balik semula ke panggung wayang. Sedih woo~

Kami menonton Make Me Shudder, filem seram-komedi Thailand yang memang lawak. Hehe suka bebenor aku dengan watak James yang asyik kena suruh ahaha~movie yang sesuai untuk release tension (^-^)
Watak Bryan yang comel tu pun buat aku tersengih je~

Filem ni mengisarkan tiga orang pelajar lelaki yang suka menyertai aktiviti mencari hantu dan g tempat2 berhantu untuk tunjuk lagak (hehehe g la Villa Nabila..oooppps). Siap mengajak lima kawan yang lain untuk turut serta dalam aktiviti takde pekdah mereka itu. Mereka melawat bangunan sekolah yang sudah ditutup dek ada kes dan dipercayai ada hantu budak lelaki yang bunuh diri sebab gagal dalam ujian kemasukan universiti dan kisah seram bermula~seram2 pun lawak dia memang buat aku lupa yang aku ni tengah tengok cerita hantu ahahaha~ ala lebih kurang macam Pee Mak tu...jadi kalau ada masa silalah pergi tengok movie ni okey?

Siang tadi baru je aku dapat lesen P aku yang baru siap hehehehe~alhamdulillah aku kini dah ada lesen dan insyaAllah akan ada kenderaan sendiri. Novel aku tu insyaAllah aku akan update dalam masa terdekat dan dalam kepala otk aku sekarang ada satu novel yang aku dah siapkan prolog dia..tunggu masa aku nak buka lagi satu blog ngehehe atau just post it on Penulisan2u? Give me suggestion guys!

Okey sila lawat blog novel tak seberapa aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

No comments:

There was an error in this gadget