Thursday, December 26, 2013

Pavilion oh Pavilion



Semalam dengan tak boleh blahnya aku telah keluar dari zon kesengalan selesa dirumah...ni semua gara-gara kakak aku yang sentiasa kesunyian buat muka sedih depan aku n adik aku si Nadirah. Ayatan si Nadirah yang buat aku terpaksa ikut:

"Aku gi kalau Yana gi.." sambil menghadap note 2 dengan muka selamba. Muka kakak aku dah nak bertukar ke tahap kesedihan petala maka nak tak nak keluarlah juga aku walaupun aku tahu gerenti sesak sebab perayaan Hari Natal.

Maka aku putuskan keluar selepas solat Asar. Memang breaking the habit sebab aku memang tak suka keluar petang-petang. Kalau nak keluar seeloknya pagi-pagi supaya boleh balik awal n solat kat rumah. Itu yang aku selalu buat tapi semalam...haish memang macam bukan aku je tapi aku turutkan juga sebab kesian.

Sampai kat area KL..pergh memang sesak nak-nak lagi kat jalan Bukit Bintang tu. Parking masuk Pavilion tu pun penuh dan nasib baik ada lagi satu entrance yang parking dia still available tapi...persaingan merebut parking memang x boleh blah..boleh pula satu kereta ni nak curi masuk parking yang ada seorang mamat baik hati bagi kat kitorang (kebetulan dia nak keluar n dia nampak kitorang). Nasib baik mamat tu tahan dan adik aku cepat-cepat undur masuk parking tapi itu pun dia nak masuk juga apa lagi...adik aku hon la. Memang kurang ajar! Lepas tu boleh pula pandang kitorang dengan muka tak puas hati padahal kami yang dah beratur dulu! Sengal punya manusia..awal-awal lagi dah bagi mood aku spoil..

Abis je insiden kat tempat parking, kami masuk la ke dalam Pavilion..memang ramai sebab ada pokok krismas besar nala, replika rumah, LINE character, carousel (ni aku panggil merry-go-round je biasanya) dan live band performance (lagu Krismas jela). Maka aku dan adik beradik aku ambil kesempatan bergambar sebab terlebih excited..hahahha lawa sangat sampai jadi gila sekejap...ni kalau tengok Kaabah macam mana la reaction aku..huhu

Bila dah puas bergambar, kami pergi jalan-jalan dulu..jalan punya jalan sekali dah nak masuk waktu Maghrib..aku g la cari surau..bila dah jumpa perasaan aku memang rasa geram dan sakit hati. Surau itu terlalu penuh dengan manusia..ye syukur ramai yang masih tak melupakan solat fardhu tapi apa yang buat aku kecewa ialah ruang untuk solat..ya Allah..kecil memang lebih kecil dari pejabat yang aku kerja sekarang..surau di tingkat 5 ni memang kecil..dengar kata ada surau lagi di B2 tapi aku xtau..semalam tu pun sebab adik aku yang googlekan sekejap. Hmm apa-apa jela..kalau saiz macam sepatutnya buat kat setiap level huhu senang~

Habis je solat kami pergi makan..huhu makan kat food court je..tapi food court pun lebih kurang kalau makan kat dalam restoren je..harga hmm standard Pavi la...restoren semua penuh! Aku makan seafood spaghetti cream muahaha~ sedap woo dan terbang RM20 aku muahahahah......lepas makan kami sambung jalan-jalan..

Tokyo Street..tempat favourite ni! Masuk kedai baju......aduilah perempuanlah kalau dapat masuk kedai baju kalau tak ambil masa nak dekat sejam memang bukan perempuan kot rasanya..mereka2 inilah dok belek-belek baju kalau ikutkan aku tengok dan kalau sesuai lepas tu tutup aurat aku ambil je...senang buat apa nak pening-pening?

Habis kedai baju, pergi jalan-jalan lagi..disebabkan hari makin lewat dan adik aku pun dah naik lemau dan getting annoyed, kami buat keputusan untuk balik. Sebelum balik aku cari benda alah ini dulu hehehe..


apakah ini? buka kotak!!!

green tea, sweet potato, strawberry, sakura, mango mousse and chocolate mousse mochi

Mochi!!!! Kuih Jepun favourite aku!!! Rasanya memang sedap! Alah just bayangkan kau makan kuih koci tapi yang ni inti dia ada macam-macam. Paling aku suka mestilah green tea mochi hehehe harga? Min: RM3.50/each Max: RM4.00/each. Haa..okeylah juga...ye agak mahal tapi puas hati weh! Jadi kalau pergi Pavilion silalah singgah beli mochi ni (^-^)

Okeylah aku rasa macam dah panjang je karutan aku. Sila lawat blog novel x seberapa aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

4 comments:

perindu_خلافة said...

la kalau setakat kuih koci mak rizQan pub boleh buat, 2 singgit.. HaHaHa ^_^

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
hehe nak makan kuih koci mak rizqan tu bila la boleh dapat? ni singgah je Pavilion boleh terus beli..hahaha amboi sudah naik harga ka?

RuBy Razali said...

HAKHAKHAKHAK~ aku baru nak komen.... tengok kuih koci nak tegelak... sedap ke wei moci? aku penah try yang beli kat kedai tu apa ke nama brandnya, tak sedap wuwuw.. T_T..mungkin sebab made in kilang gamaknya...

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali
sedap Rubiah...klau baru2 nak beli ni kita cadangkan beli perisa chocolate mouse, sakura dengan mango mouse. beli yang brand Mochi Sweets ni kat Tokyo Street Pavilion. InsyaAlah sedap (^-^)

There was an error in this gadget