Tuesday, December 10, 2013

Selasaku yang macam-macam



Alhamdulillah hari ni aku dah duduki kedua-dua ujian motor dan kereta. Perghhh lega tapi...hadui kantoi tang motor la pula..sedih woo..

Yang kereta alhamdulillah lulus tapi bukan dengan jayanya la..apa-apa pun alhamdulillah..

Ujian motor aku...pagi tadi aku dengan gaya diva tak boleh blah dok bagi motivasi kat budak-budak yang amik test yang sama dengan aku. Perghh kalah pakar motivasi tapi..hahaha aku jugak yang jatuh kat bahagian titi tu dengan perasaan malu tak leh blah..huhu..macam ni..dah cantik dah aku naik titi tu tapi bila tengok adik/ kawan sebelajar sekali dengan aku jatuh kat bahagian kon, aku dah mula menggelabah dan jatuh..padahal aku ingatkan bolehlah aku lulus dengan jaya bab motor ni sebab aku memang suka merempit heehehee...takpe bukan rezeki aku la tu..tapi alhamdulillah ujian jalan raya aku lulus hahaha~kena ulang tang litar jela..hmm tu pun kena bayar RM150 untuk ambil balik ujian tu dua minggu dari sekarang..haduilah..


Ujian kereta..dalam litar alhamdulillah aku buat dengan agak baik walaupun ada gak termati enjin dek kereta yang clutch dia elok kasi campak je..huhu macam boleh je..tapi ujian jalan raya..ya Allahu ya Rabbi..aku gigil tahap max korang tau..pergh takut gila nak2 lagi bila JPJ yang duduk sebelah aku tu mula sesi bertaaruf dengan aku..mula2 aku layan jela..yelah tak untung pun kalau buat sombong kat dia sebab skang keputusan lulus ke tidak ada kat tangan dia..aku akui aku ada buat kesilapan..ayat dia yang buat aku nak kejung:

"Kalau saya bagi awak gagal, bolehlah saya jumpa awak minggu depan.."

Perghh aku takut weh..berkali-kali aku cakap "Encik jangan buat macam ni..saya takut..tolonglah bagi saya lulus.."

Sebelum tu dia ada tanya gak pasal family aku, boyfriend aku (manalah aku ada!)...bila aku cakap aku tak mainlah boyfriend2 ni..sebab aku memang ikut prinsip yang jika betul seorang lelaki itu suka kat kau, dia akan direct dengan mak ayah kau bukan dok melamar macam omputih okey? Dia pula cakap aku macam jual mahal..dan dia cakap gak yang sekarang ni perempuan lagi ramai dari lelaki maka tak salah perempuan yang pergi meminang lelaki..aku cakap betul tak salah dalam Islam..dah dia plak bantai cakap macam mana nak kena hati budi jika lelaki tu hanya berurusan dengan mak ayah kita je takde keluar2 minum ke apa..aku cakap aku tak suka kalau macam tu dan aku takut..yelah manusia ni kan macam2? Dah2 bila dah sampai balik tempat ujian, dia bagi aku lulus dan dia suruh sain n letak sekali nombor telefon. Yang bab nombor telefon tu aku tanya balik "Perlu ke?" dia jawab "Terpulang" Fuhhh lega aku weh! Memang aku just sain dan keluar terus dari kereta sampai terlupa beg aku kat belakang..aku buka pintu belakang, ambil beg aku dan terus cepat2 blah pergi kaunter beritahu aku dah lulus.

Nak tahu cerita sebelum kejadian ni berlaku? Aku rasa ada kaitan dengan nawaitu aku yang dah tak betul sebelum ambil test jalan raya tadi..

"Akak harap dapat yang wajah ahli syurga dan bolehlah akak goda2 dia sikit. Libas2 tudung ala2 diva..ahahaha" ujar aku dengan penuh ke'diva'an sementara menunggu giliran.

"Akak ni sengal la..ahahah" Aisyah, budak yang test sekali dengan aku tergelak dengan lawak bangang diva aku tadi. Kak Aye turut ketawa terkekeh-kekeh.

"Haih tapi kalau dapat yang tua pun tak apa..boleh concentrate kat ujian..ahahahha" lawaknya disambut dengan gelak besar dari group diva aku. Kak Nazia hanya tersengih dan kadangkala dia turut terikut dengan gelak gila2 kami..huhu..

Sekali bila kena goda bukan menggoda...menggigil lutut akak okay! Takutnya Allah sahaja yang tahu dan aku tak putus menyebut nama Allah tadi..haihlah memang Allah bagi balasan dan2 tu gak! Padan muka kau!

Okey divas, lawat blog novel Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais.

No comments:

There was an error in this gadget