Tuesday, December 3, 2013

Ulasan Novel - Dia..Isteri Luar Biasa

Cover novel

Novel yang aku baru je beli hari Sabtu lepas di Popular, AEON Rawang. Novel garapan Umie Nadzimah yang telah mencuri perhatian aku sejak bulan lepas setelah membaca sinopsis.


Okey novel ini berkisarkan tentang Dewi Yusra seorang usahawan Cik NAB (Nasi Ayam Bonda) yang anti-lelaki disebabkan oleh trauma. Ibunya diseksa oleh ayahnya ketika dia masih kecil da sejak itu dia berdendam dengan kaum lelaki. Namun naluri wanita siapa boleh kawal? Dia inginkan zuriatnya sendiri untuk mewariskan perniagaannya dan menjaganya lantas dia mencari calon suami sementara, suami yang akan ditinggalkan setelah berjaya melahirkan anak.

Raden Amzar, seorang Proffesor Madya memenuhi kriteria suami sementara Dewi berkahwin dengan Dewi setelah ditangkap khalwat. Bagi Raden, Dewi merupakan satu tanggungjawab untuknya dan dia memang sudah lama jatuh cinta dengan Dewi Bravo (gelaran yang Raden Amzar beri pada Dewi Yusra) semenjak dia melihat aksi Dewi membelasah suami rakannya yang curang ketika berhenti di traffic light.

Perkahwinan Dewi dan Raden pada mulanya agak mencabar kerana Dewi agak gugup dan takut untuk memulakan hubungan dengan suaminya walaupun dia sendiri yang merancang untuk jadikan lelaki itu suami sementaranya. Namun berkat usaha dan kesabaran Raden Amzar, Dewi mula berubah sedikit demi sedikit dan mula mencintai suaminya. Nak tau lebih sila beli novel ni.


Keseluruhannya, aku rasa novel ni memang menarik sebab watak perempuan dia seorang woman chauvinist yang extreme. Tapi bersebabkan? Dia trauma dan alhamdulillah dapat suami yang baik dan penyabar. Pada mulanya aku rasa macam malas je nak baca sebab rasa slow dan menyampah tapi......berkat kesabaran (chewah!) aku rasa best pula novel ni dan aku tak berhenti membaca sampai habis. Seronok dengan perangai gila Dewi dan ke'gentleman'an Raden Amzar. Terpikat habislah dengan Raden Amzar! Okey aku rate novel ni sebagai novel yang patut dibeli dan best untuk dibaca. Selamat membeli dan membaca !

p/s: Sila lawat blog novel aku yang x seberapa, Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais


No comments:

There was an error in this gadget