Thursday, December 5, 2013

Ulasan Novel - Dicintai atau Mancintai



Novel yang aku beli sekali dengan novel Dia..Isteri Luar Biasa, I Love You Stupid dan My Precious Iris. Okey meh aku cerita sikit..

Novel ini mengisahkan Qyra, seorang gadis yang dicintai oleh Azmin tetapi hatinya untuk Zariq, abang kpada Azmin. Pada mulanya baik Qyra mahupun Zariq tidak menyukai satu sama lain. Namun setelah saling mengenali, mereka jatuh cinta namun pada Azmin, dia merasakan dia telah dikhianati oleh abang dan gadis yang dicintainya.

Dendam Syed Amir pada Zariq menambahkan kecelaruan pada hubungan Zariq dan Qyra. Najilah Azwa, kakak kepada Qyra pernah mencintai Zariq namun ditolak. Apakah yang akan terjadi pada cinta Zariq dan Qyra?


Ulasan aku....korang perasan kan cara aku ceritakan pasal novel ni macam mana? Ini cuma pandangan peribadi aku sahaja okey? Aku menilai sebagai seorang pembaca. Terus terang pada mulanya novel ini agak menarik kerana sifat Zariq dan Qyra yang sama-sama degil. Tapi...makin lama aku baca aku rasa menyampah. Maaf kasar ye? Aku menyampah setelah mereka jadi lovey dovey yang aku rasa agak melampau. Agak2 la weh lelaki masuk rumah perempuan sesuka hati? Tumpang tidur? Tumpang solat yang aku x tahan..nak2 lagi Qyra ni tinggal sorang2..hmm pegang2 tangan masa bercinta lepas tu macam dihalalkan je dalam novel ni. Zariq ni ada masa memberi pandangan dari sudut agama tapi..hmm xtau la. Dari sudut penceritaan, aku rasa novel ini terlalu meleret sehingga ada masa aku skip2 je baca. Terus terang, sesengal mana pun selalunya aku akan baca tapi yang ni memang tarak boleh tahan punya. Okey masa untuk rate...bagi aku suka hati korang la nak beli ke tak nak novel ni. Beli takpe x beli pun xpe. Sekian..

p/s: aku ni cuma pembaca dan penulis amatur, jadi ikut suka la nak ambil pandangan aku ni ke tak okey?

No comments:

There was an error in this gadget