Monday, December 16, 2013

Ulasan Novel: I Love You Stupid & My Precious Iris - Melur Jelita



Dua novel yang aku tak boleh lepas dari membacanya berulang-ulang kali..cakaplah aku ni tertinggal tren ke apa sebab memang aku akui yang kedua-dua novel ni dah lama ada di pasaran tapi hanya sekarang aku berpeluang untuk membuat ulasan setelah berjaya membelinya bulan lepas. Sebelum ni aku cuma meminjam I Love You Stupid dari sahabatku. Novel yang pada mulanya aku tak rasa nak beli disebabkan tajuk dan sinopsis yang bagi aku naik menyampah tapi setelah membaca isi novel tersebut....pergh! Rugi kalau tak beli dan baca! So moral of the story; don't judge a book by it's title and synopsis 'cause the content is all the matter okay?

1) I Love You Stupid (ILUS)
Novel permulaan bagi seorang yang bernama Iris Nur. Seorang yang nakal, perasan seksi dan diva tahap petala. Mempunyai kumpulan divanya yang tersendiri yang terdiri daripada Violet, Lara dan Farina. Percaya yang semua lelaki akan jatuh dengan personanya sebagai seorang wanita. Namun dia silap apabial bertemu dengan Inspektor Ebrahim yang tak jatuh pada persona dirinya. Digelar 'Abang Pedas' kerana kekacakkan dan bergaya bila beruniform. Bahasanya pedas berapi membuatkan Iris semakin tertarik walaupun dalam kebencian. Aidan, teman lelaki Iris mengajaknya mengikut misi kemanusiaan di Kemboja. Ia merupakan satu titik tolak dalam hidup seorang yang bernama Iris. Bertemu dengan Firman yang membawanya melihat kesusahan dan penderitaan kaum Melayu Champa di Kemboja lantas mengubah Iris menjadi insan yang lebih baik dan bersyukur. Pada masa yang sama, Iris mempunyai satu misi rahsia yang sangat penting buat dirinya untuk menebus kekhilafannya dahulu.

Bagi aku novel ni memang terbaik! Terus terang cakap aku mula2 x yakin pun akan baca novel setebal ni dan aku ingatkan pertengahan jalan, aku akan mula bosan tapi...ILUS tidak menghampakan aku dan aku terus baca, baca dan baca sehinggakan adik2 aku sendiri pun cakap aku gila buku tu huhu..kenyataan..cara penulisan Melur Jelita bagi aku sesuai dengan jiwa aku dan banyak pengajaran serta ilmu dalam novel ni. Sebuah novel yang wajib dibeli (^-^)

2) My Precious Iris
Novel sambungan kepada kisah si Iris Nur. Memaparkan kisah selepas kahwin yang sangat penuh dengan dugaan dan cabaran tapi yang bahagian manisnya tetap ada. Perkahwinan diantara Iris dan Firman sememangnya penuh dengan restu dan mereka bahagia menghadapi hari2 mendatang. Namun ada yang dengki dan berdendam sehingga menyebabkan Iris berubah. Firman berusaha menyelamatkan perkahwinan mereka dan bersabar dengan kelakuan Iris.

Bahagian kedua ni bagi aku lebih kurang menarik seperti ILUS dan aku cakap x rugi beli. Ada la juga masa2 yang aku tersentap tapi rasa seronok membaca sehingga habis itu tetap ada. Sila beli novel ni okey?

Kedua-dua novel ini mendapat ranking tertinggi daslam hatiku (chewah) dan aku juga turut mencadangkan kawan kepada kakak aku untuk membelikan novel2 ini sebagai hadiah hari jadi isterinya. Benda yang baik mestilah dikongsi bukan?

Harus diingatkan yang ini hanya pendapat peribadi aku sahaja tentang novel2 ini. (^-^)

Sila lawat blog novel aku yang x seberapa Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais

2 comments:

Nur Shazwani Mohd Sulan said...

firis mmg gabungan terbaik! <3 abg pedas..hehe

Norlyana Nasrin said...

@Nur Shazwani Mohd Sulan
firis!! Waa terus berangan nak suami sebijik macam Firman huhu dok fikir..untungnya Iris~

There was an error in this gadget