Friday, January 31, 2014

Kisah Lalu..



Aku menunggu bas untuk ke sekolah di pondok menunggu bas di hadapan surau Kampung Melayu Batu 16. Seperti biasa, perasaan malas untuk ke sekolah memang sentiasa ada dan aku paling benci naik bas ke sekolah! Paling benci bila budak-budak yang tak faham-faham bahasa dok berebut-rebut naik bas sebab nak tempat duduk. Oh kalau dah dapat tempat duduk pun masih tak bersyukur lagi, nak pula tempat duduk yang tingkap dah terbuka khas untuk diorang..hmm sakit jiwa aku! Tapi...ada seseorang yang buat aku bersemangat sikit nak naik bas tiap-tiap hari hehheehehee~

Dia seorang pelajar pintar yang berjaya naik satu darjah selepas peperiksaan PTS. Aku? Aku tak pernah hairan pasal pelajaran ni dan aku memang tak suka ke sekolah kerana ada yang membezakan aku hanya kerana aku anak hybrid..okey berbalik kepada dia. Dia dihormati dan dia mempunyai gengnya tersendiri + orang memang tak berani kacau dia. Dia bagaikan seorang ketua di dalam 'clan'. Tapi tak pernah sekali pun aku melihat dia berbuat jahat kepada sesiapa. Keluarganya boleh dikatakan kuat agama dan itu membuatkan aku bertambah tertarik tetapi segan kepadanya. Tapi dia boleh dikatakan nakal juga sebab suka betul dia mengikut mengenakan aku bila ada gosip entah apa-apa yang melibatkan aku dengan seorang budak lelaki yang aku tak pernah bertegur sapa sepanjang hayatku..dari mana datang gosip itu pun aku tak tahu.

Tapi seperti kebiasaan, aku hanya melihat dari jauh dan rasanya aku tak pernah berbual pun dengan dia. Hanya memandang dan mendengar apa yang dia dan kawan-kawannya borakkan di tempat duduk paling belakang didalam bas. Aku tahu dia bercinta dengan seorang budak perempuan dari kelas pertama jadi aku hanya menyukai dan mengaguminya dari kejauhan.

Tamat sekolah rendah, dia masuk ke sekolah berasrama penuh dan aku hanya mendengar cerita tentang dia melalui sahabatku, Boboy yang turut bersahabat baik dengan dia. Apa yang aku tahu, dia baik-baik sahaja disana dan semestinya pelajarannya bagus kerana masuk ke sekolah yang berprestij.

Semalam ketika aku menemani ahli keluargaku membeli-belah di Tesco, aku terserempak dengan dia yang sedang menolak troli barangan. Dia keseorangan dan reaksi aku bila bertemu dengan dia hanya biasa-biasa tapi ketahuilah aku berasa gembira kerana dia dapat mengecamku dan tersenyum kepadaku. Mungkin juga kerana kami berkawan di Facebook jadi dia dapat mengingat muka aku + aku turut berkawan dengan kawan-kawannya yang lain. Haish mereka semua boleh dikatakan dikalangan geng-geng sengal aku zaman sekolah dan ketika duduk di Kampung Melayu Batu 16 dahulu. Waa excited jumpa dia punya pasal, aku tersenyum sepanjang menemani ahli keluargaku walaupun sesungguhnya aku sangat letih sebab baru balik dari kerja.

Oh ini yang mak dia post di Facebook milik dia ketika hari jadinya:

Buat Anakanda XX:

Selamat menyambut Hari Ulangtahun Mu ...
Maaf mak lambat postkan...
Maaf juga tak dapat buat post macam ADIK punyer..
sebab ADIK PEREMPUAN tiada di rumah tlg mak edit dan upload gambar...

26 tah yang lalu, pada tarikh 14 jan 
lahir seorang PEJUANG ku.. 
seindah nama mu...
ciri-ciri PEJUANG terserlah pada peribadi mu..

berdikari sejak awal kelahiran mu..
semuanya nak buat sendiri, tak mahu di bantu..
apa yang di ingini... akan berusaha tanpa jemu...
supaya dapat genggam apa yang di mahu...
selalu emak dan ayah tewas dalam pertarungan menghalang kehendak mu

XX juga ceria selalu..
mengambil hati org tua itu keistimewaan mu...
dengan rakan taulan senang membantu...

Mendoakan semua yang terbaik buatmu anak ku..
Biar akhlaq yg indah jadi pakaianmu
Biar wanita solehah lg cantik dan bijak jadi jodohmu
Biar rezki mu melimpah ruah utk agama dan kebaikkan
Biar sahabat2 mu org beriman dan pejuang Ad deenul Islam
Biar dirimu sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah
Biar dirimu kelak di tempatkan di al Jannah

XX...
teruskan berjuang..
dalam susah dan dalam senang..
berjuang utk Syurga Tertinggi di hari yang abadi..

Selamat Hari Lahir
Anakandaku ....
Hamba Allah Pejuang.


Yang huruf besar itu aku edit untuk merahsiakan identiti si Dia. Aku doakan dia berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. Terima kasih sebab masih ingat akan aku (^-^)

Wednesday, January 29, 2014

Muahahaha..



Gelak sedih sebenarnya..maka kini aku tinggal seorang diri lagi di pejabat walaupun masa bekerja belum berakhir..mereka dibenarkan pulang awal!!!!!!! Aku nak balik boleh je tapi....aku kena tunggu adik aku si Nadirah jemput aku. Budak tu pula habis kerja pukul 7pm malam ni...waaa nak tambah sadis lagi? Bebeudak tu seronok je perli-perli 'Eh tak balik ke?' waargh ada jugak yang kena gulai dengan aku kang!!! Macam tak tahu yag akak vogue diorang ni balik lambat setiap hari! huhuu..sadis..

Maka aku nekad nak cari bilik sewa dekat-dekat tempat aku kerja sekarang..parah juga kalau duduk jauh sebab nak fikir minyak petrol lagi...toll lagi..duit makan lagi...lagipun nanti bila dah start sem, aku dah mula sangat sibuk dan akan balik tak tentu masa + aku kena datang juga biarpun hujung minggu hahahahah heaven tu!!!

Hakikatnya aku suka kerja aku sekarang..haaa setelah beberapa kali asyik bertukar kerja akhirnya aku rasa aku dah jumpa satu tempat yang boleh buat aku rasa nak tetap disini..fuh ayat! InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan terus bekerja disini.

Maka aku telah menghantar SMS kepada dua tuan rumah..hmm seorang dah bagi respon lagi seorang tak lagi..huhu yang lagi seorang tu yang aku rasa okay rumahnya sebab dekat la juga dengan tempat kerja dan boleh jalan kaki je~ hehe

Aku ada buat cerpen baru!! Hello Incik Bos yang aku terfikir ketika dalam lab Microbiology hahaha..ambil masa tiga hari juga untuk disiapkan sebab akak agak busy sikit..hari pertama: idea datang menerjah-nerjah dan mula menaip, hari kedua: siapkan sedikit dengan menambah apa yang patut. Hari ketiga: editing tahap gabanz dan pos bila dah siap kerja untuk hari ini huhu~ hari ini akak tak busy sangat sebab just susun 640 universal bottles untuk diisikan dengan saline nanti..yang tu pun akak cleaner ada datang tolong hehehe thanks (^-^)

Okeylah aku rasa sampaisini sahaja update untuk kali ini. Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais okey (^-^)

p/s: untuk novel Isteriku Ratu Ais, akan aku update novel itu nanti okey? Tunggu~

Sunday, January 26, 2014

Hazama - Relakan Jiwa



Kusangka hidupku
Selamanya kelam
Terbelenggu ikatan tanpa manisnya cinta

Memaksa diriku
Menapaki jalan
Arah yang tak pernah ku mahu dalam hatiku

Kini kau pun hadir
Memberi cahaya
Membangunkan ku dari suramnya mimpi ngeri

Menuntun hatiku ke palung asmara
Seakan ku hidup kembali dari matiku

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku Relakan Jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menghidupkan aku
Yang mampu melarutkian setiap sepi hatiku

Hati bukan untuk dimiliki
Tapi untuk dicinta dan mencintai
Kurelakan jiwaku padamu

Engkaulah cinta
Yang selama ini aku cari

Ku relakan jiwa
Tuk menjadi penghuni dalam sangkar hatimu
Kerna engkaulah nadi yang menhidupkan aku
Yang mampu melarutkan setiap sepi hatiku

Seandainya waktu
Tak pernah pertemukan aku dengan dirimu
Akan kubiarkan mati hatiku selamanya
Sehingga kau datang membangunkan aku

Visit:

http://www.liriklagumuzika.com

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2012/12/lirik-lagu-relakan-jiwa-hazama.html#ixzz2rU6FBzzD



Saturday, January 25, 2014

Bro, I feel you...



Bromance..macam mana nak translate dalam Bahasa Melayu pun aku tak tahu. Istilah ini digunakan secara meluas di Barat menggambarkan betapa rapatnya persahabatan aka ukhuwah sesama kaum lelaki tapi bukan tahap gay ye! Kalau perempuan pula macam mana ek? Entah....Sismance kah? Ahahaha buruk benor bunyinya~ Kalau persahabatan antara lelaki dan perempuan pula macam mana? Bro-Sismance? Kyahaha~


Aku kira terlibat jugalah dengan bromance ni dengan sahabat aku dari sekolah menengah..tu la aku sebenarnya tak faham juga bila ada yang mengatakan yang lelaki dan perempuan tak boleh nak jadi kawan baik sebab nanti mesti ada perasaang-perasaang yang timbul...zaman perasaang-perasaang tak tentu hala aku rasa dah lama berlalu kot bagi kami sebab sahabat aku ni insyaAllah bulan April ini bakal naik pelamin dengan pasangan pilihan hati jejakanya ahai~ Hehehe...gediks je ayat aku ni kan?

So sahabat aku ni jenis memang akan kongsi masalah dengan aku bila dia betul-betul serabut..tak apa aku tak kisah dan ada hikahnya aku ambil Basic Counseling dulu hehehe~ dia kalau serabut memang tak boleh soroklah..nampak jelas di wajah ehey~

Apa yang kawan aku kongsikan adalah tekanan pihak lelaki bila nak-nak majlis kahwin..huhu aku ingatkan perempuan je yang macam ada tekanan bila nak kahwin ghope-ghopenya lelaki pun ada gak..okey maka aku dengar dengan khusyuk + tawadduknya...

Diriwayatkan di malam ketika mamaku sibuk melayan drama dan sahabatku bercerita sambil baiki laptop aku dan adik aku (kerja dia memang baiki laptop kitorang jela kalau setiap kali berkunjung huhuhu..)...alkisahnya kawanku pening memikirkan tentang persediaan nak kahwin dan dia menasihati aku supaya nanti bila nak kahwin jangan dok terlalu bertanya dengan pihak lelaki bila nak settle segala duit yang perlu..bagilah ruang untuk pihak lelaki untuk bernafas sama...itu je pun..saje je buat gempak..cuma secara keseluruhannya kita perlu relevant dan fikirkan juga tentang situasi pihak yang lagi satu sebelum nak meminta apa-apa..alhamdulillah sahabatku dikurniakan seorang yang memahami dan turut boleh membantu..kalau tak mahu gantung diri (ini dia yang cakap..tanjat gegerl!! ahahaha ayat sapa la).

Kekadang perempuan ni tak minta lebih tapi keluarga yang nak macam-macam..haa yang ni pun haru juga..nak pelamin, kenduri dan hiasan yang grand-grand padahal tak check pun poket bakal menantu..kalau depa dok sponsor semua biaq pi la kan? tapi ikutkan Islam ni agama yang memudahkan jadi kenapa yang serabutkan kepala? Buat aja seringkas yang boleh dan kalau nak lebih berkat, duit yang nak buat kenduri grand tu sedekahkan kepada yang memerlukan..bukankah lebih baik dan insyaAllah perkahwinan itu akan lebih diberkati..

Dengar je aku dah siap warning mama aku, kenduri aku nanti biar aku seorang je yang nak pening kepala..tak payah nak grand sangat..buat ikut kemampuan dan hantaran pun biar aku yang tetapkan ahahaha tengok aku sudah keluarkan titah..macamlah mama aku heran~kahwin bila pun tak tahu ahaha...

Okeylah dari bromance dok melalut p tang kahwin..hehe tahan jela kepada siapa yang dok baca sampai habis~tahniah!!!

Okey lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais (^-^)v

Monday, January 20, 2014

Trifle dan Melawat Itiaq~

sumber: Buku Resepi  
Hari Sabtu malam, aku buat trifle saja-saja je dan niat nak bagi adik aku si Wani yang dalam PLKN tu makan. Birthday dia hari ni (20th January) jadi semalam kami sekeluarga + kawan baik dia pergi la melawat dia kat kem PLKN Benum Hill Resort Raub.

Okey back to trifle, terus terang aku tak makan pun lagi trifle tu dan daripada reaksi adik beradik aku dapat aku rasakan yang trifle yang aku buat tu tak sedap tapi bila ayah aku dan achik aku makan macam sedap la pula..kecik hati aku tahu bila tengok reaksi adik beradik yang tak reti-reti nak hargai apa yang aku buat..ah sudah aku masuk gear EMO tetiba tu kenapa?! Hmm balik kerja ni la aku kerjakan trifle aku tu...

Semalam ayah aku ambil jalan dalam atau dalam bahasa mudahnya tak ikut lebuhraya. Kami ikut jalan Fraser's Hill yang berliku-liku..fuh memang mencabar! Aku tak boleh nak tidur pun sebab asyik ke kiri ke kanan dan ulang berjuta-juta kali hehehee hiperbola!! Jimat kos ma~ dan memang jalan tu sangat cantik dan sejuk..kami tak pakai penyaman udara pun (baca air-conditioner) buka tingkap dan rasai udara sejuk semulajadi yang boleh buat orang gigil-gigil kalau datang pepagi buta~



Sepanjang jalan tu banyak juga la motor-motor besar yang berkonvoi naik-turun Fraser's Hill..tak cukup tu, ada juga mat-mat salleh yang naik basikal turun dari situ..heheheh tak sempat ngorat dah laju kawan tu turun + ayah aku pula tengah syok drift maka...hehehe oopppppsss apa dah jadi dengan OMM (Ops Menjaga Mata) kau tu Norlyana Nasrin?!!! Hehehe but still depa tak leh lawan kehenseman Jason Godfrey (haa..lari-lari~)

Ambil masa dalam dua jam jugalah perjalanan nak ke Benum Hill Resort tu..oh ye sepanjang perjalanan aku lebih suka senyap dan menikmati kenidahan alam (ececeh~ padahal tak ada mood) tapi ada satu benda yang aku nampak kat pekan Raub yang buat aku tergelak kuat sorang-sorang dalam kereta yang senyap..hahaha..lawak ni maybe hanya difaham oleh orang yang dah biasa dengan loghat Pahang..okey aku nampak signboard kedai yang paling sempoi dan kedai tu nama dia 'Kedai Kome' hahaha punyalah aku tergelak..hehe yang tak faham tu tak apa..silalah google ke apa sendiri..kalau rasa tak lawak sila abaikan aku~hehe~

Sampai je aku terus bawa Wan aku ke surau untuk solat Zohor. Lepas solat, kami sekeluarga berkelah di tepi tasik. Tikar dibentang dan disebabkan ramai maka ada la yang kena duduk atas surat khabar tapi tak apa..punyalah pulun mama aku masak lauk semalam sebab nak bagi budak kurus tu makan..hehehe dok kata makanan kat sana tak sedap~ada juga dengar budak lain yang mengadu kat mak dia yang nasi diberi banyak tapi lauknya kurang (budak yang mengadu tu budak lelaki..ahahaha) punyalah nak tergelak kitorang yang duduk dekat jugaklah dengan family budak tu..hehe..

Semalam juga mama aku belikan kek untuk si budak kurus aka Norsyazwani binti Zulkifli..aku tersilap info yang budak ni sebenarnya suka cheese dari coklat jadi aku tersuruh mama aku beli kek chocolate moose hehe sorry la Itiaq..balik je untuk Chinese New Year aku belikan kau New York Cheesecake okay? Habis je makan apa semua..kami borak-borak dulu..waktu lawatan ni sampai pukul 5pm je..maka solat Asar dulu sebelum balik~




Waktu balik sayu je aku tengok budak kurus tu..huhu oh kami naik dua buah kereta sebab 9 orang yang pergi semalam...okay sambung sedih..aku pun ucapkan selamat tinggal kat budak tu siap janji nak belikan baju huhu dah nama pun birthday dia + aku buat silap dengan kek dia kan...



Balik pun ikut laluan Fraser's Hill dan aku try nak tidur tapi tak boleh~huhuhu sakit kepala den..adalah berhenti sekejap kat tandas awam dan surau kat situ huhu ni gambar-gambar~



dibawah itu gaung yang tak terkira dalamnya..berapa dalam? Entah cer korang terjun sekali pastu beritahu aku okey? tu pun kalau boleh naik balik la~
Cuaca kat sini memang sejuk tahap gabanz~ best woo kalau nak tadabbur alam kat sini  (^-^)

okey ni je update. Sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais~

p/s: aku dah makan dah trifle aku tu dan aku rasa sedap je~mungkin aku patut buat dalam saiz yang kecil lagi comel supaya senang nak makan huhu~

Saturday, January 18, 2014

Rajin Online?



Sekarang ni aku rasa aku makin rajin online..ye ke?

Yela kot..kat tempat kerja kalau takde apa-apa aku online...balik rumah kalau dah siap solat ke kalau rasa tak apa nak buat aku capai handphone ayah aku dan online..tak pun buka laptop kakak dan terus online. Apakah syndrome ini? Am I addicted to internet? Astaghfirullahalazim...

Entah kenapa macam banyak benda je nak buat bila online..err apakah? Buka je FB dok stalk status-status Inche Gabbana (Angel Pakai Gucci), Bercinta Selepas Nikah, I Luv Islam dan banyak lagi..ehey ni nak menunjuk ke apa? Okey selain daripada page Islamic, aku ada juga like page EXO, Jason Godfrey, Buku Resepi, Dragon Ball....hehe aku suka banyak benda ma...

Lagipun sekarang ni aku tak ada novel baru yang nak dibaca..alasan!!!! Banyak lagi benda yang kau boleh buat Norlyana Nasrin binti Zulkifli! Buka terjemahan Al-Quran ke? Tolong kemas rumah ke? Memasak ke? Hehehe yang memasak tu boleh kata rajin la juga hehee~

Baiklah jadi..aku nak lancarkan sehari tanpa internet pada keesokan hari (19/1/2014) kebetulan aku nak pergi melawat adik aku kat kem PLKN Benum Hill Resort esok (^-^)v

Kalau ada yang nak join cabaran ini silakan~ jangan malu-malu~

Okey sila lawat blog novel aku Kisah Kita dan Isteriku Ratu Ais. Peace out!!

p/s: Cerpen yang aku tulis Si Cacat itu Suami Aku mencatatkan jumlah bacaan tinggi..hehehe alhamdulillah..oh silalah baca cerpen My Miss Always Right pula ye hehehe~

Friday, January 17, 2014

Imagine Dragon - Demons



Lagu yang menggamit perhatian aku ketika aku belajar memandu tahun lepas..hehehe macam dah lama je..mula-mula aku ingat ni lagu One Republic sekali google..huhu kumpulan Imagine Dragon ghopenya..tajuk lagu pula Demons..ehey..was-was jugalah tapi aku just layan melody ala-ala One Republic dia je..huhu 

Demons


When the days are cold
And the cards all fold
And the saints we see
Are all made of gold

When your dreams all fail
And the ones we hail
Are the worst of all
And the blood’s run stale

I wanna hide the truth
I wanna shelter you
But with the beast inside
There’s nowhere we can hide

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come
This is my kingdom come

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide
Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide

At the curtain’s call
It's the last of all
When the lights fade out
All the sinners crawl

So they dug your grave
And the masquerade
Will come calling out
At the mess you've made

Don't wanna let you down
But I am hell bound
Though this is all for you
Don't wanna hide the truth

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come
This is my kingdom come

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide
Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide

They say it's what you make
I say it's up to fate
It's woven in my soul
I need to let you go

Your eyes, they shine so bright
I wanna save that light
I can't escape this now
Unless you show me how

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide
Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide
It’s where my demons hide

source: AZ Lyric 

Ini versi Final Fantasy 7 yang sangat cool!!!

Ilham Si Sengal



Ilham. Datang dari Allah dan masuk ke dalam kepala otak sengal penulis amatur yang bernama Norlyana Nasrin binti Zulkifli. Rasa macam mengarut tapi kalau tak dizahirkan hati tak tenang. Kacau je rasa dijiwa kalau ada idea tapi dok perap dalam kepala otak.

Tadi waktu aku baca technical manual untuk lab Microbiology. Satu cerita masuk dalam kepala otak aku slow-slow~ aku dok melayan jela..dalam masa yang sama cuba mencernakan maklumat dari technical manual aku tu. Lama-lama aku dok melayan dan senyum sendiri..nasib baik tak ada siapa perasan kalau tak penat aku nak explain kat mereka yang mungkin kurang memahami jiwa seorang yang sengal seperti aku ini~chewah!

Cerpen My Miss Always Right siap dikarang tadi dan aku masukkan dalam blog novel Isteriku Ratu Ais. Aku gunakan gaya penulisan sesuka hati aku maka kalau rasa nak marah pun aku tak kisah ahahaha...maaf aku memang sengal dari azali..

Aku rasa untuk cerpen ini yang aku karang dalam keadaan paling relaks dan selamba badak sumbu. Hahaha..aku rasa memang release tension bila aku dah zahirkan apa yang ada dalam kepala otak aku dalam bentuk blog. InsyaAllah satu hari nanti aku nak zahirkan dalam buku pula. Mungkin aku patut karang cerita kanak-kanak? Oh tidak! Tercemar kepala otak suci kanak-kanak dengan penulisan aku pula nanti..jangan buat pasal naa..

Okey apa-apa pun sila lawat blog novel aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais (^-^)v

Thursday, January 16, 2014

Saya tahu awak sedih



Adik..

Akak tahu kau sedang bersedih. Disaat kau baru hendak bergembira, kau diuji dengan kehilangan. Kau cuba sembunyikan kesedihan dengan senyuman. Bagaikan redha dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah jika kau redha kerana ini semua ujian Allah. InsyaAllah ada hikmahnya.

Adik..

Tak mengapa jika kau menangis. Akak faham sukar hendak menerima kenyataan pada mula kehilangan tapi ingatlah pelangi akan muncul setelah hujan ribut bagai nak rak.

Adik..

Sukar nak mengucapkan takziah dihadapan kau. Akak takut akak akan menangis lantas menggugat ketabahan kau. Maafkan akak ye dik?

Adik..

Akak doakan kau sabar dan tabah menghadapi ujian Allah ini. Anything, you can count on me okay?

Tuesday, January 14, 2014

Cuti-cuti Maulidur Rasul



Dihabiskan di rumah sahaja. Tak ada rancangan pun sebab satu hari sahajakan? Dari semalam lagi dah dapat semangat sambutan Maulidur Rasul bila buka FB dan ye dari diri sendiri pun apabila membaca kisah-kisah hidup junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Kisah hidup dan segala apa yang pernah dilakukan oleh baginda sepanjang hidupnya boleh dijadikan panduan untuk kita hidup didunia yang kita semua tahu hanya sementara. Tipu jika kita langsung tak tersentuh apabila mendengar atau membaca kisah hidup junjungan kita itu. Tapi kalau dah hati keras dan gelap tu lain cerita la..bawak-bawaklah beristighfar..

Mari aku kongsikan biodata kekasih Allah ini:

  • Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan  20 April 571 Masehi (dikenali sebagai   Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
  • Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
  • Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
  • Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
  • Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa   Rasulullah SAW).
  • Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
  • Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali Halimah As-Saadiah.  Suaminya bernama Abu Kabsyah).
sumber: islam2u.net

Dia lelaki yang sangat istimewa dan ada di hati setiap umat Islam yang menyanjungi beliau. Di akhirat kelak, syafaat dia juga yang kita kejarkan..aku merinduimu Ya Rasulullah..

Monday, January 13, 2014

Weirdo Does Attracts Me

Pernah tak ada orang panggil korang weirdo? Atau dalam bahasa Melayunya 'si pelik'?

Seronok ke jadi si pelik ni?

Kalau aku, aku rasa seronok..hehehe sebab aku ni pun boleh dikategorikan sebagai Weirdo~

Kawan aku yang paling sengal + pelik ialah Azra aka Azrain..budak sengal yang sanggup habiskan duit beli game online sampai kena sepak dengan aku..geram punya pasal....takpe hubungan kami memang macam ni..takat sepak menyepak..sindir menyindir..sakat menyakat itu adalah biasa..takdenya nak touching dengan makcik ni..

Okey baru-baru ni aku tejumpa dengan lagi 1 Weirdo yang sangat attractive ahahah~

Inilah Weirdo itu

Cole Malouin
Nama budak ni Cole Malouin. Lahir sama tarikh dengan adik bongsu aku Alisa iaitu pada 27th July 2000. Haha dah jadi pedo sungguh aku ni kalau suka kat budak sama umur dengan adik bongsu aku~ Okey kenapa aku cakap budak ni weirdo..dia ni masuk rancang Rachel VS Guy Kids Cook Off..pergh memang terer-terer budak-budak yang masuk rancangan tu memasak..kalah aku..hehedan dia ni mempunyai personaliti yang pelik dan suka buat experiment pada makanan. Cara berfikir Cole ni juga pelik dari yang lain..nak tahu lebih sila tengok sendiri ye rancangan tu kat Food Network (^-^)

Oh dia ni juga ada page FB sendiri: Cole Malouin 

Sunday, January 12, 2014

Tiada nama



'Bila saya dengan awak, hilang semua kedukaan di hati saya'  terpana aku membaca ayat yang dikarang si dia. Surat yang sudah habis dibaca dilipat dan diselitkan semula didalam kad Hari Kekasih.

Perasaan gembira dan serba-salah bercampur-baur.

'Apakah perasaanku?' soalan yang mula bermain dikotak fikiranku. Menganggu-gugat ketenanganku di malam itu. Keluhan berat dilepaskan. Aku yang baru sahaja pulang dari tempat kerja bingkas bangun dan menyimpan kad dan surat itu ke dalam kotak rahsia. Biar ianya kekal sebagai rahsia aku dan dia.

Dia, dari pandangan kasar mungkin tidak memenuhi piawaian lelaki macho. Tiada tubuh yang sasa dan berketul-ketul seperti Vin Diesel yang aku minati. Tingginya biasa dan boleh dikatakan tinggi juga jika dibandingkan dengan lelaki biasa. Kulit sawo matang dan akan berubah gelap sedikit jika banyak menyertai aktiviti sukan. Bicaranya lembut dan senyumannya sentiasa tidak lekang dibibir.Sebut sahaja namanya, pasti ramai yang mengenali.

Aku, seorang yang sukar ditafsirkan. Lahir di dalam keluarga yang bercelaru dari segala segi. Membuatkan aku merasa rendah diri dalamannya tapi tampil ceria di hadapan manusia-manusia yang lain. Argh..hati aku biar aku sahaja yang tahu. Bertudung hanya sebagai uniform sekolah dan hatiku masih mencari-cari tujuan hidup dan apa erti Islam pada diriku.

Aku dan dia, masing-masing mempunyai kisah sedih. Dia, bijak menyembunyikannya dengan senyuman dan kisahnya hanya ku dengar setelah bertahun mengenalinya. Bijak sungguh kau mengawal emosi! Aku, kisahku membuatkan aku sakit. Sakit dalaman yang tak tertanggung. Mencari jalan keluar yang kadangkala membuahkan dosa.

Aku dan dia, di mata orang lain merupakan pasangan ideal. Kelihatan dia sangat rapat denganku dan kami bagaikan sukar untuk berenggang. Hakikatnya bukan begitu, kami saling menyokong dalam diam. Mengubati jiwa masing-masing dalam kebisuan. Hakikatnya tiada nama untuk hubungan kami.

Saturday, January 11, 2014

Hye awk..nk ngorat boleh?



'Hye awk..nk ngorat boleh?' berubah terus wajahku tatkala menerima SMS dari nombor yang tak aku kenali. Dah menjadi tabiat aku untuk terus tidak mempedulikan mesej sebegini. Kebetulan sahabatku datang ke rumahku untuk membaiki laptop milik adik lantas kutunjukkan mesej itu kepadanya.

"Kau kenal nombor ni?" Skrin telefon kuhalakan ke wajahnya.

"Hmm macam tak.." jawabnya dengan wajah pelik. Dahinya berkerut-kerut melihat nombor dan membaca SMS yang aku terima.

"Biarkan jela." Telefon terus ku campak ke tepi. Dari segi lenggok bahasa SMS, aku jangkakan yang penghantar itu adalah perempuan jadi aku buat tak tahu sahajalah.

Sahabatku menceritakan tentang pengalamannya dahulu. Dia juga pernah dikacau sebegitu dan dia membalas dengan bertanya siapa si penghantar. Boleh pula si penghantar membalas dengan cara main-main. Sahabatku yang sudah naik darah terus sahaja menelefon si penghantar SMS. Suaranya yang garau dan kasar menakutkan si penghantar dan si penghantar menamatkan panggilan kerana takut.

"Baik kau cakap kau siapa? Aku ada kawan yang kerja kat Celcom dan dia boleh trace nombor kau!" kasar memang sahabatku bercakap kasar kerana si penghantar SMS telah menganggunya ketika dai sedang sibuk bekerja.

"Yelah. Saya cuma nak berkawan je.." jawab si penghantar SMS yang merupakan budak lelaki yang agaknya baru belasan tahun.

"Kiranya dia kacau salah oranglah. Aku dahlah tengah sibuk kerja masa tu." Aku terus ketawa mendengarkan cerita si sahabat dan penghantar SMS yang malang hahaha....

Selepas itu kami meneruskan semula aktiviti membaiki laptop (ni dia je), menonton movie dan borak-borak. Disebabkan masalah laptop dan internet dirumah aku maka sahabat aku ni terpaksa berlama-lama di rumahku. Yelah, kasihan juga sebab dia pun penat bekerja siang tadi. Malam pula terpaksa ke rumahku untuk membaiki laptop. Dalam kepalaku, lagu Bruno Mars, Count on Me berkumandang dengan penuh ceria hahaha~


Sedang aku bergelak ketawa berborak dengan sahabat aku, mesej yang sama sampai ke telefonku. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih.

"Weh dia hantar lagi la mesej. Tak putus asa betul.." rungutku. Sahabatku terus sahaja mencapai telefonku lantas menelefon si penghantar SMS.

"Ha hello! Siapa ni?" Aku memandang wajah sahabatku dengan wajah tak percaya. Tak sangka dia terus menelefon si penghantar SMS.

"Ye..ni nombor Norlyana Nasrin. Siapa ni?" soalnya lagi. Aku hanya memandang wajah sahabatku dengan penuh tanda tanya. Si penghantar SMS kenal nama aku maka mesti dia kenal aku.

"Oh ye, okey. Nah ni kawan kau ni, dia kenal aku jugak." Lantas telefon dihulurkan semula kepadaku.

"Senget! Terkejut aku......." suara yang amat aku kenali menyapa telinga membuatkanku tersenyum. Cis, rupanya kau Ain!

"Haha padan muka kau! Kau macam tak kenal aku kan? Aku mana layan mesej macam tu..ni sebab kau hantar sampai dua kali tu yang aku dok pelik. Gila tak berputus asa." Suara ketawa Ain dalam talian kedengaran. Aku hanya tersenyum memandang sahabatku yang sudah tergelak.

Aku menamatkan panggilan dan meneruskan perbualan melalui SMS dengan Ain. Sengal punya Ain, kononnya nak kacau aku tapi akhirnya dia yang terkena sebab terkejut dengan suara yang menelefonnya hahaha..

Dahulu selalu juga aku menerima SMS sebegini dan ketika zaman jahilliah, memang aku akan balas dan bertanya sebab ingin tahu siapa yang rajin sangat menghantar SMS. Setelah beberapa pengalaman dan makin dewasa, aku berhenti membalas dan menganggap perbuatan sebegini hanya membazir masa dan duit aku sahaja. Lagipun, aku memang malas nak melayan orang yang SMS tanpa sebab macam ni.

Okey nasihat aku pada adik-adik ke sesiapa yang ada dapat SMS ke email ke apa yang berkaitan, sila abaikan sahaja dan jika si penghantar galak mengacau, dapatkan abang ke, ayah ke dan jika anda seorang lelaki, terus telefon dan bercakap terus dengan si penghantar supaya tidak menganggu anda lagi. Lainlah kalau anda memang kaki melayan...

Friday, January 10, 2014

3 - 2 = 1



Apa benda ni Norlyana Nasrin..

Okeylah macam ni, aku terbuka link lama blog aku..hahah kantoi baca blog sendiri..haa kenapa? Tak boleh ke?!!!! hehe..

Entri yang dibuat ketika zaman masih hijau..pergh konon..padahal baru beberapa tahun kan? Rujuk sini

Mahu tergelak guling-guling baca entri sengal aku. Tapi terus terang, hobi berangan dalam shopping mall tu masih ada..tapi terjadi bila bersama dengan kawan yang sama-sama sengal jela hehehe..budak-budak sengal memang begini. Kecintaan aku terhadap kanak-kanak memang tak berubah..alahai nampak je baby dan budak kecik aku dah start nak fangirling (mode gedik macam hapa entah!) sampai budak tu naik pelik dan mesti parent budak tu bangga kecik-kecik dah ada peminat ahaha..

Hari Ahad hari tu (5/1/2013 tak silap aku), tengah aku dengan adik aku makan kat foodcourt Tesco ada seorang budak lelaki. Aku agak umur dia dalam 3 - 4 tahun. Dia lalu kat sebelah meja tempat kitorang makan dengan parents dia..boleh pula dia datang dekat dan senyum kat kitorang...warghhhh gila comel!! Adik aku yang perasan dok cakap budak tu senyum kat dia seorang je...ini tak aci!! Maka aku pun dok usha budak tu sampai la hilang dari pandangan..ayah budak tu pun senyum jela dengan perangai tak senonoh dua anak dara yang dok sibuk usha anak dia ahaaha~ comel ya ampun!!!

Kalau tanya aku bila nak kahwin? Aku akan jawab hari ni pun boleh...ahaha terkejut ke? Tapi..haa ada tapinya..aku mencari lelaki yang boleh mentarbiyahkan aku dan membantu aku dalam mentarbiyahkan keluarga aku sendiri..hantaran? majlis? aku tak pernah kisah pasal tu semua sebab bagi aku buat jela ikut kemampuan..hidup didunia ni sementara sahaja kalau nak dibandingkan dengan kehidupan kita di akhirat kelak.

And the worldly life is not but amusement and diversion; but the home of the Hereafter is best for those who fear Allah , so will you not reason? (6:32)

Nampak macam terdesak ye? Tak la..nak lagi jujur? Kalau ada tu adalah, kalau tak ada aku redha. Yelah sebab ada juga yang berjodoh dengan kematian kan? Maka relax, cool dan tambah amalan selagi hidup supaya tak menyesal di akhirat kelak..huhu aku ni banyak khilafnya..dosa lagi banyak dari pahala rasanya..kat padang Mashyar nanti mesti orang pun terkejut tengok perbuatan jahat aku atas dunia ni..bertaubatlah Norlyana Nasrin binti Zulkifli sebelum kamu dikapankan..doakan aku y sahabat sekalian?


p/s: lupa pula nak terangkan pasal tajuk 3 -2 = 1 tu...dua orang kawan dalam gambar tu dah kahwin maka tinggallah aku sorang yang single mingle ahahah~

Thursday, January 9, 2014

Hari Mengamuk Sedunia..



Pagi-pagi lagi aku dah mengamuk..warghh baru berazam nak jadi penyabar..hish macam mana ni? Dulu orang panggil aku Sabariah sebab boleh bersabar dalam apa-apa situasi. Siap kena puji kot EQ tinggi (kononlah kan) tapi sekarang....pergh dimanakah cik Sabariah menyorok? Cik Mariah ni je dok dekat..hehehe mengarut dah...
\

Punca-punca:
1. Aku dah lambat
2. Aku dah janji dengan orang
3. Adik aku tak mahu bangun dari tidurnya
4. Adik aku berkeras tak mahu bangun walaupun aku dah minta tolong hantarkan berulang-ulang kali sampai nak keluar air mata.

Last-last disebabkan suara aku dah naik dua oktaf, ayah aku yang tolong hantarkan aku. Hahahaha marah aku tu toksah ceritalah. Memang syaitan menari-nari keriangan pagi tadi rasanya...tapi still kat pintu sebelum sarung kasut baca doa..bismillahi tawakaltu alallah, la hawla wala quwwata illah billah..sejukkan sikit hati sebelum melangkah keluar dan minta pelindungan dari Allah..

Sampai je rumah kawan tu, aku bagi salam tapi dia tak perasan rasanya maka aku main-main dengan kucing kat depan rumah dia...tenangkan sikit diri dengan kekiutan kucing-kucing~tapi..dari luar aku dengar dia tengah marah-marah..haa betullah hari ni hari mengamuk sedunia..bila dia keluar je aku buat muka selamba dan tak adanya nak tanya kenapa sebab bagi aku kalau nak tanya pun sila tunggu orang tu cool down dulu. Dalam keadaan marah mahunya keluar perkataan-perkataan yang tak sedap didengar...nak-nak aku pun tengah tak ada mood.

Hari ni jammed teruk kat highway PLUS Rawang..ada kemalangan yang melibatkan 5 buah kereta dan 2 lori..pergh dalam keadaan jammed gitu bertambah angin la member tapi still under control..aku kat belakang senyap dan beri komen bila perlu huhu~dalam-dalam tu layan dengar Hot Fm sambil gelak-gelak sopan dan nyanyi lagu G-Dragon an lepas tu Selena Gomez hahaha..memang dah betul-betul cool la kiranya..

Sampai tempat kerja..member tension sebab parking macam dah full tapi alhamdulillah guard tunjuk parking bawah pokok dan tempat berbukit sikit..tak apa janji ada parking kan? Masuk je office, tengok si Syafiq dah sampai..Khoo tak payah cerita la sebab mamat tu hari-hari awal huhu bagus-bagus...breakfast depan PC dan check email macam biasa..lepas tu bila dah nak pukul 9.30am aku call before turun ke lab..bukan apa ye..aku tak dapat lagi kunci dari supervisor maka call tanya ada orang kat lab atau tidak lebih afdal dari turun berkali-kali tapi lab berkunci..huhu sedih tak dapat kunci lagi...

Siap kerja kat lab, SV aku cakap dah tak ada apa-apa dan aku nak habiskan sesi mentelaah aku maka aku naik balik kat office. Sesi mentelaah agak mencabar sebab godaan dari website lain..haha aku ni senang terganggu~

Petang ni balik dengan Nadirah dan yang pasti aku tak sabar nak balik hari ni sebab novel baru aku dah sampai muahhahaa~

Okey sampai sini je aku mengarut..okey macam biasa sila lawat blog novel sengal aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Wednesday, January 8, 2014

Boom Entertainment

Kim Junho 
There is a skit in Gag Concert which my family and I will anticipate for it every week. The skit is 'Boom Entertainment'. Start with Part 1, where an entertainer name Kim Min Kyung, in this segment she's a glutton and always involves in bad rumours. Part 2 is for Shin Bora, a singer who always use figurative words to express her feeling and almost never get to sing every week. Part 3, Park Jimin, an actress whom loves to act oblivious part but avoid to act some part as she's afraid of become fat. Lastly, my favourite part involving Kim Junho, a veteran artist but still dreams big. She/He always come out with his doll cat named Jjjanya (Sleep) and singing some weird song but yet addictive hehehe..he always bugging the president and ask for ridiculous things. Maybe I can't describe this skit well but I hope you guys will try to watch it and have a good laugh (^-^)

I don't know why my family always relate me with Kim Junho character in this skit. They said I looked like this guy...WHAT!!!!!!!! What's wrong with their eyesight? 10000000000% NO!!! Maybe in term of dressing sloppily? Hahaha I don't know...I wear anything as long as it covers my aurah and look good in my eyes..yeah who cares about their opinion right? Not a hipster though....

Okay hope you guys enjoy this show~



Tuesday, January 7, 2014

Balik lambat~

Choo Sarang 

Di kala ini, tinggallah daku sendiri menanti kehadiran Puteri Nadirah untuk mengambilku pulang dari tempat kerja~ huhu....

Punyalah si Syafiq dengan Khoo dok bye-bye kat aku tadi. Yelah selalunya akak diorang ni la yang selalu nak balik awal...hahaha seronok depa gelak ke koh!

Nadirah sekarang kerja kat PJ maka aku balik dengan dia. Hmm sebenarnya ni sementara nak tunggu kereta aku so next time aku yang akan drop dia kat PJ dan terus ke Sunway. Hopefully I can get my car within this week. I need to practise my driving skill tho...yela CRV ayah gedabak bebenor, Myvi kakak plak..hmm susahlah...dia tu kang kalau aku silap sikit kang mahunya bergaduh pula..huhuhu biasalah adik beradik sengal...

So sementara menunggu adik aku ni, aku layan la variety show The Return of Superman...hehehe suka bebenor aku tengok anak Choo Sung Hoon, si Sarang tu..comelnya ya ampun!!! Pandai pula tu!! Membangkitkan semangat untuk berkahwin dan dapatkan anak cepat-cepat..ahaha macam senang je kan?

Aku ada gak buat sikit clean-up kat blog aku ni. Di mana kalau aku rasa ada entri yang tak boleh blah maka aku terus delete..hehehe bila baca balik, malu dan rasa nak hantukkan kepala ke dinding pun ada gak haha~

Okeylah, aku nak buat air sambil layan show tu heehe bye-bye~

Oh layanlah blog novel sengal tak seberapa aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais


Monday, January 6, 2014

Bye bye Itiaq

Adikku, Wani aka Itiaq dan kawannya Myra.  

Hari ni adik aku yang ke-4 pergi berjuang..ayat mintak penumbuk sungguh...hahaha okay2 budak tu kena g PLKN..elok pula dapat kat Raub..boleh kata dekat la juga..ingatkan dapat kat Sarawak hehehe..mau menangis kot~

Dalam ramai2 adik beradik ni, dia seorang je yang kena. Yela dari generasi kakak, aku dan Nadirah (nombor 3) mana pernah kena PLKN dan2 tima dia kena la pulak. Apa yang buat aku tergelak, dalam ramai2 kawan2 dia pun, dia seorang je yang kena...hehehe lawak sungguh. Dan kawan2 dia buat jamuan perpisahan memerangkap sambutan awal hari jadi budak tu semalam. Pergh...diorang buat segempak yang boleh untuk adik aku ni..mengalahkan dari aku yang beli kek dari King's je..tu pun yang 3 slices rm6..hukhuk...aku tak tahu la pula nasib adik bongsu aku yang sekarang 14tahun kot masa dia nanti semua wajib pergi ke...

Malam semalam, macam biasa, sebagai seorang yang sering mengemas baju untuk berjalan ke sana sini, aku kemaslah baju dan barang2 keperluan budak tu. Kalau tunggu dia mahu sampai pagi x siap. Bukan apa, diorang ni semua macam clueless bila tiba bab mengemas/packing. Al-maklumlah aku seorang je yang belajar jauh dari keluarga dan tinggal hostel~

Adik aku tu kurus maka aku pun naik risau macam mana dia nak angkat barang2 dia. Nasib baik la pihak sana dah bagi tahu awal2 yang cuma boleh bawa 1 beg sandang dan 1 beg pakaian kalau tak macam2 benda budak tu nak angkat huhu...

Pagi tadi kawan2 dia buat juga drama Hindustan..ada yang sanggup ponteng kelas semata-mata nak hantar budak tu naik bas kat stadium Selayang..hahah macam2 budak2 sekarang ni...takpe terharulah juga adik aku tu dengan kengkawan sengal dia tu..huhu...sekarang ni aku rasa budak tu dah sampai sebab aku hantar mesej pun x berbalas..yela mana boleh pakai hp kat sana...hmm harap2 adik aku belajar sesuatu yang baru kat sana dan semoga dia menjadi manusia yang bertambah baik...huhu nampak x yang aku ni risau sebenarnya? huhu~

ayah, itiaq & mama..nampak x ketinggian tu waris dari mana? hehehe...

Okey sila lawat blog novel sengal x seberapa aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Thursday, January 2, 2014

Berangan



Bukan buah berangan..pfft teringat tragedi buah berangan tahun 2012 hahaha~

Okey tipulah jika ada yang berkata tidak pernah pasang angan-angan. Don't lie Jose!

Paling-paling waktu kecil dulu kita dah pasang macam-macam angan-angan yang kadangkala buat mak kita nak baling periuk kat kita. Ada je nak jadi bini altromen? Ngehehe~ oh ye dan anggap Power Rangers tu adik beradik kita ahaha~

Aku kuat berangan dari kecil sampai la sekarang. Ini kenyataan bukan penipuan kihkihkih...segala imaginasi aku ni aku pakai untuk bermain ketika masih kecil, mengarang karangan sengal ketika ujian, peperiksaan mahupun sekadar kerja sekolah Bahasa Melayu atau English. Imaginasi aku yang kadangkala tak difahami oleh orang lain tapi ada aku kisah? Aku boleh buat lawak bangang masa menulis surat rasmi untuk ujian Bahasa Melayu yang aku ingat sampai sekarang sebab ramai tayang muka blur + tak leh blah dengan karangan aku sebab markah yang aku dapat boleh kata tinggi juga la..ahaha nasib baik cikgu aku suka kalau tak mahu naya.

Bila dah masuk alam dewasa (chewah!) aku mula pasang angan-angan yang lain. Aku nak kehidupan yang mana aku boleh selesakan semua orang disekeliling aku dan menyumbang sesuatu untuk ummah. Angan-angan besor ni! Doakan aku semoga berjaya la ye...walaupun aku tahu macam mustahil tapi kalau Allah nak beri tak ada apa yang mustahil kan?

Angan-angan dan imaginasi aku juga kini diguna pakai untuk menghasilkan garapan sengal aku di blog-blog novel aku hahaha aku tak tahulah sama ada orang baca ke tidak janji aku dah keluarkan apa yang ada dalam kepala otak aku. Dalam masa yang sama aku cuba nak memasukkan sesuatu yang positif dan berguna dalam setiap karya aku. Kalau ada yang suka, alhamdulillah tapi jika ada yang tak suka tak apa..sila komen aa yang tak betul ke kurang boleh aku perbaiki diri ye tak?

Aku tahu angan-angan tipikal orang sekarang ni cuma nak duit banyak, dapat pasangan yang kaya-raya dan menawan, pakai kereta besor dan dihormati ramai..hahaha ini sungguh tipikal dan kadangkala aku pun bergurau nak yang begitu tapi aku tahu benda-benda macam ni kena usaha dari diri sendiri dan kemudiannya tawakal...oh ye kalau nak hidup senang didunia ni xde masalah janji ianya seimbang dengan saham kita di akhirat okey? Jangan takat kaya dunia je tapi miskin fakir di akhirat dimana ianya adalah kehidupan yang kekal abadi..rugi-rugi~

Okeylah aku rasa takat ni je karutan kali ini. Lawat blog novel sengal aku Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

Wednesday, January 1, 2014

TURUN



Merupakan perhimpunan yang dianjurkan untuk membantah kenaikan harga barang yang menggila di Malaysia. Tapi...mengapa ada yang beranggapan yang itu semua konspirasi pembangkang? Soalan yang buat aku rasa macam..apakah? Rakyat marhaen berkumpul menunjukkan protes akan kenaikan harga barang yang sekaligus membuatkan kos hidup meningkat secara mendadak.

Jika dulu seorang pekerja yang bergaji RM1500 masih lagi boleh menyara kehidupan di ibukota namun kini...mereka boleh dikatakan golongan miskin ibukota dan layak menerima bantuan BR1M? Sekarang mereka yang bergaji RM2000++ turut terasa akan kenaikan harga barang. Harga rumah, barang keperluan, petrol dan tol yang melambung tinggi membuatkan rakyat berasa tertekan. Ada yang suruh berfikir positif dan cuba lalui dengan penuh sabar. Okey sabar...pula keluar berita yang tarif elekrik juga NAIK!!! Warghh memang terus mental breakdown rasanya.

Apakah pak-pak atau ibu-ibu menteri ini tidak sedar dan faham penderitaan rakyat? Tak sedar la tu sebab dok suka hati naik harga barang tanpa fikir apakah akibat yang akan berlaku di masa depan! Subsidi juga banyak dikurangkan tapi apa yang buat saya bengang banyak lagi perbelanjaan tak masuk akal menteri-menteri yang tidak dikurangkan. Oh tak leh sentuh pasal Kak Mah kang saya dianggap nak gulingkan kerajaan.

Semalam selepas Maghrib saya minta keizinan ibubapa dengan nada mungkin kurang serius.

"Ma..orang nak keluar ni"

"Pergi mana?"

"Sogo"

"Pergilah kalau rasa nak kena tangkap, kena bom?!"

Aik? Bila masa pula saya minta kebenaran nak pergi berperang? Ni panduan peserta TURUN yang saya tahu.

 
PANDUAN RINGKAS PESERTA HIMPUNAN

1) Peserta yang menyertai kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dikehendaki berkumpul di hadapan pintu utama SOGO tepat jam 9 malam.

2) Pakaian bertemakan HITAM sebagai tanda protes rakyat sempena 2014 Tahun Sengsara Rakyat.

3) Peserta dikehendaki membawa Bendera Malaysia sebagai tanda kecintaan kita kepada negara Malaysia. Bendera parti politik tidak dibenarkan.

4) Larangan untuk membawa peralatan tajam (gunting, pisau dll), senjata api, flyers berunsur provokasi serta playcard yang menyimpang daripada objektif utama TURUN.

5) Sekiranya ditangkap, jangan panik. Hubungi HOTLINE 019-8013149.

6) Elakkan diri terlibat daripada sebarang provokasi atau mencetuskan provokasi.

7) Keselamatan peserta di bawah pantauan UNIT AMAL MALAYSIA. Peserta diwajibkan/digalakkan mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan oleh Unit Amal dalam apa jua keadaan.

 Digalakkan untuk menaiki motosikal/pengangkutan awam. Keselamatan kenderaan peserta di bawah tanggungjawab masing-masing.

9) Peserta diminta untuk bergerak di dalam kumpulan masing-masing dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh “FIELD KOMANDER” TURUN.

10) Jangan ambil/edar flyers yang bukan daripada TURUN OFFICIAL.

11) Sila pastikan bawa bersama kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit (pastikan dicaj), sapu tangan, dan satu kad ATM sahaja. Digalakkan hadir memakai kasut, dan berseluar panjang bagi memudahkan pergerakan.

Tak ada pun sebut bawa bom bagai. Kalau nak sangat boleh je minta kepakaran ayah sendiri buatkan bekalan bom untuk saya. Haish inilah masalah orang sekarang. Terlalu percaya pada satu pihak lantas tak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Penat dan tak mahu bertelagah, saya akur dengan amaran mama saya.

Saya makin tak faham dengan negara sendiri yang kononnya demokrasi tapi apabila kita bersuara membantah sesuatu yang tak relevan kita dianggap sebagai pengkhianat dan ingin menggulingkan kerajaan. Apakah erti demokrasi ini sebenarnya? Oh pak menteri silalah beritahu saya.

There was an error in this gadget