Saturday, January 11, 2014

Hye awk..nk ngorat boleh?



'Hye awk..nk ngorat boleh?' berubah terus wajahku tatkala menerima SMS dari nombor yang tak aku kenali. Dah menjadi tabiat aku untuk terus tidak mempedulikan mesej sebegini. Kebetulan sahabatku datang ke rumahku untuk membaiki laptop milik adik lantas kutunjukkan mesej itu kepadanya.

"Kau kenal nombor ni?" Skrin telefon kuhalakan ke wajahnya.

"Hmm macam tak.." jawabnya dengan wajah pelik. Dahinya berkerut-kerut melihat nombor dan membaca SMS yang aku terima.

"Biarkan jela." Telefon terus ku campak ke tepi. Dari segi lenggok bahasa SMS, aku jangkakan yang penghantar itu adalah perempuan jadi aku buat tak tahu sahajalah.

Sahabatku menceritakan tentang pengalamannya dahulu. Dia juga pernah dikacau sebegitu dan dia membalas dengan bertanya siapa si penghantar. Boleh pula si penghantar membalas dengan cara main-main. Sahabatku yang sudah naik darah terus sahaja menelefon si penghantar SMS. Suaranya yang garau dan kasar menakutkan si penghantar dan si penghantar menamatkan panggilan kerana takut.

"Baik kau cakap kau siapa? Aku ada kawan yang kerja kat Celcom dan dia boleh trace nombor kau!" kasar memang sahabatku bercakap kasar kerana si penghantar SMS telah menganggunya ketika dai sedang sibuk bekerja.

"Yelah. Saya cuma nak berkawan je.." jawab si penghantar SMS yang merupakan budak lelaki yang agaknya baru belasan tahun.

"Kiranya dia kacau salah oranglah. Aku dahlah tengah sibuk kerja masa tu." Aku terus ketawa mendengarkan cerita si sahabat dan penghantar SMS yang malang hahaha....

Selepas itu kami meneruskan semula aktiviti membaiki laptop (ni dia je), menonton movie dan borak-borak. Disebabkan masalah laptop dan internet dirumah aku maka sahabat aku ni terpaksa berlama-lama di rumahku. Yelah, kasihan juga sebab dia pun penat bekerja siang tadi. Malam pula terpaksa ke rumahku untuk membaiki laptop. Dalam kepalaku, lagu Bruno Mars, Count on Me berkumandang dengan penuh ceria hahaha~


Sedang aku bergelak ketawa berborak dengan sahabat aku, mesej yang sama sampai ke telefonku. Ketika itu jam sudah menunjukkan pukul 12 lebih.

"Weh dia hantar lagi la mesej. Tak putus asa betul.." rungutku. Sahabatku terus sahaja mencapai telefonku lantas menelefon si penghantar SMS.

"Ha hello! Siapa ni?" Aku memandang wajah sahabatku dengan wajah tak percaya. Tak sangka dia terus menelefon si penghantar SMS.

"Ye..ni nombor Norlyana Nasrin. Siapa ni?" soalnya lagi. Aku hanya memandang wajah sahabatku dengan penuh tanda tanya. Si penghantar SMS kenal nama aku maka mesti dia kenal aku.

"Oh ye, okey. Nah ni kawan kau ni, dia kenal aku jugak." Lantas telefon dihulurkan semula kepadaku.

"Senget! Terkejut aku......." suara yang amat aku kenali menyapa telinga membuatkanku tersenyum. Cis, rupanya kau Ain!

"Haha padan muka kau! Kau macam tak kenal aku kan? Aku mana layan mesej macam tu..ni sebab kau hantar sampai dua kali tu yang aku dok pelik. Gila tak berputus asa." Suara ketawa Ain dalam talian kedengaran. Aku hanya tersenyum memandang sahabatku yang sudah tergelak.

Aku menamatkan panggilan dan meneruskan perbualan melalui SMS dengan Ain. Sengal punya Ain, kononnya nak kacau aku tapi akhirnya dia yang terkena sebab terkejut dengan suara yang menelefonnya hahaha..

Dahulu selalu juga aku menerima SMS sebegini dan ketika zaman jahilliah, memang aku akan balas dan bertanya sebab ingin tahu siapa yang rajin sangat menghantar SMS. Setelah beberapa pengalaman dan makin dewasa, aku berhenti membalas dan menganggap perbuatan sebegini hanya membazir masa dan duit aku sahaja. Lagipun, aku memang malas nak melayan orang yang SMS tanpa sebab macam ni.

Okey nasihat aku pada adik-adik ke sesiapa yang ada dapat SMS ke email ke apa yang berkaitan, sila abaikan sahaja dan jika si penghantar galak mengacau, dapatkan abang ke, ayah ke dan jika anda seorang lelaki, terus telefon dan bercakap terus dengan si penghantar supaya tidak menganggu anda lagi. Lainlah kalau anda memang kaki melayan...

No comments:

There was an error in this gadget