Friday, January 31, 2014

Kisah Lalu..



Aku menunggu bas untuk ke sekolah di pondok menunggu bas di hadapan surau Kampung Melayu Batu 16. Seperti biasa, perasaan malas untuk ke sekolah memang sentiasa ada dan aku paling benci naik bas ke sekolah! Paling benci bila budak-budak yang tak faham-faham bahasa dok berebut-rebut naik bas sebab nak tempat duduk. Oh kalau dah dapat tempat duduk pun masih tak bersyukur lagi, nak pula tempat duduk yang tingkap dah terbuka khas untuk diorang..hmm sakit jiwa aku! Tapi...ada seseorang yang buat aku bersemangat sikit nak naik bas tiap-tiap hari hehheehehee~

Dia seorang pelajar pintar yang berjaya naik satu darjah selepas peperiksaan PTS. Aku? Aku tak pernah hairan pasal pelajaran ni dan aku memang tak suka ke sekolah kerana ada yang membezakan aku hanya kerana aku anak hybrid..okey berbalik kepada dia. Dia dihormati dan dia mempunyai gengnya tersendiri + orang memang tak berani kacau dia. Dia bagaikan seorang ketua di dalam 'clan'. Tapi tak pernah sekali pun aku melihat dia berbuat jahat kepada sesiapa. Keluarganya boleh dikatakan kuat agama dan itu membuatkan aku bertambah tertarik tetapi segan kepadanya. Tapi dia boleh dikatakan nakal juga sebab suka betul dia mengikut mengenakan aku bila ada gosip entah apa-apa yang melibatkan aku dengan seorang budak lelaki yang aku tak pernah bertegur sapa sepanjang hayatku..dari mana datang gosip itu pun aku tak tahu.

Tapi seperti kebiasaan, aku hanya melihat dari jauh dan rasanya aku tak pernah berbual pun dengan dia. Hanya memandang dan mendengar apa yang dia dan kawan-kawannya borakkan di tempat duduk paling belakang didalam bas. Aku tahu dia bercinta dengan seorang budak perempuan dari kelas pertama jadi aku hanya menyukai dan mengaguminya dari kejauhan.

Tamat sekolah rendah, dia masuk ke sekolah berasrama penuh dan aku hanya mendengar cerita tentang dia melalui sahabatku, Boboy yang turut bersahabat baik dengan dia. Apa yang aku tahu, dia baik-baik sahaja disana dan semestinya pelajarannya bagus kerana masuk ke sekolah yang berprestij.

Semalam ketika aku menemani ahli keluargaku membeli-belah di Tesco, aku terserempak dengan dia yang sedang menolak troli barangan. Dia keseorangan dan reaksi aku bila bertemu dengan dia hanya biasa-biasa tapi ketahuilah aku berasa gembira kerana dia dapat mengecamku dan tersenyum kepadaku. Mungkin juga kerana kami berkawan di Facebook jadi dia dapat mengingat muka aku + aku turut berkawan dengan kawan-kawannya yang lain. Haish mereka semua boleh dikatakan dikalangan geng-geng sengal aku zaman sekolah dan ketika duduk di Kampung Melayu Batu 16 dahulu. Waa excited jumpa dia punya pasal, aku tersenyum sepanjang menemani ahli keluargaku walaupun sesungguhnya aku sangat letih sebab baru balik dari kerja.

Oh ini yang mak dia post di Facebook milik dia ketika hari jadinya:

Buat Anakanda XX:

Selamat menyambut Hari Ulangtahun Mu ...
Maaf mak lambat postkan...
Maaf juga tak dapat buat post macam ADIK punyer..
sebab ADIK PEREMPUAN tiada di rumah tlg mak edit dan upload gambar...

26 tah yang lalu, pada tarikh 14 jan 
lahir seorang PEJUANG ku.. 
seindah nama mu...
ciri-ciri PEJUANG terserlah pada peribadi mu..

berdikari sejak awal kelahiran mu..
semuanya nak buat sendiri, tak mahu di bantu..
apa yang di ingini... akan berusaha tanpa jemu...
supaya dapat genggam apa yang di mahu...
selalu emak dan ayah tewas dalam pertarungan menghalang kehendak mu

XX juga ceria selalu..
mengambil hati org tua itu keistimewaan mu...
dengan rakan taulan senang membantu...

Mendoakan semua yang terbaik buatmu anak ku..
Biar akhlaq yg indah jadi pakaianmu
Biar wanita solehah lg cantik dan bijak jadi jodohmu
Biar rezki mu melimpah ruah utk agama dan kebaikkan
Biar sahabat2 mu org beriman dan pejuang Ad deenul Islam
Biar dirimu sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah
Biar dirimu kelak di tempatkan di al Jannah

XX...
teruskan berjuang..
dalam susah dan dalam senang..
berjuang utk Syurga Tertinggi di hari yang abadi..

Selamat Hari Lahir
Anakandaku ....
Hamba Allah Pejuang.


Yang huruf besar itu aku edit untuk merahsiakan identiti si Dia. Aku doakan dia berjaya dan berbahagia di dunia dan akhirat. Terima kasih sebab masih ingat akan aku (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget