Wednesday, January 1, 2014

TURUN



Merupakan perhimpunan yang dianjurkan untuk membantah kenaikan harga barang yang menggila di Malaysia. Tapi...mengapa ada yang beranggapan yang itu semua konspirasi pembangkang? Soalan yang buat aku rasa macam..apakah? Rakyat marhaen berkumpul menunjukkan protes akan kenaikan harga barang yang sekaligus membuatkan kos hidup meningkat secara mendadak.

Jika dulu seorang pekerja yang bergaji RM1500 masih lagi boleh menyara kehidupan di ibukota namun kini...mereka boleh dikatakan golongan miskin ibukota dan layak menerima bantuan BR1M? Sekarang mereka yang bergaji RM2000++ turut terasa akan kenaikan harga barang. Harga rumah, barang keperluan, petrol dan tol yang melambung tinggi membuatkan rakyat berasa tertekan. Ada yang suruh berfikir positif dan cuba lalui dengan penuh sabar. Okey sabar...pula keluar berita yang tarif elekrik juga NAIK!!! Warghh memang terus mental breakdown rasanya.

Apakah pak-pak atau ibu-ibu menteri ini tidak sedar dan faham penderitaan rakyat? Tak sedar la tu sebab dok suka hati naik harga barang tanpa fikir apakah akibat yang akan berlaku di masa depan! Subsidi juga banyak dikurangkan tapi apa yang buat saya bengang banyak lagi perbelanjaan tak masuk akal menteri-menteri yang tidak dikurangkan. Oh tak leh sentuh pasal Kak Mah kang saya dianggap nak gulingkan kerajaan.

Semalam selepas Maghrib saya minta keizinan ibubapa dengan nada mungkin kurang serius.

"Ma..orang nak keluar ni"

"Pergi mana?"

"Sogo"

"Pergilah kalau rasa nak kena tangkap, kena bom?!"

Aik? Bila masa pula saya minta kebenaran nak pergi berperang? Ni panduan peserta TURUN yang saya tahu.

 
PANDUAN RINGKAS PESERTA HIMPUNAN

1) Peserta yang menyertai kumpulan Gerakan Turun Kos Sara Hidup (TURUN) dikehendaki berkumpul di hadapan pintu utama SOGO tepat jam 9 malam.

2) Pakaian bertemakan HITAM sebagai tanda protes rakyat sempena 2014 Tahun Sengsara Rakyat.

3) Peserta dikehendaki membawa Bendera Malaysia sebagai tanda kecintaan kita kepada negara Malaysia. Bendera parti politik tidak dibenarkan.

4) Larangan untuk membawa peralatan tajam (gunting, pisau dll), senjata api, flyers berunsur provokasi serta playcard yang menyimpang daripada objektif utama TURUN.

5) Sekiranya ditangkap, jangan panik. Hubungi HOTLINE 019-8013149.

6) Elakkan diri terlibat daripada sebarang provokasi atau mencetuskan provokasi.

7) Keselamatan peserta di bawah pantauan UNIT AMAL MALAYSIA. Peserta diwajibkan/digalakkan mengikuti setiap arahan yang dikeluarkan oleh Unit Amal dalam apa jua keadaan.

 Digalakkan untuk menaiki motosikal/pengangkutan awam. Keselamatan kenderaan peserta di bawah tanggungjawab masing-masing.

9) Peserta diminta untuk bergerak di dalam kumpulan masing-masing dan mengikuti arahan yang dikeluarkan oleh “FIELD KOMANDER” TURUN.

10) Jangan ambil/edar flyers yang bukan daripada TURUN OFFICIAL.

11) Sila pastikan bawa bersama kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit (pastikan dicaj), sapu tangan, dan satu kad ATM sahaja. Digalakkan hadir memakai kasut, dan berseluar panjang bagi memudahkan pergerakan.

Tak ada pun sebut bawa bom bagai. Kalau nak sangat boleh je minta kepakaran ayah sendiri buatkan bekalan bom untuk saya. Haish inilah masalah orang sekarang. Terlalu percaya pada satu pihak lantas tak dapat membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Penat dan tak mahu bertelagah, saya akur dengan amaran mama saya.

Saya makin tak faham dengan negara sendiri yang kononnya demokrasi tapi apabila kita bersuara membantah sesuatu yang tak relevan kita dianggap sebagai pengkhianat dan ingin menggulingkan kerajaan. Apakah erti demokrasi ini sebenarnya? Oh pak menteri silalah beritahu saya.

4 comments:

RuBy Razali said...

andai aku boleh tunjuk mesej aku dengan mak aku semalam kat sini perihal TURUN, kompem ko gelak terbahak2.. hahahahah

Norlyana Nasrin said...

@RuBy Razali
Hahaha ko mesej apa dengan mak ko sehinggakan ko rasa aku akan tergelak? huhu~

perindu_خلافة said...

hahaha.. sampai kena bom tu,
eh, kerajaan dah kena guling ke ea?

Norlyana Nasrin said...

@perindu_خلافة
huhu tu yang x faham tu...
entah rasanya macam belum huhu~

There was an error in this gadget