Saturday, February 8, 2014

Ingin menyewa~



Sekarang Miss Nasrin sedang mencari bilik untuk disewa~ (baca dalam nada gedik minta penyepak). Okey aku belum lagi buang tabiat. Macam ni, banyak betul cabaran yang aku hadapi dalam mencari bilik untuk disewa berdekatan dengan tempat kerja aku sekarang.

1) Ada yang ingin menyewakan bilik tapi satu keluarga dia tinggal dalam rumah itu. Okey maksud aku pasangan suami-isteri menyewakan bilik didalam rumah yang didiami mereka. Siap letak syarat yang menyewa itu perempuan atau suami-isteri....apakah?!!!!!! Apa yang mengejutkan aku ialah mereka ni Melayu yang beragama Islam. Haish terus aku batalkan niat! Susah nak pelihara aurat itu satu. Lagipun aku rasa tak selesa dengan ada lelaki dalam rumah dan semestinya lelaki itu bukan mahram aku ianya bakal menjurus kepada fitnah jika tiba-tiba bini dia tak ada dan hanya aku yang ada dalam rumah tu. Aish baik jangan!

2) Ada yang ingin menyewakan bilik tapi tak kisah kalau yang menyewa itu perempuan bujang atau pasangan kekasih. Siap letak M.Y.O.B. lagi..mula-mula aku blur apa kejadahnya M.Y.O.B itu dan akhirnya aku tahu selepas beberapa ketika yang ianya singkatan dari mind your own business ehey~ batalkan sahaja nak tinggal dalam rumah begitu!

3) Yang paling extreme aku jumpa. Dia nak perempuan sebagai teman sebilik. Syaratnya mesti seorang yang cool, swag, sexually active and open minded. Pemilik bilik itu adalah seorang lelaki. Oh dia kata sewa bilik dia murah je dalam RM120 macam tu (aku tak ingat sangat) dan bilik tu bilik master..perghhh nak aje aku hantar mesej ke apa kat orang tu suruh bagi free je mana-mana perempuan yang duduk dengan dia sebab dah kira beri "perkhidmatan" kat dia lagi nak minta duit ke? Have you ever asked a slut to pay after you had sex with her?

Ada yang aku berkenan tapi terlepas sebab dah ada orang sewa. Tak ada rezeki...tapi jangan risau sebab insyaAllah aku akan tengok bilik sewa yang lain esok dan yang penting dalam rumah tu semua perempuan Islam yang masih bujang. Fuh..doakan yang terbaik sahajalah buat masa sekarang.

Semalam aku dah update blog novel aku maka sila lawatlah ye Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais

4 comments:

Nur Shazwani Mohd Sulan said...

nak cari area mana nas?

Norlyana Nasrin said...

@Nur Shazwani Mohd Sulan
Bandar Sunway, wani..pening kepala fikir pasal rumah ni..nak berulang-alik dari Rawang fikir pasal minyak + toll adoilah..

Nur Shazwani Mohd Sulan said...

bandar sunway area mana ek?haha aku pon taktau. try tanya dilla radzi. haritu dia ade buat iklan sewa bilik. rumah dia dekat area LRT universiti

Norlyana Nasrin said...

@Nur Shazwani Mohd Sulan
dekat area subang jaya..yang dilla tu jauh bebenor dari tempat keja huhu..xpe2 alhamdulillah dah dapat bilik dekat area2 situ..8 minit dari tempat kerja aku huhu

There was an error in this gadget