Wednesday, February 12, 2014

Langkah-langkah Menutup Aurat



Assalamualaikum w.b.t

Entri kali ini saya nak ceritakan tentang langkah-langkah menutup aurat mengikut Islam dan insyaAllah ianya senang (^-^)

(Dengan bukan mahram)

Aurat lelaki: Dari pusat hingga ke lutut

Aurat perempuan: Seluruh tubuhnya kecuali muka dan tapak tangan.

Saya mulakan dengan kaum perempuan dulu ya?

1. Kita mulakan dengan memakai pakaian-pakaian yang menutup tubuh bukan membalut tubuh ye? Pakaian hendaklah longgar dan tidak sendat.

2. Kemudian kita perhatikan baju tadi..hmmm kalau kita angkat tangan atau ambil benda rasanya terselak nampak tangan tak? Maka mari kita kenakan stoking tangan atau stogan huhu...insyaAllah kalau terselak pun kita dah ada stogan jadi tak nampaklah kulit putih bersih tangan kita tu~

3. Tengok pula bahagian kaki. Okey dah seluar longgar atau skirt labuh kembang ala-ala princess hehehe..apa yang kurang ye? Haaaa..stoking kaki! Aurat juga tu! Lindungi kaki kita dari pandangan liar bukan mahram di luar sana~

4. Okey boleh keluar...srrreeeeeeeeeeeeeeeeeeetttttttttttttttttttttttttt! (bunyi brek mengejut) alamak tudung!! Haipp! Tudung pula kita pakai yang labuh menutupi dada. Elakkan memakai tudung singkat, turban, serban (ehh) dan serkup sahaja. Ingat leher, telinga dan tengkuk kita tu pun aurat juga.

5. Okey dah siap...nanti!!! Kita periksa penampilan kita di cermin sebelum keluar. Tudung tu..alamak dah tutup dada tapi yang ditepinya atas bahu. Sekali terselak mahu nampak juga bentuk dada. Rambut itu tersanggul tinggi la pula. Adalah macam orang planet Namek..kikikikiki...kalau dah betulkan kita perhati sekali lagi. Tanya diri sendiri, "Bolehkah aku menunaikan solat dengan berpakaian begini?". Jika dah berpuas hati, bolehlah keluar dengan lafaz "Bismillahi tawakkaltu ‘alallah la hawla wala quwwata illa billah"
Dengan menyebut nama Tuhan, aku bertawakkal kepadaNya. Tiada daya dan kekuatan selainNya.

orang planet Namek

Untuk kaum lelaki pula.

1. Pakai baju. Pakailah pakaian yang selesa dan kalau bergerak tak adalah nampak pusat hehee~

2. Pakai seluar yang panjangnya bawah lutut. Jangan pakai yang londeh-londeh nampak seluar dalam ye?

Hehehe rasanya ini je kot yang boleh saya kupaskan. Tak apa jika ada yang memandang kita outdated ke apa ke janji kita pakai pakaian yang Allah suka (^-^)



No comments:

There was an error in this gadget