Wednesday, February 19, 2014

Mari meng'update'



Assalamualaikum~

Lama juga la aku tak update apa-apa kat blog ini. Serius..aku makin sibuk sekarang. Penat woo~siap kena perli-perli dengan si Syafiq dengan Khoo nak-nak kitorang baru lepas pergi seminar hari Isnin hari tu dan cik Supervisa aku tu nak report untuk setiap training ke seminar ke yang aku pergi keskeskes (gelak sedih)..mau tiap-tiap hari budak-budak tu dok bahan aku pasal report yang tak siap-siap tu huhuhu....

Pasal menyewa bilik, alhamdulillah aku dah menyewa sebuah bilik kat sebuah apartment dekat area Subang Jaya. Kongsi bilik dengan sorang budak yang study kat UniTAR. Dekat la dengan tempat kerja aku tapi tak adalah sampai nak jalan kaki hehe gua tak begitu rajin nak berjalan~baru semalam aku pindah situ tapi hari ni dah balik Rawang balik sebab bantal, sejadah, pinggan mangkuk, selipar semua aku tak bawa..hehehe nampak sangat tak sedia nak pindah..semalam juga aku tersepak penutup besi dalam bilik air. Tak sampai sejam aku pindah masuk dah berdarah ibu jari kaki..hahaha macam-macam..tapi serius sakit..

Hari tu novel aku Isteriku Ratu Ais disiarkan kat Penulisan2u tapi...entah macam mana terlari masuk ke bahagian cerpen. Ramai juga yang marah sebab macam cerita tergantung huhu macam mana tak tergantung..dah kata pun novel maka adalah sambungan-sambungannya..insyaAllah sambungan novel aku tu akan aku buat bila aku ada masa okey?

Disebabkan tak lama lagi semester baru akan dibuka jadi aku dengan cik Supervisa aku memang sangat busy membuat persiapan untuk kelas-kelas..bayangkan cik Supervisa aku sampai makan tengah hari pun pukul 4 maka aku tak ada hak nak merengek-rengek menggedik konon frostbite sebab duduk dalam cold room lama sangat huhu..cerita pasal cold room, tadi aku periksa SIM medium dalam cold room tu..banyak juga yang bukan separa pepejal maka haruslah dibuang...huhu jadi pertambahan kerja untuk aku dan cik Supervisa..tapi dalam sibuk-sibuk pun, semalam cik Supervisa izinkan aku balik awal hahaha pukul 4.10pm aku dah balik sebab semalam kan hari pertama aku pindah masuk ke bilik sewa aku tu huhuhu....

Okeylah ni jela yang aku nak cerita..insyaAllah kalau tak ada apa-apa aku update lagi (^-^)

2 comments:

.:|[ suha ]|:. said...

haah dkt p2u tu ramai2 komen pasal tergantung even sis dah explain yang it should be under novel... maybe mereka tak baca komen sis dan mereka terus komen... it's ok sis, technical prob je tu...

teruskan berkarya ye :)

Norlyana Nasrin said...

@.:|[ suha ]|:.
diorang tak perasan kot hehehe..insyaAllah..thanks (^-^)

There was an error in this gadget