Saturday, February 1, 2014

My CNY 2014

my big family (incomplete)

Bangun pagi semata-mata nak temankan Nadirah yang tetap kena kerja walaupun ketika public holiday. Hmm nasiblah, dah kerja kat syarikat khidmat pelanggan memang begitu. Bangun je terus mandi dan lipat baju. Selesai lipat baju, aku buat breakfast. Hehehe macam apa je..

the girls + Aqlan

Chinese New Year aka Tahun Baru Cina. Perayaan yang turut disambut oleh keluarga hybrid aku ni. Bersiap awal ke apa, last-last pergi lepas pukul 2pm huhuhuh~

lisa, popo, mama n wani

Kami pergi dua kereta dan anak aku si Aqlan pun mengikut sekali hehehe suka je budak tu berjalan~ Aku naik CRV dengan mama dan ayah aku manakala kakak, wani, lisa dan Aqlan dalam Myvi..haa kenapa susunan macam ni? Sebab aku VVIP ma~hehe..tak la sebab dah mereka nak begitu maka aku ikutkan je..dalam CRV, aku melalak dengan ayah aku hahaha karok dalam kereta, tak ada siapa nak marah~

my dad, me and mama

Sampai je kat rumah Uncle Ah Fatt aku, mereka dah menanti hehehe..alhamdulillah popo makin sihat dan kuat berbeza sungguh keadaannya dengan tahun lepas yang menyambut kami dengan terlantar di katil. Masuk sahaja kami mula berborak dan mereka ramai bertanyakan tentang adik aku si Nadirah yang tak dapat datang tahun ini. Hehehe..semua tanya kenapa dia tak datang dan setiap kali juga kami terangkan yang adik aku itu bekerja hari ini..

popo and me

Kehadiran Aqlan mengundang tanda tanya mereka dan bila mereka bertanya, aku katakan yang Aqlan itu anak aku dan ramai percaya ahahaha~Aqlan seronok ikut kami hari ni sebab dapat makan banyak dan duit angpau siap cakap nak bagi duit tu kat Ummi dia untuk dimasukkan ke dalam bank hehee~oh budak tu baik hari ni..siap tolong Mommy dia ni pakai kasut hahaha..mau terkezut mereka-mereka tengok ke'taat'an anak aku tu sampai ingatkan aku yang buli budak tu..haish Mommy dia ni tak kejam okey!! Kakak aku yang kononnya nak bergurau dengan aku kena cakaran harimau hari ni hahaha...yang ni baru kejam..

me and my 'son'

Balik dari sana pun pukul 6pm dan sampai rumah dah Maghrib. Ingatkan boleh rehat tapi..tetiba si Wani minta aku hantar dia ke rumah kawannya dan mereka-mereka yang lain pakat nak ikut keluar sekali..okey jadi aku kena bawa kereta lo..aku hantarkan wani dulu sebelum si kakak dan Nadirah menggedik ajak pergi McCafe berdekatan dengan AEON Jusco Rawang...ketahuilah aku ni memang boikot McD lama dah..dan memang aku dah tak jejakkan kaki kat situ dah tapi...malam ini disebabkan mereka berdua nak sangat ke sana maka au turuttkan..jangan risau, sesen pun aku tak 'derma'kan pada Yahudi itu hari ini..hanya mereka berdua sahaja yang membeli...ramai betul manusia di McCafe hari ni..kami habiskan masa dengan berborak dan memerhati gelagat manusia di sana..hahah ada jugalah jumpa orang-orang yang kami kenal (^-^)

Tahun Baru Cina mungkin hanya satu hari cuti untuk orang lain tapi bagi kami, ia merupakan hari dimana keluarga kami dapat berkumpul (kesian auntie Lee Mei tak cuti jadi tak dapat jumpa) dan saling bertukar cerita. Bukan sibuk gedik nak bergambar untuk menunjuk-nunjuk tapi ianya merupakan satu 'rakaman' kenangan untuk aku dan mereka semua..

Okey sila lawat blog novel Kisah Kita & Isteriku Ratu Ais..

No comments:

There was an error in this gadget