Tuesday, February 25, 2014

Seorang Hafizah dan Seorang Pejuang



Bertemu empat mata dengan ibu kepada sang pejuang. Tak sangka..kecil sungguh dunia ini. Serasa aku baru beberapa minggu lepas aku teringatkan tentang sang pejuang dan kini ibunya merupakan naqibahku. Terkejut sungguh bila mengetahui ustazah yang datang menjemputku ialah ibunya.

Ibu sang pejuang merupakan naqibah kumpulan usrah yang baru aku sertai. Dengan niat untuk berubah dan memperbaiki segala kekurangan, aku menyertai usrah melalui Jom Usrah di Facebook. Rupa-rupanya Jom Usrah itu kira dibawah IKRAM dan hari Sabtu yang lepas aku menyertai program qiamulail.

Perasaan? Seronok walaupun dalam mulanya aku bimbang tentang persepsi orang tapi semuanya berubah setelah aku tekadkan hati dan niat. Program qiamulail itu untuk akhawat maka dengan seronok aku bergaul dengan makcik-makcik dan sesiapa sahaja yang dekat dengan aku. Ahli paling muda dalam usrah yang sama dengan aku ialah seorang gadis yang berusia 19 tahun. Seorang hafizah dan bercita-cita untuk menjadi doktor psikologi. Dari segi percakapannya sahaja aku dapat mentaksirkan peribadinya. Dalam kelembutan ada ketegasan dan yang paling penting pandai membawa diri.

Ibu sang pejuang juga merupakan seorang hafizah dan seorang daie di jalan Allah. Terus terang aku katakan yang aku senang dengannya. Siap menjemput datang ke rumah setelah mengetahui yang aku berkawan dengan anaknya. Bait kata-katanya penuh dengan nasihat dan tunjuk ajar. InsyaAllah aku akan bertemu dengannya setiap Jumaat dan pastinya aku menanti-nantikannya (^-^)

Doakan aku menjadi seorang manusia yang lebih baik dari sebelum ini. (^-^)

No comments:

There was an error in this gadget