Monday, March 31, 2014

Ujian


Boleh migraine hari-hari kalau dok fikir ujian yang datang menimpa-nimpa. Waa dah la x selalu update blog tapi sekali update nak cerita pasal ketensionan ahahaha sengal....tapi serius ujian yang menimpa kali ni betul-betul buat aku sakit jiwa + hormon memang tengah x stabil...

Ujian + hormon x betul = menangis sorang-sorang dalam kereta

Tapi..Allah sayang aku...elok masa aku tengah sedih, IKIM fm boleh pula ada slot usrah yang membincangkan tentang ujian dan kesedihan masa aku tengah nangis-nangis tu..Allahuakbar! Aku nangis lagi tapi nangis sebab fikir yang aku ni baru diuji sedikit dah lumpuh dan hilang semangat sedangkan ramai lagi umat Islam yang tengah diuji di negara-negara yang bergolak ataupun yang nampak aman tapi umat Islam ditindas. Apa sangat ujian yang menimpa aku ni kalau nak dibandingkan dengan mereka? Manja sangat kamu ni Norlyana Nasrin!

Maka sila doakan aku untuk menjadi setabah kanak-kanak Syria yang masih boleh tersenyum meskipun lapar dan 529 ikhwan yang dijatuhkan hukuman mati.

p/s: baru start nak buat bisnes kecil-kecilan menjual abaya/jubah. Ambil dari Abaya Sifu yang kualitinya memang terjamin dan yang paling penting mengikut syarak. Sila lawat Abaya Nasrin ye (^-^)

Saturday, March 15, 2014

Hujan Rahmat~



Masalah air disebabkan cuaca kering sekarang membuatkan ramai yang naik gila dan bertambah gila apabila kehilangan MH370 dicari dengan menggunakan khidmat bomoh lantas menjatuhkan nama Malaysia ke tahap paling tak boleh blah dalam sejarah peradaban dunia. Yehet?!

Alhamdulillah sedang aku menaip ni hujan tengah turun dengan mencurah-curah..angin sejuk yang bisa menenangkan hati yang sedang walang...eeh la tahzan Norlyana Nasrin! InsyaAllah ada hikmah disebalik ujian-ujian yang menimpa. Yakin dengan Allah!

Dahulu ketika zaman keluarga aku menyewa di Kampung Melayu Batu 16, boleh aku katakan yang kami hampir tak ada masalah dengan sumber air kerana air yang digunakan datang dari sumber semulajadi (air bukit) maka memang tak pernah nampak bil air kat rumah aku tu...air disalurkan melalui generator dipasang oleh ayah aku. Seronok, memang seronok dan sejuk gila! Pernah aku tertidur dalam bilik air...serius aku tak tipu!

Didepan rumah aku dulu ada jeram. Sebagai budak perempuan yang hidup dalam kawasan hutan (eh?) aksi terjun jeram itu merupakan aktiviti biasa buat aku tapi...setelah semakin ramai manusia yang duduk di kawasan atas bukit, semakin kotor air jeram dek perbuatan mereka yang menyalurkan air longkang dan buang sampah ke dalam laluan air jeram. Perlahan-lahan aku melihat jeram yang pernah menjadi tempat kesukaanku dicemari dengan sampah dan benda-benda kotor.

Manusia...hahaha makhluqot yang sangat pelik dan bermacam kerenah (cakap macam aku ni sedara-mara Do Min Jun aka alien je..)

"Apahal tak ada air ni! Ni mesti salah XXX tak nak buat empangan!"

"Jerebu lagi! Ni semua salah Indonesia!"

"Pesawat hilang?! Ini semua salah......" dan segala teori konspirasi pun keluar.......

Nampak tak? Bila sesuatu terjadi kita suka menyalahkan orang lain dan kadangkala lupa terus tentang Sang Pencipta yang sememangnya sebaik-baik Perancang? Siapa? Allah S.W.T. Aku pun kadang-kadang jadi macam tu juga dan aku gelarkan saat itu sebagai keadaan luar sedar. Sebab ketika itu lupa Allah...auch rasa sakit pula dada ni tiba-tiba! Bila ditimpa ujian/masalah/dugaan, terus marah dan tak boleh bersabar. Padahal itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.

"Ko gila apa tanda kasih sayang macam ni?!"

"Ohorat! Meh sini aku tendang ko sebagai tanda kasih sayang!" =.="

Tanda kasih sayang sebab Allah rindu akan doa dan rintihan kita kepadaNya sebenarnya.

Kita nak macam-macam tapi tak nak usaha dan doa...ini apakah?!

Isu air. Nampak tak sekarang ramai yang mula solat hajat untuk minta Allah turunkan hujan? Sedangkan kawan sekerja aku yang berbangsa India juga menyarankan aku untuk solat hajat sebab dia sendiri tak larat dengan catuan air dikawasan perumahan dia.

Isu jerebu. Sama juga, ramai yang berdoa semoga kualiti udara bertambah baik dengan penurunan hujan. InsyaAllah...dan alhamdulillah Allah turunkan hujan pada hari ini. Mudah-mudahan kualiti udara bertambah baik.

Isu MH370. Boleh kata tak kira bangsa akan tulis 'Pray for MH370' kenapa tidak 'Where is MH370'? Ini kerana mereka sendiri percaya yang hanya kuasa yang diatas sana sahaja yang dapat membantu dalam pencarian pesawat yang hilang itu. Berdoa..berdoa dan terus berdoa. Tadi ada pengumuman yang mengatakan ada kemungkinan pesawat itu dirampas jadi kita harus banyakkan berdoa supaya mereka semua berada dalam keadaan yang selamat.

Solat dan doa..menunjukkan manusia yang kini cenderung kembali kepada Sang Pencipta setelah berusaha. Satu perkara yang positif bagi aku.

Setakat rintihan dan amarah tanpa usaha sememangnya tak akan mendatangkan apa-apa.

"Panggil bomoh itu kan satu usaha? Sekurang-kurangnya dia nak tolong cari dari ko yang asyik nak komen je!"

Hmmph usaha ini ada dalam pelbagai medium/cara. Kalau guna cara syirik/sihir yang terang-terang menduakan Allah anda rasa bagaimana pula? Astaghfirullahalazim..

Post yang ditulis setelah berfikir..hmm mungkin ada yang nak menambah atau membetulkan aku. Okey boleh je aku tak kisah. Sama-sama kita doakan yang baik-baik sahaja. (^-^)

Sunday, March 9, 2014

Al-kisahnya~



Macam lama je aku tak update blog aku ni...keskeskes nampak tak konon sibuk kalah PM hahaha...tapi serius aku memang sibuk pun~

Rutin pagi je lepas solat Subuh aku dah gerak g kerja walaupun boleh kata dekat dengan rumah sewa. Ini disebabkan oleh adik-adik students dah mula masuk sem maka kekurangan tempat meletak kereta agak meruncingkan ye di universiti ini...untuk mendapatkan tempat letak kereta percuma + dekat maka aku datang awal..eh tak apa aku lagi suka sebab sebelum mula kerja, aku boleh baca Mathurat dulu..haa nampak tak hikmahnya?

Habis je membaca boleh sarapan dan relaks minda sebelum memulakan kerja. Sekarang aku dah berpindah ke pejabat di tingkat 5. Masa di tingkat 7, aku seorang je perempuan dalam bilik tu maka untuk mengelakkan aku rasa tak selesa, aku dipindahkan ke tingkat 5 dimana kesemua didalam bilik pejabat itu adalah perempuan. Tambahan pula, aku senang menunaikan solat di bilik pejabat ni + lab Microb aku pun di tingkat yang sama jadi senang la jika cik supervisa mencari aku.

Aku rasa aku ada tabiat yang agak pelik...aku suka gelarkan bos-bos aku dengan panggilan yang aku suka. Aku tak adalah menghina ke mengejek tapi entah aku rasa lebih relaks bila aku ada panggilan lain untuk mereka macam time Kevin dulu pun aku panggil dia Ah Bin tak pun Incik Bos..kali ni untuk supervisor aku ni,aku senang gelarkan dia Cik Supervisa hehehe tahu je budak-budak tu bila aku tanya "Ada tak Cik Supervisa cari akak?" (oh ni zaman ketika aku masih di tingkat 7). Orang lain mau tergelak bila aku gelarkan supervisor macam gitu tapi..serius kalau tak aku rasa macam susah nak get along dengan dia.

Kelas praktikal dah mula hari Jumaat hari tu tapi..aku ambil cuti sebab kena hantar kereta aku g servis sebab beberapa minggu yang lepas aku accident dan aku rasa macam pelik-pelik je kereta aku tu tapi disebabkan terlalu sibuk, aku tangguhkan sampailah hari Jumaat dua minggu lepas, kereta aku leaking dan mula berasap. Alhamdulillah masa tu aku dah selamat sampai kat rumah aku kalau tak mahu aku menangis tengah-tengah highway tu huhuhu...yang ni pun sebab ada pakcik Singh yang tegur kalau tak sampai ke sudah aku tak perasan. Tadi sebelum nak balik Sunway ni pun..aku perasan ada leaking masa nak isi minyak..gelabah + takut aku berhenti dan call ayah aku. Patah balik ke rumah dan biar ayah aku periksa..sudahnya lepas Maghrib baru aku teruskan perjalanan balik Sunway ni huhu...

Okeylah aku rasa sampai sini aku update buat kali ni..sila lawat blog novel aku yang tak seberapa Kisah Kita  & Isteriku Ratu Ais . Oh ye ada satu cerpen yang aku buat ada libatkan nama Inche Gabbana hihi..jangan risau, aku minta izin dia dulu baru aku post (^-^)

p/s: pray for MH370..apalah nasib mereka..harap yang baik-baik sahaja
There was an error in this gadget