Monday, April 14, 2014

Bukan Untuk Kita



Hujan turun dengan lebat sekali membasahi bumi Bandar Sunway. Kelihatan beberapa orang pekerja binaan BRT (Bus Rapid Transit) dan pegawai polis mengawal lalulintas dihadapan tempat kerjaku. Sejak catuan air bermula (walaupun rumah di Rawang tak selalu kena) aku sangat bersyukur apabila hujan turun menyembah bumi. Berbeza dengan reaksiku dahulu yang akan bersedih ketika waktu hujan..jangan ditanya kenapa sebab emosi aku akan automatik begitu sebaik sahaja langit mendung.

Tapi...

Empangan masih kering. Hujan bagaikan tidak turun ditempat tadahan air. Apa yang terjadi?

Jumaat lepas, naqibahku menyambung tajuk pembentangan "Dari Mana Hendak Ke Mana" yang berkisarkan tentang kejadian manusia dari mula sehinggalah ke penghabisan (mati) turut diselitkan penemuan scientist Barat yang mengatakan bahawa Al-Quran itu benar..ada juga teori- teori scientist yang pada kesimpulannya menyatakan ada kuasa besar yang menciptakan alam ini. Ye sebagai umat Islam, kita dah diberikan buku manual paling terer iaitu Al-Quran..yang menceritakan segala hal yang merangkumi kehidupan seharian dan juga kehidupan selepas mati..jadi apa lagi yang korang nak?

Ok berbalik kepada isu air..naqibahku menyatakan yang ada hikmah hujan yang turun dengan begitu lebat tapi empangan masih tahap kritikal..ini kerana Allah menurunkan hujan untuk haiwan dan tumbuhan bukan unuk manusia. Haa..apa-apa pun wallahua'lam..

Kenapa macam ni? Ini dugaankah? Bala Krishnan kah?

Bagi aku ini mungkin dua-dua. Dugaan untuk menguji kesabaran mukmin dan juga bala kerana banyak sangat kemaksiatan yang berlaku dinegara kita. Dengan pesta segala dan pentadbiran yang...............malas nak komen...

Apa-apa pun kita sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini jangan leka lagi! Lantaklah ada yang ramal kiamat itu 2015 ke esok ke sebab kiamat untuk kita adalah apabila Izrail datang menjemput. Banyakkan amalan dan sayangilah orang sekeliling supaya ada yang mendoakan kamu apabila kamu sudah tiada....

No comments:

There was an error in this gadget